Home Media statements Pengumuman William Leong dialu-alukan – tetapi Anwar perlu mengesahkannya

Pengumuman William Leong dialu-alukan – tetapi Anwar perlu mengesahkannya

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran mengalu-alukan kesediaan jawatankuasa parlimen untuk menilai calon-calon bagi jawatan kosong pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Menurut ketua Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, William Leong, jawatankuasa itu bersedia untuk menilai calon-calon dan mengemukakan cadangannya kepada Agong. Beliau berkata proses itu akan dijalankan secara terbuka dan dengan berunding dengan Parlimen.

Kenyataan yang dialu-alukan ini datang selepas 56 NGO (termasuk Aliran) dan 24 individu mengemukakan memorandum bersama kepada kerajaan.

Dalam memo itu, kami menggesa kerajaan untuk memastikan bahawa pengerusi baru akan dicalonkan dan dinilai oleh jawatankuasa tetap parlimen dwipartisan.

Kami juga mahu calon tersebut adalah seseorang yang akan menegakkan keadilan dan integriti serta cukup bebas untuk mencadangkan dan melaksanakan reformasi. Pembaharuan yang paling mendesak adalah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang tidak seimbang.

Sekarang, yang tinggal hanyalah Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengesahkan kenyataan Leong dan meyakinkan orang ramai bahawa proses tersebut akan mengikuti prosedur parlimen.

Sebelum perkembangan ini, Aliran dan kumpulan masyarakat sivil lain kecewa dengan lanjutan tempoh – sekali lagi – untuk ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki. Ini telah meninggalkan persepsi yang jelas kepada orang ramai bahawa Azam, yang tidak lama dahulu dilanda kontroversi, akan terhutang budi kepada kerajaan.

Sehingga kini, kadar reformasi yang diperkenalkan oleh “kerajaan perpaduan” sejak mengambil alih kerajaan persekutuan pada November 2022 terlalu perlahan.

Menjawab kritikan mengenai kadar reformasi yang perlahan, Anwar berkata perubahan radikal akan mencetuskan kemarahan dan kekecewaan. “Anda menganggap bahawa golongan elit mempunyai semua jawapan tanpa berinteraksi dengan orang ramai. Saya rasa ini adalah kelemahan asas dari ideal demokratik-elit,” tambahnya.

READ MORE:  Immigration detention abuse: When 'zero tolerance' rings hollow

Kelemahan asas dalam hujah Anwar adalah ini: tidak ada apa-apa yang elitis tentang mencari reformasi apabila reformasi tersebut adalah demi kepentingan rakyat. Sebagai contoh, jika orang yang berwibawa dan bebas dilantik untuk mengetuai Suruhanjaya Pilihan Raya dan SPRM, mereka akan mengukuhkan kawal dan imbang ke atas kerajaan. Kepentingan awam akan dilindungi. Siapa yang boleh membantahnya?

Bagaimana dengan pemansuhan undang-undang yang menindas yang menyekat kebebasan rakyat? Bilakah kita boleh melihat itu?

Kita memerlukan bukan sahaja reformasi institusi tetapi juga reformasi sosioekonomi. Sebagai contoh, gaji minimum RM1,500 harus dinaikkan, kerana ia masih di bawah gaji hidup (living wage) yang melebihi RM2,000.

Kadar reformasi yang perlahan sekarang ini akan membawa kepada sikap tidak peduli di kalangan orang ramai dan juga penarikan diri daripada proses pilihan raya. Kita sudah menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya negeri dan kecil sejak 2022.

Apa yang sangat diperlukan adalah garis masa yang dipersetujui dan lebih singkat untuk reformasi utama. Kerajaan perlu mempercepatkan kadar reformasi jika ia ingin mendapatkan kembali kredibiliti yang hilang.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
18 Mei 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x