Pada 21 Januari presiden Pas Hadi Awang berkata ia sesuatu yang tidak menyalahi peraturan pilihan raya jika ada orang yang mengagihkan wang sebagai “sedekah” semasa kempen pilihan raya.
Beliau mendakwa peraturan kempen sedia ada hanya melarang calon pilihan raya dan wakil mereka memberi wang tunai kepada pengundi.
Ketua pembangkang Hamzah Zainudin pula berkata niat di sebalik pemberian wang tunai yang paling penting, kerana beberapa pengundi telah meminta bantuan asas.
Aliran tidak bersetuju dengan kenyataan sedemikian. Seksyen 10(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah jelas: “setiap orang yang, secara langsung atau tidak langsung oleh dirinya sendiri atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberi apa-apa hadiah, pinjaman, tawaran, janji, perolehan, atau perjanjian sedemikian” bagi mempengaruhi orang lain untuk “mendapatkan pemilihan dari mana-mana orang, atau undi mana-mana pemilih atau pengundi” hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan rasuah.
Aliran menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara ini, tidak kira sama ada pihak atau sosok terbabit kini berada dalam kerajaan atau pembangkang.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Setiap orang tertakluk kepada peraturan yang sama dalam soal pembelian undi.
Kami juga menyeru SPRM untuk menyiasat dana yang diterima oleh parti-parti utama sebelum pilihan raya umum untuk mengetahui sama ada ia datang daripada mana-mana sumber terlarang.
Pada masa hadapan, skop kesalahan membeli undi harus diperluaskan bagi menghalang kerajaan persekutuan dan negeri daripada menyediakan sebarang inisiatif atau memperuntukkan apa-apa perbelanjaan awam luar biasa yang boleh ditafsirkan sebagai dorongan untuk mempengaruhi pengundi, termasuk penjawat awam, sebelum pilihan raya. Dorongan luar biasa tersebut boleh berbentuk pemberian wang tunai tidak berjadual dan pemberian (atau janji anugerah) kenaikan gaji dan bonus penjawat awam yang luar biasa menjelang pilihan raya.
Aliran juga menggesa Akta Kesalahan Pilihan Raya dimantapkan dan diperjelaskan supaya ia berkesan dalam memastikan pilihan raya bebas daripada rasuah.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
25 Januari 2023
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme