Home Media statements Keputusan DNAA Zahid cukup mengejutkan: Jabatan Peguam Negara perlu membuat banyak penjelasan!

Keputusan DNAA Zahid cukup mengejutkan: Jabatan Peguam Negara perlu membuat banyak penjelasan!

WIKIMAPIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran terkejut dengan perkembangan semasa yang cukup memalukan melibatkan perbicaraan rasuah Timbalan PM Zahid Hamidi.

Timbalan Pendakwa Raya dilaporkan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau mendapat arahan daripada Peguam Negara Idrus Harun untuk menghentikan kesemua 47 pertuduhan rasuah.

DPP Dusuki Mokhtar memaklumkan kepada hakim bahawa kes itu harus diklasifikasikan sebagai “pelepasan tanpa pembebasan” (DNAA).

Hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai banyak pilihan selain bersetuju dengan permintaan itu.

Permintaan Dusuki ini cukup membingungkan. Pihak pendakwaan telah bersusah payah menubuhkan sebuah kes prima facie terhadap Zahid atas 47 pertuduhan itu. Pertuduhan ini membabitkan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berhubung Yayasan Akalbudi tahun lepas.

Permohonan DPP itu dilaporkan bagi membenarkan “penyiasatan yang lebih komprehensif dan lengkap terhadap kes Zahid”.

Mengapa sekarang? Setelah sekian lama, selepas empat tahun yang panjang ini? Berapa lama lagi hal ini akan mengambil masa kita?

Benar, pihak pendakwaan ada hak untuk memohon pelepasan sebegini di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. Dan ya, keputusan pelepasan tanpa pembebasan sebegini juga mempunyai kemungkinan untuk pendakwaan semula di masa hadapan.

Begitu pun, siapa pula yang kemudiannya akan memantau dan mendesak agar pertuduhan baharu ini difailkan?

Bagi kebanyakan orang, peristiwa ini cukup memalukan. Apa tanggapan rakyat marhaen tentang isu ini?

Ketua DPP Raja Rozela Raja Toran tampaknya memilih untuk bersara awal dan sudah pun mula bercuti. Peguam Negara Idrus Harun juga kini sedang bercuti dan sedang diganti.

Jadi, siapa yang akan bertanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku sekarang? Bolehkah orang ramai dipersalahkan untuk mempunyai tanggapan bahawa ia merupakan sebahagian daripada perjanjian yang membawa kepada gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan selepas pilihan raya umum lalu?

READ MORE:  Recount opportunity lost: The 348-vote controversy

Apa lagi yang boleh kita jangka akan berlaku selepas ini? Adakah kita sedang menunggu pembebasan awal bekas Perdana Menteri Najib Razak yang sedang dipenjara pula? Cukup sukar untuk kita menelan kemungkinan ini.

Apa yang berlaku sekarang ini seakan-akan memperolok-olokkan usaha kerajaan dalam melawan rasuah.

Kepercayaan orang awam terhadap Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa dengan efektif semakin merudum.

Jika tiada pendakwaan semula, ia merupakan sebuah pembaziran sumber dan masa melibatkan pihak mahkamah, seperti yang ditegaskan oleh hakim Collin Sequerah.

Apakah maknanya semua ini dalam usaha melawan rasuah? Di mana letak duduk perjuangan reformasi selama ini?

Harapan rakyat dalam membina semula keyakinan pada negara pastinya terkesan teruk. Perkara ini pasti akan ada kesannya, dan kita akan lihat impaknya pada pilihan raya kecil dan pilihan raya umum akan datang – sama ada menerusi keputusan atau bilangan pengundi yang akan keluar mengundi.

Aliran menyeru Jabatan Peguam Negara untuk menyatakan dengan jelas kepada orang awam mengapa permohonan untuk tidak meneruskan pendakwaan diteruskan. Peguam negara perlu memastikan bahawa kes ini tidak disenyapkan dan membiarkan kita semua lupa akannya.

Aliran mendesak rakyat untuk terus menuntut agar adanya tindakan terhadap rasuah di peringkat tertinggi. Rakyat perlu berwaspada dengan sebarang tindakan yang cuba membungkam usaha reformasi dalam negara.

Secara khusus, kami mendesak agar peranan dalam proses pendakwaan untuk diasingkan dari pejabat peguam negara, yang sepatutnya kekal selaku penasihat perundangan kepada kerajaan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
5 September 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Raymond Rayan
Raymond Rayan
10 Sep 2023 12.42pm

With all the effort made by our PM on the eradication of corruption is now being perceive as applicable to those not in power. The AGC has a lot of explanation to do to explain how the hell they came to this decision. With respect to our law and judges which are of no fault as their judgement was not necessary as the DPP decided not to pursue the case.
This have sent a wrong message to the people as they feel that judgement is only for the underdogs whereby those in power will get scott free.
Our PM stating that he had nothing to do with it is not an answer. Whatever happen to his MADANI concept

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x