Aliran mengambil berat akan keputusan kerajaan memperuntukkan hanya lima hari bagi sidang Parlimen yang cukup ditunggu-tunggu pada 26 Julai depan.
Selepas penggantungan Parlimen yang berlanjutan, persidangan yang cukup singkat ini seakan memperolokkan demokrasi berparlimen kita.
Banyak isu yang timbul sejak persidangan lepas: tindakan yang diambil bagi melawan pandemik, pakej rangsangan ekonomi serta bantuan kewangan kepada rakyat. Ia memberi kesan serius kepada kemaslahatan masyarakat dan ekonomi.
Ahli Parlimen sepatutnya mempunyai cukup masa untuk berdebat serta mempertimbang kebolehlaksanaan tindakan serta membangkitkan persoalan. Pastinya mereka memerlukan lebih dari lima hari. Sekurang-kurangnya, tempoh selama tiga minggu diperlukan.
Seperti ordinan darurat yang diwartakan ketika tempoh darurat, pastinya kita tidak mahu Parlimen hanya menjadi ‘tukang lulus’ semata-mata. Ahli Parlimen perlu bertanyakan soalan bagi mencari jawapan adakah sesebuah tindakan itu perlu atau apakah krisis ini sepatutnya diuruskan secara berbeza tanpa menginjak demokrasi kita.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Persidangan parlimen akan datang yang dilakukan secara terburu-buru dengan waktu yang singkat pasti mempengaruhi keseluruhan debat dan memberi kesan sebaliknya mengapa persidangan ini dijalankan. Rakyat tidak hanya menuntut agar ahli Parlimen sekadar meluluskan usul. Kami mahukan ketelusan, kebertanggungjawapan serta kawal imbang.
Jika dibenarkan, penting untuk persidangan ini untuk turut membincangkan keperluan meminda peraturan-peraturan bagi membenarkan Parlimen campuran dilakukan. Namun, perbincangan ini sepatutnya tidak menjadi penghalang bagi mempertimbang isu-isu kritikal yang lain.
Kami menggesa kerajaan untuk memanjangkan tempoh persidangan Parlimen bagi memastikan kerencaman debat serta ahli Parlimen dapat mengikuti sesi dengan lebih bermanfaat tanpa sebarang kelewatan lagi. Ianya patut ditayangkan secara langsung di televisyen.
Persidangan yang singkat selama lima hari ini seakan-akan menipu rakyat.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
6 Julai 2021
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme