Home Media statements Mengapa tergesa-gesa teruskan projek penambakan mega di Pulau Pinang?

Mengapa tergesa-gesa teruskan projek penambakan mega di Pulau Pinang?

Jangan utamakan keuntungan korporat dengan mengorbankan kepentingan rakyat

A woman waves a Penang Tolak Tambak (Penang rejects land reclamation) flag

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran khuatir dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang tergesa-gesa meneruskan cadangan projek penambakan mega bagi membina apa yang dipanggil sebagai “Pulau Silikon” di seberang laut selatan Pulau Pinang.

Pulau seluas 2,300 ekar yang dicadangkan itu terletak di tengah-tengah perairan pantai pembiakan ikan di bahagian selatan.

Walaupun tiga pulau yang dicadangkan itu telah dikecilkan menjadi satu pulau, projek itu akan membunuh kepelbagaian spesis marin di kawasan yang terjejas serta merosakkan pantai.

Ia juga akan memberi kesan kepada mata pencarian nelayan, kerana hasil tangkapan mereka semakin berkurangan, dan melemahkan keselamatan sumber makanan bagi Pulau Pinang.

Pengurangan hasil tangkapan pada masa hadapan akan menyebabkan harga ikan dan makanan laut yang lebih tinggi untuk rakyat biasa.

Kajian hidrologi serta pasang surut yang baru diperlukan sekarang kerana hanya satu pulau akan dibina dan bukannya dua atau tiga.

Adakah terdapat sebarang kajian impak selepas penambakan di utara Pulau Pinang? Apakah yang menyebabkan hakisan pantai yang cukup membimbangkan di Batu Ferringhi serta fenomena air pasang merah jambu (pink tide phenomenon) di perairan Teluk Bahang dan Sungai Pinang, Balik Pulau? Bukankah kita patut mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam terlebih dahulu sebelum memulakan lebih banyak penambakan?

Pada 25 Mei, Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara), Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan, dan Zakaria Ismail, bagi pihak unit nelayan Sungai Batu, memfailkan notis rayuan mereka kepada Lembaga Rayuan. Mereka mencabar kelulusan bersyarat bagi laporan penilaian impak alam sekitar untuk projek penambakan itu.

Rayuan ini masih belum didengari lagi. Jadi mengapa kerajaan negeri tergesa-gesa untuk memulakan projek itu pada 1 September. Adakah ia bertujuan agar nelayan dan rakyat Pulau Pinang hanya menerima nasib seperti mana nasi sudah menjadi bubur?

READ MORE:  Former MP's irresponsible food dumping highlights ignorance of food security, waste management issues

Terdapat banyak lagi tanah lain yang lebih murah di tanah besar jika mahu dibangunkan industri berteknologi tinggi.

Negara ini sedang bergelut untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber import makanan secara besar-besaran, termasuklah import ikan. Keselamatan makanan sepatutnya menjadi keutamaan kita dalam era perubahan cuaca yang melampau ini.

Aliran menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya tidak menjejaskan sumber makanan laut dengan harga mampu milik sedia ada ini.

Jangan utamakan keuntungan korporat dengan mengorbankan kepentingan rakyat.

Cukuplah merampas aset alam semula jadi yang dimiliki umum (the commons). Tolak tambak!

Jawatankuasa eksekutif Aliran
1 September 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x