Home Media statements Pilihan raya 2022: Pertimbang semula keputusan bagi menggugurkan aktivis politik pro-perubahan sebagai...

Pilihan raya 2022: Pertimbang semula keputusan bagi menggugurkan aktivis politik pro-perubahan sebagai calon

Mengenepikan calon-calon yang telah memainkan peranan penting dalam gerakan perubahan bakal meninggalkan kesan yang mendalam

Charles Santiago - FACEBOOK

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Amat membimbangkan untuk melihat bagaimana ahli politik yang berdedikasi serta berintegriti digugurkan oleh Pakatan Harapan sebagai calon untuk pilihan raya umum akan datang.

Beberapa daripada mereka merupakan sosok, yang kebanyakannya berlatar belakang sebagai aktivis, yang diketahui bekerja cukup keras dan mengambil berat terhadap pengundi mereka. Hasilnya, mereka telah mempunyai pengaruh dalam kalangan pengundi mereka yang merentasi spektrum kerana cukup sensitif terhadap keperluan dan hasrat pengundi mereka.

Calon yang boleh dianggap sebagai aset dalam pilihan raya ini – Charles Santiago, Maria Chin Abdullah, R Sivarasa dan lain-lain – tidak layak untuk diketepikan selepas berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berkesan kepada rakyat dan parti masing-masing.

Ahli politik ini, melalui pendekatan yang terangkum mereka itu, telah membuat perubahan cukup ketara dalam masyarakat yang penuh dengan rasuah, diskriminasi dan politik toksik kaum dan agama.

Apa pun, sumbangan politik dan kemasyarakatan mereka boleh memberikan ‘peluru’ politik bagi PH dalam menghadapi persaingan sengit daripada gabungan saingan.

Perlu diingatkan juga bahawa sebahagian daripada mereka yang digugurkan ini terlibat dalam gerakan reformasi dan perubahan, dari Reformasi pada 1998 sehinggalah kekalahan Umno pada 2018. Gerakan rakyat untuk perubahan ini jauh lebih besar daripada parti politik arus perdana. Untuk mengenepikan orang seperti itu yang telah memainkan peranan penting dalam gerakan yang lebih luas ini meninggalkan rasa terkilan, terutamanya apabila saki-baki pemerintahan yang lama masih berpaut pada kuasa.

Kami menyeru agar pemimpin PH untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka, yang diterima oleh orang ramai dengan rasa kecewa.

Walaupun ia merupakan budi bicara kepimpinan gabungan dan parti masing-masing untuk memilih calon yang mereka percaya boleh menang, namun terdapat juga keperluan untuk menyemai keyakinan kepada pengundi dengan mengemukakan calon yang berwibawa. Perlu wujud ketelusan dan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi kepada pengundi, yang merupakan pembuat keputusan terakhir dalam proses pilihan raya.

READ MORE:  Pilihan raya Itali dimenangi neo-fasis: Pandangan saya sebagai warga Itali

Berkenaan cadangan pakatan pilihan raya PH dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), kelewatan dalam memuktamadkan rundingan bagi pakatan pilihan raya, yang akhirnya gagal, akan menjejaskan persiapan PSM dan calonnya bagi menghadapi pilihan raya umum pada 19 November.

Pengerusi PSM, Dr Jeyakumar Devaraj, merupakan ahli parlimen dua penggal yang cemerlang serta biasa dengan tuntutan masyarakat akar umbi. Sayang sekali tiada tempat untuk beliau dan aktivis politik lain yang pro-perubahan dalam PH, yang berdiri di atas platform reformasi yang juga harus merangkumi pelbagai kebimbangan di peringkat akar umbi.

Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula sistem pilihan raya berasaskan sistem first past the post. Kami menyeru agar Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mempertimbangkan dengan serius pilihan lain yang lebih bersesuaian, seperti sistem perwakilan berkadar, untuk dilaksanakan tidak lama lagi. Ini akan membolehkan pengundi membuang undi untuk parti pilihan mereka secara berasingan daripada calon pilihan mereka.

Kami menyeru agar semua parti politik supaya mempunyai kriteria yang lebih dipercayai dan absah dalam pemilihan calon. Mereka mesti mempunyai integriti dan kemampuan serta mengamalkan keterangkuman dalam politik mereka. Mereka mesti sedar akan isu global yang kritikal – seperti perubahan iklim dan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa – yang akan memberi kesan kepada keadaan politik tempatan.

Calon juga perlu mendukung dengan sepenuh hati serta mengamalkan prinsip-prinsip utama Agenda Rakyat, yang telah diperakui oleh 58 kumpulan masyarakat sivil:

  • Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  • Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  • Raikan kerencaman dan keterangkuman
  • Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  • Lawan rasuah dan kronisme

Pendek kata, parti perlu memilih calon yang meletakkan keutamaan rakyat dan alam sekitar berbanding daripada keuntungan mereka yang segelintir.

READ MORE:  Pilihan raya 2022: Macam mana nak uruskan sampul undi pos?

Jawatankuasa eksekutif Aliran
31 Oktober 2022

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x