Home Media statements Najib patut kekal dalam penjara! Berhenti menggunakan proses pengampunan secara semberono

Najib patut kekal dalam penjara! Berhenti menggunakan proses pengampunan secara semberono

Pengampunan untuk Najib akan menghakis keyakinan terhadap proses kehakiman dan mempersendakan urusan keadilan di Malaysia

Convict Najib - THE STAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Umno nampaknya tergesa-gesa untuk mendesak pengampunan awal bagi penjenayah, Najib Razak menggunakan hanya satu perbezaan pendapat di dalam keputusan bersalah oleh 13 hakim lain di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta dalam dua panel Mahkamah Persekutuan.

Kami bimbang dengan perkembangan semasa yang kelihatan seperti kempen bersepadu dalam memanipulasi fakta dan maklumat yang salah tentang bagaimana sistem pentadbiran keadilan berfungsi serta percubaannya dalam menjejaskan kemuktamadan proses di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pertama sekali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak sepatutnya terlibat di dalam menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Nazlan Ghazali, atas dakwaan percanggahan kepentingan.

Menteri undang-undang, Azalina Othman Said, perlu menjelaskan keadaan. Peguam Najib telah menegaskan bahawa dalam jawapannya pada 20 Mac yang lalu kepada peguam utama Najib, Shafee Abdullah, Azalina telah menyatakan bahawa “jawapan kepada soalan (yang telah diujarkan) adalah afirmatif”.

Shafee telah mengemukakan tiga soalan dalam suratnya pada 15 Mac, termasuklah sama ada Hakim Nazlan mempunyai percanggahan kepentingan.

Namun, sebarang siasatan terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib sepatutnya diserahkan kepada badan kehakiman, yang mempunyai prosedur serta Kod Etika Hakim sendiri.

Pada 24 Februari semua tujuh hakim dalam panel Mahkamah Persekutuan, yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, memutuskan bahawa siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan telah mengabaikan kebebasan dan protokol kehakiman.

Ini jelas menunjukkan bahawa SPRM telah melampaui bidang kuasanya. Sungguh ironis apabila SPRM berpendapat mereka wajar untuk terlibat di dalam hal ini apabila ketuanya sendiri, Azam Baki, masih terperangkap dalam kontroversi yang tidak dapat diselesaikan berhubung pembelian sahamnya. Kontroversi ini sangat mencemarkan nama baik SPRM.

Umno tidak seharusnya memintas dan membuat pengampunan sekarang dengan mendapatkan temu janji dengan Agong. Perkara itu harus diserahkan kepada Lembaga Pengampunan dan harus mengikut laluan biasa dan bukannya jalan pintas.

READ MORE:  Najib's empty 'apology' an insult, Anwar’s reaction troubling

Perdana Menteri Anwar Ibrahim harus menarik diri daripada sebarang keterlibatan di dalam Lembaga Pengampunan, kerana beliau sendiri boleh berada dalam keadaan percanggahan kepentingan.

Banyak selok-belok dan putar-belit yang berlaku secara tertutup selepas pilihan raya umum November lalu. Ramai yang mengatakan wujud kemungkinan bahawa Anwar mungkin telah ditekan untuk menggunakan pengaruhnya dalam memohon pengampunan bagi bekas presiden Umno Najib itu sebagai balasan kepada kerjasama Umno dalam “kerajaan perpaduan” Anwar. Kami berharap bukan itulah yang berlaku, namun begitulah tanggapan yang wujud di luar sana di kalangan sesetengah pihak.

Kami perhatikan bahawa pendapat umum sangat menolak pengampunan terhadap Najib, dengan kira-kira 140,000 sudah pun menandatangani petisyen menentang pengampunan itu [bagi menandatangani petisyen] di mana hanya kurang dari 10% daripada yang menandatangani itu menyokong, dalam sebuah petisyen lain.

Kami menggesa semua pihak untuk berhenti memberikan tekanan bagi Najib untuk dibebaskan awal, yang akan mengakibatkan kemudaratan yang tidak terkira kepada imej antarabangsa Malaysia serta keyakinan pelabur.

Ingat, ini adalah sebahagian daripada skandal kewangan terbesar di dunia. Ia sangat mencemarkan imej negara dan membebankan negara dengan hutang yang sangat besar – wang itu patut boleh digunakan untuk meringankan penderitaan berjuta-juta rakyat biasa.

Pengampunan untuk Najib akan menghakis keyakinan terhadap proses kehakiman, menjejaskan kedaulatan undang-undang dan mempersendakan pentadbiran keadilan di Malaysia.

Ia bukan sahaja akan menjadi duluan (precedent) yang berbahaya, ia juga akan mempunyai kesan serius terhadap bagaimana undang-undang itu dilihat.

Ia akan memberi tanggapan bahawa jenayah kolar putih yang serius – yang walaupun melalui proses yang ketat oleh sistem perundangan Malaysia, melibatkan tempoh perbicaraan yang bertahun lamanya serta melibatkan sumber negara yang besar – boleh diampunkan dengan mudah, hanya kerana status ‘kayangan’ seseorang penjenayah itu.

READ MORE:  Najib's apology: Who was it meant for?

Ia akan menjadi sebuah kemenangan dalam percubaan memanipulasi serta pengolahan maklumat salah yang cuba menjejaskan keyakinan terhadap badan kehakiman.

Ia juga akan menghancurkan imej pentadbiran Anwar sebagai kerajaan reformis yang telah meletakkan sasaran bagi meningkatkan tadbir urus yang baik serta membaiki kerosakan besar yang berlaku pada masa lalu.

Diharapkan keadilan dan kebijaksanaan akan berlaku.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
9 April 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Gursharan Singh
Gursharan Singh
12 Apr 2023 8.51pm

Is this a First where many political leaderships and others are appealing for a royal pardon for a convicted political leader serving a prison term which was confirmed by the highest court of law in the country? DSAI was pardoned after serving about 3 yrs.
If pardon granted in this case will this set a precedent for other VVIP political leaders currently involved in ongoing court cases for suspected criminal cases and if convicted and sentenced to prison terms by even the highest court in the country?

In the meantime several accused VVIP political leaders continue to be free on comparatively nominal amounts and not only continue to enjoy luxurious lifestyles with some at taxpayers cost as cases taking years to reach closure.
Bless all

Raymond Rayan
Raymond Rayan
16 Apr 2023 10.59pm

Have to agree with u. My biggest question WHY now some of the cases is being charged in court since these cases are a few years ago under the previous govt. It doesn’t fare well for MACC

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x