Home Media statements Mengejutkan! Menghantar Najib ke hospital pemulihan Cheras membuatkan ramai bingung

Mengejutkan! Menghantar Najib ke hospital pemulihan Cheras membuatkan ramai bingung

Pihak berkuasa perlu telus dan bertanggungjawab bagi mengelakkan wujudnya pilih kasih dalam layanan terhadap banduan

Cheras Rehabilitation Hospital - HEALTH DIRECTOR GENERAL'S BLOG

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Jadi betullah tentang Merpati (kod nama yang kononnya merujuk kepada Najib Razak) berlaku: nampaknya khabar angin yang wujud dalam membincangkan rancangan bagi mengalih Najib si penjenayah dari Penjara Kajang ke Hospital Pemulihan Cheras ada benarnya.

Ramai pemerhati bingung dengan perkembangan terbaru ini. Barangkali kita semua sedang berada di alam lain – di mana khabar anginlah yang patut kita percayai! Seperti ada seorang yang menyebut, satu-satunya cara untuk membaca berita di Malaysia adalah dengan membacanya secara terbalik.

Hospital Cheras dengan kos RM 342j ini yang masih baru dibuka pada 2012. Hospital ini dilengkapi dengan sebuah gim berteknologi tinggi serta kolam hidroterapi.

Merujuk kepada sebuah tulisan di dalam blog pengarah kesihatan pada 2017, bagi pesakit dalaman, “kes rujukan perlu didapatkan dari seorang pakar di HRC [Hospital Pemulihan Cheras] yang bertugas, di mana perlu ada perbincangan di antara pakar yang dirujuk serta pakar yang menerima supaya pengurusan sewajarnya dapat dilakukan untuk menerima pesakit”.

Adakah perkara ini dilakukan dan bagi kes Najib, siapakah pakar yang terlibat?  

Oleh kerana ia merupakan sebuah perkara melibatkan kepentingan awam, Kementerian Kesihatan – terutamanya, pengarah Hospital Kuala Lumpur serta pengarah Hospital Pemulihan Cheras – perlu memberikan sebab kemasukan Najib ke hospital Cheras untuk rawatan fisioterapi dan bukannya sebagai rawatan pesakit luar.

Ini bagi mengelakkan sebarang kecurigaan melibatkan salah guna kuasa serta pilih kasih melibatkan layan terhadap Najib serta rawatan terhadap banduan dan pesakit lain. Misalannya, rakyat perlu tahu bagaimana Najib dapat menerima rawatan kesihatan dengan begitu cepat, termasuklah melibatkan penilaian pakar.

Orang awam perlu dimaklumkan apakah kelebihan hospital Cheras berbanding Hospital Kuala Lumpur dari segi kemudahan dan kepakaran bagi keadaan Najib, tidak kisahlah apa pun.

READ MORE:  Court proceedings on Najib's pardon should be conducted openly

Orang awam juga perlu tahun selama mana fisioterapi untuk Najib di hospital Cheras ini dijangka berlanjutan.

Pengarah Penjara Kajang juga perlu telus dan menerangkan jika banduan lain juga dibenarkan untuk menerima rawatan fisio yang sama bagi pesakit luar di Cheras.

Siasatan audit yang bebas perlu dilakukan bagi mengesahkan jika terdapat sebarang kebenaran terhadap dakwaan bahawa terdapat sejumlah yang besar melibatkan dana awam digunakan bagi penambahbaikan sel penjara Najib di Kajang.

Tertanya bahawa sejak Najib dimasukkan ke hospital Cheras, ia sekali gus menguatkan cerita berkenaan Merpati di media sosial dan platform pesanan, yang sekali gus perlu diberikan siasatan mendalam.

Pihak berkuasa yang membuat semua keputusan ini perlu bertanggungjawab (accountable) kepada orang awam kerana mereka merupakan penjawat awam.

Orang awam benar-benar bingung dengan perkembangan terbaru ini. Apatah lagi, Najib sendiri tampak begitu bertenaga tidak lama dahulu ketika kempen “Bossku” di seluruh ceruk negara.

Dan baru sahaja minggu lalu, Menteri Kesihatan memperakui bahawa Najib sihat sebelum beliau dikeluarkan daripada Hospital Kuala Lumpur.

Ramai yang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Adakah seseorang dari kerajaan dapat mengesahkan apa sebenarnya yang berlaku bagi meredakan kegusaran orang ramai ini?

Pihak berkuasa perlu telus dan bertanggungjawab bagi mengelakkan wujudnya pilih kasih dalam layanan terhadap banduan. Apa yang lebih penting, ramai yang ingin tahu adakah Najib dirawat sebagai VIP dengan penuh keistimewaan berbanding apa yang dibenarkan kepada seorang banduan.

Sebagai seorang banduan yang dijatuhkan hukuman kerana didapati bersalah atas kes rasuah yang cukup besar oleh mahkamah tertinggi di Malaysia, Najib perlu dilayan tidak ada bezanya dengan banduan lainnya.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
21 September 2022

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x