Home Media statements Persidangan Parlimen selama lima hari terlalu singkat bagi debat penting berkenaan isu...

Persidangan Parlimen selama lima hari terlalu singkat bagi debat penting berkenaan isu kritikal

Panjangkan tempoh persidangan Parlimen bagi memastikan kerencaman debat

The general election losers are now ruling the country

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Aliran mengambil berat akan keputusan kerajaan memperuntukkan hanya lima hari bagi sidang Parlimen yang cukup ditunggu-tunggu pada 26 Julai depan.

Selepas penggantungan Parlimen yang berlanjutan, persidangan yang cukup singkat ini seakan memperolokkan demokrasi berparlimen kita.

Banyak isu yang timbul sejak persidangan lepas: tindakan yang diambil bagi melawan pandemik, pakej rangsangan ekonomi serta bantuan kewangan kepada rakyat. Ia memberi kesan serius kepada kemaslahatan masyarakat dan ekonomi.

Ahli Parlimen sepatutnya mempunyai cukup masa untuk berdebat serta mempertimbang kebolehlaksanaan tindakan serta membangkitkan persoalan. Pastinya mereka memerlukan lebih dari lima hari. Sekurang-kurangnya, tempoh selama tiga minggu diperlukan.

Seperti ordinan darurat yang diwartakan ketika tempoh darurat, pastinya kita tidak mahu Parlimen hanya menjadi ‘tukang lulus’ semata-mata. Ahli Parlimen perlu bertanyakan soalan bagi mencari jawapan adakah sesebuah tindakan itu perlu atau apakah krisis ini sepatutnya diuruskan secara berbeza tanpa menginjak demokrasi kita.

Persidangan parlimen akan datang yang dilakukan secara terburu-buru dengan waktu yang singkat pasti mempengaruhi keseluruhan debat dan memberi kesan sebaliknya mengapa persidangan ini dijalankan. Rakyat tidak hanya menuntut agar ahli Parlimen sekadar meluluskan usul. Kami mahukan ketelusan, kebertanggungjawapan serta kawal imbang.

Jika dibenarkan, penting untuk persidangan ini untuk turut membincangkan keperluan meminda peraturan-peraturan bagi membenarkan Parlimen campuran dilakukan. Namun, perbincangan ini sepatutnya tidak menjadi penghalang bagi mempertimbang isu-isu kritikal yang lain.

Kami menggesa kerajaan untuk memanjangkan tempoh persidangan Parlimen bagi memastikan kerencaman debat serta ahli Parlimen dapat mengikuti sesi dengan lebih bermanfaat tanpa sebarang kelewatan lagi. Ianya patut ditayangkan secara langsung di televisyen.

Persidangan yang singkat selama lima hari ini seakan-akan menipu rakyat.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
6 Julai 2021

READ MORE:  Parlimen perlu dibuka segera bagi membincangkan reformasi undang-undang dan perancangan pemulihan negara

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x