Aliran mengutuk kenyataan peguam negara yang mengelirukan berkenaan undi percaya kepada perdana menteri, yang dijangka akan dijalankan pada persidangan parlimen akan datang.
Idrus menegaskan bahawa undi akan menjejaskan kuasa Agong.
Ini sungguh mengelirukan: Agong sendiri bertitah bahawa Parlimen perlu mengadakan undi secepat mungkin bagi menunjukkan bahawa perdana menteri yang baru benar-benar mempunyai majoriti kepercayaan ahli Parlimen.
Ahli Parlimen wajib untuk menguji kekuatan perdana menteri melalui undi percaya. Usul seperti ini perlu diutamakan agar Parlimen dapat mengesahkan keabsahan kerajaan dan memastikan kestabilan politik.
Undi percaya juga penting kerana barisan kabinet sekarang terdiri oleh orang yang sama di dalam kabinet bekas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin, yang hilang keyakinan daripada majoriti ahli Parlimen.
Ianya sungguh malang jika campurtangan Idrus mempunyai kesan mengakibatkan keyakinan orang awam terhadap kerajaan ditunjangi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Sekaligus, ia seakan mengimbau tindakan Mahiaddin yang mengelak dari undi percaya sehingga mengakibatkan pentadbirannya menggantung Parlimen.
Kami menggesa Ismail Sabri untuk mengekalkan kebiasaan untuk melakukan undi percaya bagi perdana menteri baru ketika pertengahan penggal, sepertimana dilakukan Hussein Onn yang memegang jawatan selepas pemergian Abdul Razak Hussein.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
5 September 2021
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.