Aliran sangat terkejut dengan tindakan beberapa ahli Parlimen yang menggulingkan kerajaan berdemokrasi pilihan rakyat dan sekaligus mengetepikan mandat lima tahun yang diberikan menerusi pilihan raya umum yang lepas.
Amanah rakyat yang diberikan pada tahun 2018 gagal dilaksanakan.
Terkini, kita sepertinya akan diperintah oleh suatu perikatan baru yang dibintangi karakter-karakter yang menjelekkan. Situasi ini boleh digambarkan sebagai penjatuhan sistem demokrasi yang luar biasa.
Bagi kebanyakan ahli politik sekarang, perkataan seperti integriti, kejujuran dan kebertanggungjawaban tidak lagi bermakna. Sebaliknya, mereka mendedahkan sifat mereka yang pentingkan diri dan suka menikam belakang dengan memanipulasikan situasi politik negara untuk agenda mereka sendiri.
Aliran menyeru supaya sidang parlimen yang dijadualkan pada 9 Mac nanti diteruskan seperti dirancang. Sekiranya sidang parlimen ini dilengahkan, ianya akan memanjangkan lagi episod kecelaruan politik kita, di samping membuka ruang untuk kemungkinan kegiatan tidak beretika dilakukan demi mendapatkan sokongan seperti meloncat parti.
Parlimen merupakan tempat di mana rakyat bersuara melalui wakil yang dipilih. Justeru itu, ianya merupakan tempat yang paling sesuai untuk menguji kepimpinan perdana menteri yang baru dilantik ini dengan keyakinan majoriti daripada wakil-wakil rakyat.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk membenarkan Pakatan Harapan (PH) membawa usul undi tidak percaya bagi membuktikan sama ada perdana menteri yang baru dilantik ini mempunyai majoriti mudah di Parlimen atau tidak.
Sekiranya perdana menteri yang baru dilantik ini tidak mendapat majoriti mudah, maka pemimpin PH harus diberikan peluang untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti.
Mana-mana pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti perlu dibenarkan untuk membentuk kerajaan selama tiga tahun baki penggal pemerintahan.
Sekiranya situasi ini tidak dapat diselesaikan, maka menjadi satu kewajiban untuk pilihan raya baru dijalankan.
Negara kita sekarang ini memerlukan seorang pemimpin yang meletakkan prinsip dan kepentingan rakyat di atas keinginan mencapai impian politik yang mementingkan diri dan politik perkauman yang memecah-belahkan masyarakat.
Jawatankuasa eksekutif Aliran2 Mac 2020
Jawatankuasa eksekutif Aliran
2 Mac 2020
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.