
Aliran percaya bahawa rang undang-undang berita palsu yang diusulkan oleh pentadbiran BN di Parlimen menjelang pilihan raya umum adalah suatu undang-undang yang keras dan mesti ditentang.
Definisi berita palsu yang terlampau luas telah melebarkan lagi definisi tradisi berita untuk meliputi segala jenis mesej yang jauh melebihi sebarang niat baik disebalik rang undang-undang ini.
Melalui rang undang-undang ini, definisi tunggal sesuatu kebenaran ditentukan oleh pentadbiran Najib. Semua berita yang bercanggah dengan cerita mereka akan dikategorikan sebagai palsu. Ia sama seperti kerajaan mempunyai satu ‘Kementerian Kebenaran’, ciri normal untuk mana-mana diktator di atas planet ini.
Kami mengesyaki bahawa rang undang-undang ini didorong oleh hasrat pentadbiran negara untuk menyembunyikan kebenaran disebalik skandal-skandal seperti 1MDB, Felda, Scorpene dan Altantuya. Idea di sebalik rang undang-undang ini adalah untuk menjadikannya lebih sukar untuk memastikan pemerintah bertanggungjawab terhadap skandal-skandal tersebut.
Penyokong rang undang-undang ini jelas sekali berharap rang undang-undang seperti ini dapat menundukkan rakyat kepada budaya ketakutan dan dari situ, rakyat akan takut untuk berkongsi pemikiran mereka secara terbuka berkenaan isu-isu kepentingan awam. Mereka berharap ucapan-ucapan dalam ceramah akan menjadi lebih berwaspada dan ahli politik pembangkang akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan ceramah mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Mereka berharap para wartawan, blogger dan pengulas akan lebih berhati-hati apabila mengupas isu-isu berkaitan kepentingan awam. Selain itu, mereka juga berharap rakyat akan lebih takut dalam berkongsi mesej, video dan imej kritikal di media sosial dan apps mesej.
Bukan itu sahaja, mereka juga berharap rang undang-undang ini dapat membendung satira dan parodi – yang pada definisinya, mempersendakan dengan meggunakan bahan yang sebahagiannya ‘palsu’ untuk tujuan lawak jenaka.
Klausa terhadap mereka yang menyalurkan bantuan kewangan terhadap pelaku kesalahan berita palsu juga membimbangkan. Ini bermakna sesiapa yang menyumbang untuk mengumpul dana bagi membantu membayar denda atau ganti rugi juga dipertanggungjawabkan. Rang undang-undang ini juga boleh digunakan untuk mencari mereka yang membayar untuk melanggan atau mengiklan di portal berita atau akhbar online.
Mereka yang menyokong rang undang-undang tersebut berkemungkinan berharap definisi luas berita palsu dan hukuman yang berat – denda setengah juta ringgit atau 10 tahun penjara – akan menakutkan rakyat dan sekaligus mengekang rakyat daripada menyatakan perbezaan pendapat mereka. Inilah yang dilakukan pihak berkuasa dengan undang-undang keras seperti ISA yang digunakan kononnya untuk memerangi ancaman komunis tetapi hakikatnya ia telah digunakan untuk menundukkan rakyat dan mewujudkan suasana ketakutan untuk mereka.
Melihat kepada majoriti BN dan kehadiran ahli parlimen, rang undang-undang tersebut kemungkinan akan diluluskan di Parlimen.
Namun rakyat Malaysia jangan berasa terancam oleh rang undang-undang ini. Mereka mesti tentang rang undang-undang ini setiap langkah dalam perjalanannya. Walaupun rang undang-undang ini diluluskan, kita mesti berkempen tanpa henti agar ianya dimansuhkan sama seperti apa yang kita buat untuk pemansuhan ISA.
Kita mesti berikrar untuk memberi kepada mereka yang menyokong rang undang-undang ini – dan juga mereka yang mempunyai kecenderungan kuku besi pada masa akan datang – suata pengajaran tegas dalam pilihan raya umum akan datang yang mereka tidak akan lupa.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
27 Mac 2018
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme