Home Media statements Membolot 51% pegangan dari syarikat penghantaran barang tempatan menghakis keyakinan usahawan

Membolot 51% pegangan dari syarikat penghantaran barang tempatan menghakis keyakinan usahawan

Hanya segelintir elit bumiputera kaya serta berpengaruhlah yang dapat membolot 51% pegangan di firma ini, bukannya Melayu kebanyakan

152 views
OPENCLIPART-VECTORS/PIXABAY

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Aliran menuntut kerajaan untuk menghentikan – bukannya menangguhkan – dasar bahawa firma penghantar barang serta logistik tempatan untuk mempunyai 51% ekuiti berkepentingan bumiputera.

Jika kerajaan menjalankan dasar ini bermula tahun 2023, ia akan mengakibatkan ketidakadilan kepada pemilik syarikat ini. Semua usaha keras membina syarikat mereka ini sia-sia hanya untuk kemudian pegangan berkepentingan mereka dirampas dari mereka dan diberikan kepada orang lain.

Presiden Federation of Malaysian Freight Forwarders Alvin Chua memberitahu bahawa 80% syarikat penghantar barangan dengan lesen brokeraj Jabatan Kastam adalah milik syarikat bumiputera. Jika begitu, apakah keperluan dasar untuk memastikan 51% ekuiti bumiputera ke atas  20% lagi firma yang ada?

Pemaksaan pemilikan yang sebegini pastinya akan memberi tanggapan yang salah kepada bumiputera bahawa ada alternatif lain selain daripada bekerja keras, iaitu, mereka boleh mengambil jalan pintas dan menunggang syarikat yang sedia ada berjaya.

Benar, ianya sesuatu yang baik jika semua orang dapat berkongsi kemakmuran di negara ini. Namun untuk mewajibkan pemilik bisnes dari kelompok minoriti etnik untuk memberikan pegangan mereka kepada komuniti etnik majoriti bukanlah caranya. Tindakan afirmatif sepatutnya tidak menggalakkan diskriminasi: ini sebuah strategi yang salah dan tidak adil, sekaligus mengakibatkan kemarahan dan barangkali ketegangan etnik.

Siapa sebenarnya yang untung dari pemerolehan ekuiti yang semberono ini? Besar kemungkinan, bukanlah kaum Melayu kebanyakan yang dibelenggu hutang serta berpendapatan rendah. Sebaliknya, yang akan untung adalah segelintir Melayu kaya dan berpengaruhlah yang mempunyai kemampuan kewangan untuk mengambil 51% pegangan di dalam firma ini.

Langkah untuk menunda dasar ini ke tahun hadapan hanyalah seperti melihat telur di hujung tanduk bagi semua pemilik bisnes yang terkesan. Melihat kepada kemungkinan pengambilalihan secara paksa barangkali memberi kesan kepada syarikat yang dimiliki oleh minoriti untuk ditutup terus. Para pemilik syarikat ini mungkin akan memilih untuk membuka bisnes mereka di negara jiran.

READ MORE:  Today, it is the freight forwarders, who will be next?

Ketidakpastian ini bukan sahaja terhad hanya pada sektor penghantar barangan. Persoalan yang berlegar di benak fikiran ramai orang adalah sektor mana pula yang kemudiannya akan turut dijalankan dasar pegangan ekuiti 51% ini?

Ketidakpastian yang sebegini akan menghalang pelabur – tempatan atau luar – dari melabur di negara ini, kerana mereka turut berkira-kira adakah bisnes mereka sendirilah yang akhirnya akan diambil-alih dengan cara sama. Apatah lagi, nampaknya undang-undang pemilikan sendiri boleh berubah di tengah-tengah jalan mengikut suka kerajaan hari ini. Dan jika syarikat etnik minoriti di kalangan rakyat Malaysia boleh hilang pegangan syarikat mereka, bagaimana syarikat luar yakin dapat mengekalkan pegangan mereka dalam jangka masa panjang?

Kita sudah melihat pertukaran peraturan tengah jalan melibatkan peraturan yang lebih ketat bagi mereka yang terlibat dengan program Malaysia, My Second Home (MM2H), iaitu warga asing yang memilih untuk tinggal di Malaysia. Pertukaran polisi ini bukan saja memberi kesan kepada pemohon baru tetapi juga penduduk sedia ada apabila mereka memperbaharui visa mereka. Ramai yang mengikut program MM2H sendiri tidak dapat menampung keperluan yang lebih ketat dikenakan ke atas mereka.

Segala ketidakpastian sehinggalah ketidakadilan melibatkan polisi ini akan memberi kesan kepada pengeluaran beramai-ramai usahawan dan bakat dari negara ini yang sekaligus memberi kesan kepadanya.

Akhirnya, siapa yang terkesan adalah keyakinan para usahawan – sekaligus memberi kesan kepada suasana pelaburan – semakin terhakis? Ia akan memberi kesan kepada para pekerja biasa dari etnik yang berbezalah yang berdepan kesukaran untuk mencari kerja tetap dengan pendapatan yang mencukupi.

Aliran menggesa kerajaan untuk mengikuti slogan yang digembar-gemburkannya iaitu Keluarga Malaysia. Kerajaan sepatutnya menggagaskan sebuah polisi yang sekaligus dapat memperkuat setiakawan sosial dan bukannya mengganggu-gugat hubungan ‘kekeluargaan’ ini melalui polisi yang digerakkan ketamakan serta hanya kepentingan segelintir mereka yang kaya.

READ MORE:  Race-based policies - yay or nay?

Jawatankuasa eksekutif Aliran
1 Oktober 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x