
Aliran bersedih setelah menerima berita pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara semalam.
Kami di Aliran akan sentiasa mengingati almarhum sebagai seorang anggota bomba yang berani, yang kehilangan nyawa akibat mendapat kecederaan teruk ketika menjalankan tugas semasa rusuhan di Kuil Seafield, Subang Jaya pada penghujung November yang lalu.
Kematian beliau adalah suatu tragedi bagi kita semua. Kami berharap individu-individu yang menyerang almarhum serta terbabit dalam tragedi ini akan dibawa ke muka pengadilan untuk siasatan dan hukuman yang sewajarnya.
Pemergian Muhammad Adib adalah suatu kehilangan yang tiada galang ganti bagi ahli keluarga dan tunangnya. Ucapan takziah dari kami buat semua yang sedang melalui waktu sukar ini.
Justeru itu, kami ingin mengajak rakyat Malaysia bersama-sama mengingati dan memberi penghormatan buat Muhammad Adib atas aksi professionalnya. Ayuh semua rakyat Malaysia berganding bahu agar tragedi keganasan dan tidak wajar seperti ini tidak akan berulang lagi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersemadilah dengan tenang, Muhammad Adib.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
18 Disember 2018
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme