Home Media statements Ordinan ‘berita palsu’ yang membebankan akan menghakis demokrasi di Malaysia

Ordinan ‘berita palsu’ yang membebankan akan menghakis demokrasi di Malaysia

Aliran mengambil berat bagaimana pendefinisian berita palsu menjadi samar dan luas, yang memungkinkan pelaksanaan ordinan mengakibatkan salahguna kuasa

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2), yang berkuatkuasa hari ini, memberi kuasa sewenang-wenangnya kepada kerajaan bagi membendung ‘berita palsu’ berkenaan Covid-19 serta pemerintahan di bawah darurat kini.

Aliran mengambil berat bagaimana pendefinisian berita palsu menjadi samar dan luas, yang memungkinkan pelaksanaan ordinan mengakibatkan salahguna kuasa.

Undang-undang ini akan mempunyai kesan yang merbahaya kepada kebebasan akhbar serta kebebasan ekspresi, sekaligus menghakis demokrasi kita.

Rakyat boleh disabitkan bersalah di dalam menyebarkan ‘berita palsu’ melalui penulisan, rakaman audio serta bentuk lain yang mungkin menggambarkan ‘perkataan atau idea’ sekaligus berdepan tindakan.

Penalti jika melanggar undang-undang ini sungguh menggusarkan serta berat: saman sehingga RM 100,000 atau tempoh penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berulang, denda sebanyak RM1,000 sehari juga akan dikenakan mengikut setiap hari selepas kesalahan yang berterusan selepas disabitkan.

Walaupun ramai di antara kita yang mengambil berat akan ‘berita palsu’ yang mengakibatkan kekeliruan serta menganggu ketenteraman, namun apakah yang dimaksudkan dengan berita palsu perlu dinyatakan secara jelas agar undang-undang tidak menjenayahkan secara zalim atau mendenda mereka yang mengkritik atau menyampaikan pendapat, misalannya, berkaitan bagaimana pandemik sekarang diuruskan.

Kerajaan sepatutnya memperhalusi perkara berkenaan berita palsu ini bersesuaian dengan cara hidup kita yang demokratik. Kerajaan seharusnya berdialog serta merespon dengan didikan.

Undang-undang sedia ada dengan mudah dapat menguruskan sebarang percubaan yang mengakibatkan gangguan atau ketegangan awam.

Menakut-nakutkan warga dengan undang-undang yang membebankan hanya akan membina jurang di antara kerajaan dan rakyat. Ia hanya akan mengongkong rakyat manakala kerajaan bersikap seperti katak bawah tempurung.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
12 Mac 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x