Home Media statements Pemisahan peguam negara dan pendakwa raya: Mengapa berlaku kelewatan?

Pemisahan peguam negara dan pendakwa raya: Mengapa berlaku kelewatan?

Kita menjangkakan menteri undang-undang dan pembaharuan institusi Azalina Othman Said dan pasukan undang-undangnya akan mempercepatkan proses pembaharuan ini

WIKIMAPIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ramai rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang keadilan telah menuntut pemisahan fungsi peguam negara dan pendakwa raya.

Ini kerana kedua-dua peranan ini kadangkala boleh bercanggah antara satu sama lain.

Objektif atau tindakan kerajaan tidak semestinya memihak kepada kepentingan rakyat biasa.

Peguam negara-merangkap-pendakwa raya mungkin menghadapi kesukaran untuk mengimbangi kedua-dua peranan ini. Ia merupakan dilema yang boleh menjejaskan keadilan dan demokrasi.

Memandangkan keseriusan perkara ini, kita menjangkakan menteri undang-undang dan pembaharuan institusi Azalina Othman Said dan pasukan undang-undangnya akan mempercepatkan proses pembaharuan ini.

Kerajaan harus bertindak segera untuk melaksanakan pembaharuan yang dinanti-nantikan ini. Tiada usaha yang harus diketepikan, kerana pembaharuan ini wajar diperjuangkan.

Untuk memetik sindiran bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim, anda tidak perlu melakukan lawatan besar-besaran ke seluruh dunia dengan rombongan besar untuk mengetahui bagaimana hendak memisahkan kedua-dua jawatan ini.

Kerajaan Madani sepatutnya tahu keutamaannya.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
24 Oktober 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x