Home Media statements Mesyuarat tahunan Aliran menggesa gencatan senjata segera di Gaza dan tamat penggunaan...

Mesyuarat tahunan Aliran menggesa gencatan senjata segera di Gaza dan tamat penggunaan label ‘pendatang’

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ahli yang menghadiri mesyuarat agung tahunan hibrid Aliran ke-47 semalam sebulat suara meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera dan berkekalan di Gaza dan Tebing Barat untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk.

Mereka juga menggesa pembebasan semua tebusan dan banduan yang ditangkap secara haram atau tidak adil di kedua-dua belah pihak dan untuk pengunduran segera Israel dari wilayah yang diduduki di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Ahli sebulat suara meluluskan satu lagi resolusi yang menggesa kerajaan “Madani” Anwar untuk mengenalpasti dan mengecam ahli politik yang tidak sensitif yang melabelkan etnik minoriti Malaysia sebagai “pendatang”.

Teks akhir kedua-dua resolusi ini akan dikeluarkan pada minggu ini.

Terdahulu, dalam ucapannya pada mesyuarat itu, presiden Aliran Anil Netto menyentuh tentang keperluan untuk “kerajaan perpaduan” untuk mempercepatkan proses bagi pembaharuan yang amat diperlukan.

Beliau berkata orang ramai memahami bahawa perdana menteri mempunyai tindakan mengimbangi yang sukar berikutan kehadiran ‘barisan lama’ dalam pentadbirannya, yang telah menjejaskan prospek pembaharuan.

Tetapi PM masih perlu memberi fokus kepada pembaharuan yang dikehendaki oleh orang ramai sepanjang baki tempoh perkhidmatannya, terutamanya pemansuhan undang-undang yang menindas.

Anil juga berkata kerajaan perlu menangani masalah struktur ekonomi, yang menyaksikan bahagian pekerja dalam pendapatan negara (labour share of national income) menurun manakala hutang isi rumah kekal tinggi. “Oleh itu, golongan pekerja mendapati diri mereka lebih tertekan untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup, dengan ramai yang hanya mempunyai simpanan yang tidak mencukupi dalam KWSP [simpanan persaraan] mereka,” beliau kata.

Kerajaan harus pro-rakyat dan bukannya membiarkan demokrasi dirampas oleh kepentingan tertentu.

Ahli melantik semula Anil sebagai presiden untuk tahun kelima.

READ MORE:  Why have ceasefire negotiations over Gaza repeatedly failed?

Mereka juga memilih Mary Magdaline Pereira sebagai setiausaha kehormat, mengambil alih jawatan Dr Azmil Tayeb. (Aliran sebelum ini telah mencalonkan Azmil untuk jawatan naib-pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya semenanjung Bersih pada pemilihan jawatankuasa pemandu gabungan tersebut baru-baru ini – yang dimenanginya tanpa bertanding.)

Ahli-ahli memilih Azmil untuk menggantikan Mary Magdaline sebagai penolong setiausaha kehormat Aliran.

Henry Loh dipilih semula sebagai bendahari kehormat.

Dilantik semula ke jawatankuasa eksekutif ialah bekas presiden Aliran Dr Prema Devaraj, Dr Mustafa K Anuar, Andrew Wong, Prof Zaharom Nain, Dr Khoo Ying Hooi, Dr Christopher Chong, Sukeshini Nair dan Dr Por Heong Hong.

Turut dipilih semula ialah K Haridas, yang baru-baru ini dipilih menganggotai jawatankuasa pemandu Bersih dengan jumlah undian tertinggi.

Kembali ke jawatankuasa Aliran ialah John Fong dan Sarajun Hoda Abdul Hassan, yang juga berkhidmat sebagai penolong setiausaha Gabungan Bertindak Malaysia, di mana Aliran adalah organisasi rakan kongsi.

Hwa Jen telah dipilih sebagai juruaudit kehormat.

Mary Magdaline Pereira
Setiausaha kehormat Aliran
26 November 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x