Home Media statements Menteri dalam negeri perlu menjelaskan mengapa beliau mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya

Menteri dalam negeri perlu menjelaskan mengapa beliau mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya

FILE PHOTO: SUN DAILY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran bimbang Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang menggunakan budi bicaranya di bawah Seksyen 70 Akta Pertubuhan bagi mengecualikan Umno daripada undang-undang yang boleh menyebabkan parti itu dibatalkan pendaftarannya selepas ia menghalang pertandingan untuk dua jawatan tertinggi parti.

Walaupun beliau diberi kuasa untuk berbuat demikian, Saifuddin perlu telus tentang sebab pengecualian itu. Ini kerana wujudnya tanggapan umum bahawa pengecualian daripada pemilihan dua jawatan teratas adalah cubaan untuk menjaga jawatan presiden Umno Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan.

Apa yang turut membimbangkan ialah percanggahan kepentingan yang jelas: pengecualian itu dilihat sebagai percubaan untuk memperkukuh kedudukan pemimpin Umno, yang sekali gus akan membantu memastikan kemampanan “kerajaan perpaduan” yang Saifuddin merupakan sebahagian daripadanya.

Kami menyeru agar Saifuddin dapat menjelaskan dengan terang mengapa beliau memveto keputusan asal pendaftar pertubuhan, yang nampaknya telah mengarahkan Umno untuk membatalkan keputusan tidak bertanding.

Demi kepentingan demokrasi, adalah penting untuk memansuhkan peruntukan undang-undang yang membenarkan kuasa budi bicara tersebut. Dan demi kepentingan urus tadbir yang baik, seperti yang sering digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Aliran berharap kerajaan akan memimpin dengan menegakkan ketelusan dan akauntabiliti dalam cara ia berfungsi.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
8 Mac 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr. SNMN
Dr. SNMN
11 Mar 2023 4.40pm

SLM MSIA. ONE REAPS WHAT ONE SOWS. IF WE SINCERELY WANT A STABLE MSIA GOING FORWARD FOR OUR KIDS N THEIR KIDS, N SO ON, PLEASE REMEMBER THE FORCE OF THE NATURAL LAW OF KARMA. IT CAN BEFALL ANY ONE OF ONE’S KIND. THAT’S HOW MYSTERIOUS GOD’S POWER IS. LET THE PEOPLE KNOW IN CLEAR, SIMPLE WAYS. WE PUT U IN YOUR POSITIONS OF POWER TODAY. AND U MAY WELL BE, AS IT MOST APPARENTLY APPEARS SO, AFTER THE THE DIRECTOR OF THE DEPT. HAD CENSURED UMNO. RAJA NAZRIN HAD RECENTLY AGAIN REMINDED US OF A ‘TELUS’ GOVERNANCE. PLS PAY HEED N ACT BOLDLY.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x