Home Media statements Parlimen tempat untuk Muhyiddin, Anwar atau sesiapa sahaja mesti kemukakan bukti kalau...

Parlimen tempat untuk Muhyiddin, Anwar atau sesiapa sahaja mesti kemukakan bukti kalau ada majoriti

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Dengan mempertimbangkan akan adanya kebarangkalian hilang percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Aliran menegaskan betapa pentingnya untuk menjulang demokrasi berparlimen dan bukannya mengenepikannya.

Sekali lagi kami ingin nyatakan desakan supaya Parlimen bersidang bagi menyelesaikan berbagai krisis yang sedang dihadapi negara. Dari Mac hingga Disember tahun ini 2020 Parlimen hanya bersidang untuk 52 hari yang mana amat membimbangkan. 

Satu-satunya cara untuk selesaikan kebuntuan politik itu ialah secara terbuka dan selari dengan kelaziman berparlimen.

Ahli Parlimen sepatutnya mempunyai pilihan untuk mengundi usul percaya dalam Parlimen. Di UK, ini boleh jadi dalam bentuk usul kepercayaan (oleh kerajaan) atau satu usul tidak percaya (selalunya oleh pembangkang).

Usul-usul seumpama itu tidak patut diletakkan di bawah aturan urusan mesyuarat selepas “urusan kerajaan”. Di bawah kelaziman berparlimen, undi tidak percaya diberi keutamaan ke atas urusan parlimen biasa dan biasanya dimulakan dengan ucapan oleh perdana menteri dan ketua pembangkang. Di UK telah ada tiga undian percaya dan 23 undian tidak percaya sejak tahun 1945. 

“Adalah mungkin bagi undian tidak percaya untuk berjaya yang mana terdapat kerajaan minoriti atau dengan majoriti kecil, atau yang mana ada perpecahan dalaman parti menjurus kepada beberapa ahli parti pemerintah mengundi menentang pemimpinnya. Di mana terdapat kerajaan minoriti, kerajaan boleh mencapai persetujuan atau pakatan dengan parti-parti lain dan menang dalam undian tersebut dan terus kekal menjawat” (Wikipedia).

Pokoknya, Parlimen adalah tempat di mana kesemua ini patutnya diselesaikan. Lagi pun, pemimpin negara sepatutnya mempunyai kepercayaan lebih ramai Ahli Parlimen berbanding saingan yang lain dalam Dewan Rakyat. Tak mungkin satu kerajaan boleh bergerak dengan lancar dan sepenuhnya tanpa sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Bukankah mengenepikan Parlimen ini adalah punca besar permasalahan semenjak Langkah Sheraton? Kesemua putar belit, ‘politik sembunyi’ dan perjanjian belakang tabir telah menggugurkan akibatnya kepada negara. Alangkah baiknya kalau Ahli Parlimen kita berlumba siapa yang paling layak berkhidmat demi kepentingan rakyat, tapi nampaknya tidak ke situ. Kita tak mahu dana awam yang berharga dipergunakan sebagai umpan untuk memancing pembelot politik, yang mudah melompat ke sebelah lain lebih daripada menumpu perhatian terhadap kebajikan rakyat. 

Kesemua asakan-asakan politik ini berlaku ketika Dewan Rakyat telah pun sebahagian besarnya diketepikan. Amat sedikit masa persidangan yang berlaku di dewan itu ketika sesi ketiga tahun ini, suatu tempoh dengan berbagai krisis.

  • Mesyuarat pertama: 18 Mei 2020 (1 hari)
  • Mesyuarat kedua: 13 Julai 2020 – 27 Ogos 2020 (25 hari)
  • Mesyuarat ketiga: 2 November 2020 – 15 Disember 2020 (26 hari)

Jumlah: 52 hari sahaja

Apabila cukup-cukup sahaja parlimen bersidang, tak hairanlah Ahli Parlimen alih perhatian mereka ke lain, hal ehwal yang bukan pada kepentingan rakyat keseluruhannya. Ruang berdebat dan mengkritik hal ehwal dasar dan mencadangkan penyelesaian yang lebih elok telah hilang.  

Satu usul tidak percaya di Parlimen atau undian Belanjawan akan membolehkan Muhyiddin membuktikan sama ada dia mempunyai perintah kawalan ke atas majoriti parlimen. Ahli Parlimen perlu membuat pendirian mereka secara umum, dengan tatapan sepenuhnya untuk para pengundi yang telah memilih mereka – dan bukan secara sembunyi dalam perjanjian belakang tabir.

Kami mengulang semula kepentingan Parlimen sebagai sebahagian sistem semak dan imbang di bawah konsep pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Sistem semak dan imbang ini adalah lebih mustahak dalam keadaan genting – apalagi berbagai krisis yang dihadapi kita kini – untuk semak sebarang salah laku kuasa eksekutif.

Jadi kita menolak sepenuhnya permintaan untuk penamatan atau penggantungan Parlimen atau perintah darurat ketika krisis ini.

Sebaliknya, kami meminta Parlimen menjadi tempat di mana pemimpin dan mana-mana pemimpin saingan menunjukkan sama ada mereka ada amanah dan kepercayaan majoriti daripada perwakilan yang telah dipilih rakyat.

Jika undi tidak percaya lulus, maka penyandang kerajaan kini mestilah meletakkan jawatan dan pilihan raya yang baharu mesti diadakan. Tetapi dengan keadaan Covid-19 sekarang yang membimbangkan selepas pilihan raya Sabah, mengadakan pilihan raya masa sekarang ini tidak sesuai. 

Sementara itu, jika seorang lagi Ahli Parlimen, harapnya seorang yang tidak akan mengabaikan dengan berjiwa kepentingan rakyat, boleh membuktikan sokongan majoriti di dewan, dia patutnya diizinkan memimpin negara sehingga sampai masa keadaan kesihatan yang membenarkan pilihan raya berlaku bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat. 

Kerajaan yang bersidang hanya boleh bergerak dengan lancar jika keabsahan politiknya mantap dengan ketelusan. Kita amatlah memerlukan perkara ini iaitu siapa yang patut mengemudi kerajaan diselesaikan persoalannya di Parlimen supaya kerajaan boleh kembali semula menjalankan urusan mentadbir negara, dikepung rewakan meranah, tanpa perlu sentiasa toleh ke belakang.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
17 Oktober 2020
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x