Home Media statements Perangi rasuah secara menyeluruh

Perangi rasuah secara menyeluruh

Perjuangan melawan rasuah mesti dijalankan secara telus dan profesional - secara menyeluruh, tanpa mengira keberpihakan politik dan perniagaan

Wipe out corruption in Malaysia - BENEDICT LOPEZ/ALIRAN

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Aliran mengalu-alukan pendirian tegas anti-rasuah yang diambil oleh kerajaan setakat ini.

Kami mengambil perhatian bahawa peguam negara telah mengisytiharkan secara terbuka bahawa pejabatnya tidak berada di bawah sebarang tekanan daripada luar dan ia juga bebas dalam membawa pertuduhan melibatkan kes berprofil tinggi baru-baru ini yang melibatkan ahli politik.

Kami menjangkakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah melakukan penyiasatan yang teliti dan mempunyai bukti yang mencukupi supaya pendakwa akan mempunyai kes-kes yang tidak dapat dipertikaikan.

Kita telah melihat banyak kes yang gagal dalam memfailkan pertuduhan atau pendakwaan terhadap suspek berprofil tinggi. Kegagalan ini telah membazirkan sumber dan dana awam.

Aliran menyedari sepenuhnya tentang bagaimana kes berprofil tinggi baru-baru ini digambarkan, kerana ahli politik yang didakwa adalah daripada pembangkang. Jadi mudah untuk para pengkritik mengadu bagaimana ia sebuah pendakwaan terpilih.

Itulah sebabnya memerangi rasuah mesti dijalankan secara telus dan profesional – secara menyeluruh, tanpa mengira keberpihakan politik dan perniagaan.

Dalam hal ini, Aliran mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa tiada siapa yang akan terlepas daripada siasatan, termasuk ahli partinya sendiri.

Kami mengharapkan kejayaan dalam pendakwaan terhadap individu yang telah merompak tabung awam dan memiskinkan negara.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
11 Mac 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x