Home Media statements Syabas kerana membatalkan lebuhraya PJD Link di Selangor; sekarang hentikan penambakan mega...

Syabas kerana membatalkan lebuhraya PJD Link di Selangor; sekarang hentikan penambakan mega di Pulau Pinang!

Walaupun keputusan untuk membatalkan projek itu mungkin dibuat mengikut suasana politik semasa bagi memenangi pengundi atas pagar, Aliran berasa lega dengan keputusan ini

Affected communities unveil an independent social impact assessment - saynotopjdlink.org

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran amat gembira dengan keputusan kerajaan Selangor untuk membatalkan projek lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) yang kontroversi.

Ia merupakan sebuah kemenangan bagi warga PJ yang tidak jemu-jemu berkempen menentang projek lebuh raya sepanjang 34km ini.

Projek itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati kepada beribu-ribu penduduk yang akan terjejas oleh kerosakan ekologi dan bunyi dan pencemaran udara.

Pembatalan projek oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan berlaku menjelang pilihan raya negeri yang sengit pada 12 Ogos, di mana PH menghadapi cabaran kuat daripada pembangkang Perikatan Nasional.

Walaupun keputusan untuk membatalkan projek itu mungkin dibuat kerana keadaan politik semasa untuk memenangi pengundi atas pagar, Aliran berasa lega dengan keputusan ini.

Keprihatinan terhadap alam sekitar harus kita utamakan walaupun ada atau tiadanya pilihan raya. Bagaimanapun, kami gembira kerana kerajaan Selangor buat keputusan ini dengan mengambil kira kebimbangan penduduk yang terjejas saatnya pilihan raya tiba. Siapa kata pilihan raya negeri tidak penting?

Seperti itu juga, kami berharap kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengikut contoh Selangor dan membatalkan projek penambakan mega di perairan perikanan utama di luar pantai selatan Pulau Pinang.

Sekali gus ia akan menjamin keselamatan makanan rakyat dan mata pencarian nelayan di wilayah utara. Membatalkan projek penambakan ini juga lebih selaras dengan semangat “Agenda Hijau Pulau Pinang” oleh kerajaan negeri.

Kami juga menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk membatalkan projek lebuh raya yang memberi kesan kepada alam sekitar dari Teluk Bahang ke Tanjung Bungah di sepanjang cerun bukit yang terdedah kepada tanah runtuh yang sensitif di utara Pulau Pinang.

Juga, kami turut mengulangi gesaan agar kerajaan Pulau Pinang yang baharu selepas pilihan raya negeri perlu melibatkan pakar mobiliti yang mampan untuk menghasilkan pelan induk mobiliti mampan di seluruh negeri yang mengutamakan orang ramai berbanding kereta.

READ MORE:  Nelayan dan NGO kecewa dengan keputusan kes 'Penang South Reclamation'

Jawatankuasa eksekutif Aliran
31 Julai 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x