Home Media statements Keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Najib mewajarkan usaha mereka yang memerangi rasuah...

Keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Najib mewajarkan usaha mereka yang memerangi rasuah selama ini

Young people marched against corruption in Kuala Lumpur - FILE PHOTO: BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran lega bahawa keadilan akhirnya terlaksana. Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Najib Razak bagi mengetepikan sabitan bersalah melibatkan tujuh dakwaan jenayah dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Kami memuji barisan hakim yang penuh berani dalam menyampaikan keputusan walaupun berdepan tekanan dan hinaan ke atas mereka oleh beberapa pihak.

Komitmen profesional ditunjukkan para hakim mengembalikan kepercayaan kepada sistem kehakiman negara serta mengutuhkan kemandirian kehakiman negara.

Sejak beberapa hari yang lalu, kita melihat percubaan bagi menunda proses bagi proses keadilan berlaku melalui tindakan pasukan perundangan Najib yang bolehlah ditanggapi sebagai tidak profesional dan cuba untuk memburukkan sistem kehakiman.

Selesainya kes mahkamah ini cukup melegakan ramai orang yang melihat ia berlanjutan terlalu lama, apatah lagi dengan permintaan untuk menunda sidang mahkamah beberapa kali.

Keputusan ini sekali gus mewajarkan semua pihak yang berdiri bagi melawan rasuah serta salah guna kuasa – aktivis masyarakat sivil, pemberi maklumat, pegawai awam dan wartawan, pendakwa raya dan peguam, di mana usaha mereka memungkinkan Najib untuk dibawa ke muka pengadilan.

Aliran menyeru agar pihak berkuasa yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk mempunyai keazaman lebih tinggi bagi membendung dan membongkar rasuah di peringkat lebih tinggi, lebih-lebih lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kami juga berharap agar kata putus yang efektif dan segera dapat dicapai dalam kes rasuah melibatkan elit politik lainnya dalam negara kita.

Kita semua hendaklah sentiasa berwaspada sehinggalah rasuah akhirnya dihapuskan dari tanah air kita.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
23 Ogos 2022
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hakimi Abdul Jabar
8 Sep 2022 3.14pm

Saya amat gembira kerana sudah ramai yang berlatar-belakangkan jurusan undang-undang sudah nampak dengan terang termasuk Mantan KHN :

… “not the Pardons Board’s job to state if the Federal Court judgment was right or wrong,” Abdul Hamid was quoted saying.

Bidangkuasa Badan Kehakiman sudahpun secara jelas diambil-alih pihak yang tiada Kuasa-Kuasa Kehakiman. Ini jelas Ultra Vires Peruntukan-Peruntukan Perlembagaan Persekutuan!

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/09/08/will-najib-get-a-pardon-ex-chief-justice-hamid-says-anwars-case-sets-a-precedent-for-convicts/27138

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x