Aliran mengadakan mesyuarat agong tahunannya kali yang ke-44 secara maya buat pertama kali akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang dijalankan.
Mesyuarat menggunakan Zoom pagi ini [28 November 2020] menyaksikan kehadiran lebih ramai berbanding tahun sebelumnya, dengan ahli dari dalam serta luar Malaysia turut ikut serta.
Di dalam ucapannya kepada ahli, presiden Aliran Anil Netto menggariskan keadaan luar biasa yang dihadapi kita: Langkah Sheraton, yang mengakibatkan kerajaan yang tidak diundi memerintah, kegagalan untuk mendapatkan undi percaya di Parlimen, kehilangan pekerjaan serta kesukaran yang meluas akibat pandemik, serta kini, rundingan Belanjawan yang sukar serta berisiko.
Pilih kasih di dalam penguatkuasaan bagi langkah mengawal pandemik, terutamanya selepas pilihanraya Sabah, serta beberapa pembelotan politik dan peralihan perikatan di kalangan wakil rakyat yang dipilih sekaligus mengakibatkan defisit kepercayaan kepada ahli politik, ujar Anil. Pembentukan kerajaan yang hampir monolitik berasaskan etno-keagamaan serta rentetan polarisasi merupakan sebuah perkembangan yang menggusarkan bagi sebuah negara berbilang kaum.
Namun sinar harapan terus menyinar. Anak muda tampil ke hadapan bagi memastikan suara mereka didengari, dengan memfokuskan isu yang memberi kesan kepada rakyat berbanding pandangan etno-keagamaan. “Pandemik juga memberi ruang kepada kita untuk merefleksi di mana kita sebagai sebuah negara dan peluang untuk membetulkan semula keutamaan pelaburan dan ekonomi bagi masa depan yang lebih mampan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bagi Aliran, kawalan pergerakan membenarkan kami untuk merefleksi, menganalisa serta menulis tentang kita sebagai sebuah negara serta di mana kita mahukannya berada. Sungguh menggalakkan, laman web kami turut menerima 62% lebih ramai pengunjung berbanding tahun lalu.
Ahli yang hadir merasakan Aliran patut meneruskan serta memainkan peranan penting bagi mempromosi kesatuan dalam kepelbagaian, reformasi serta kemampanan, terutamanya menerusi perbincangan atas talian serta webinar, pada tahun berikutnya.
Mereka turut memilih semula Anil Netto sebagai presiden Aliran, Dr Azmil Tayeb sebagai setiausaha kehormat, Dr Prema Devaraj sebagai penolong setiausaha kehormat serta Henry Loh sebagai bendahari kehormat.
Turut diundi semula sebagai ahli jawatankuasa eksekutif adalah Dr Francis Loh, Dr Mustafa K Anuar, Andrew Wong, Prof Zaharom Nain, K Haridas, Dr Khoo Ying Hooi, Norhidayah Nadila dan Dineskumar Ragu. Turut kembali ke jawatankuasa adalah Dr Christopher Chong.
Muka baru yang dipilih ke jawatankuasa adalah Mary Magdaline Pereira and John Fong.
Leena Mohan juga diundi sebagai juruaudit kehormat.
Dr Azmil Tayeb
Setiausaha Kehormat Aliran
28 November 2020
Terjemahan oleh Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Congratulations to all the new office bearers