Home Media statements Tahanan rumah untuk kleptokrat? Garisan merah yang tidak boleh dilanggar

Tahanan rumah untuk kleptokrat? Garisan merah yang tidak boleh dilanggar

Kebimbangan meningkat apabila cadangan kerajaan untuk tahanan rumah menimbulkan kerisauan tentang kemungkinan keadilan terpilih untuk pesalah elit

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Rancangan terkini kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan undang-undang tahanan rumah menimbulkan kebimbangan, terutamanya bagi mereka yang menghargai keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Walaupun kita menghargai kepentingan memberi pesalah “peluang kedua” dalam hidup mereka, seperti yang dihujahkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, terdapat beberapa kebimbangan serius.

Seperti yang ditegaskan oleh Ahli Parlimen PKR Gudang Pasir, Hassan Karim, inisiatif tahanan rumah ini mungkin menjadi asas kepada undang-undang untuk “meringankan hukuman bagi kumpulan elit tertentu”.

Walaupun tahanan rumah dikemukakan sebagai bentuk hukuman alternatif untuk kesalahan terpilih, ia boleh menjadi pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang, pembengkokan keadilan, jika peruntukan undang-undang ini menjadi klausa penyelamat bagi mereka yang sepatutnya menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah serius mereka, terutamanya rasuah.

Masa tertimbulnya cadangan ini menimbulkan syak wasangka. Pelan tahanan rumah ini diselitkan dalam Bajet berikutan usaha terkini oleh pihak tertentu untuk meletakkan bekas Perdana Menteri Najib Razak di bawah tahanan rumah. Usaha mereka muncul selepas Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun beliau kepada separuh manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Kita mesti tegas. Mana-mana individu yang didapati mencuri dari wang rakyat, satu penghinaan serius terhadap kepentingan rakyat, tidak layak untuk “dipenjarakan” dalam keselesaan rumah mewah mereka.

Penjenayah seperti ini tidak sepatutnya mempunyai pilihan lain selain menjalani hukuman dalam penjara. Memperkenalkan tahanan rumah untuk golongan seperti ini akan mempermain-mainkan hasrat kerajaan untuk memerangi rasuah.

Ini adalah garisan merah yang tidak boleh kita langgar – lebih-lebih lagi jika kita serius tentang reformasi. Kredibiliti keseluruhan kerajaan dipertaruhkan.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail telah meminta rakyat supaya tidak “mempolitikkan” isu ini.

READ MORE:  Najib's 1MDB apology: Should we accept or reject it?

Tetapi berdiam diri mengenai isu penting ini juga besifat “berpolitik” kerana kumpulan yang prihatin mungkin dilihat sebagai bersetuju dengan langkah tersebut.

Memandangkan seriusnya cadangan kerajaan ini, rakyat mesti mempunyai hak untuk menyatakan dengan tegas bantahan mereka terhadap sebarang petunjuk keadilan terpilih.

Untuk meredakan keresahan awam, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas bahawa Najib dan pesalah elit yang lain tidak akan layak untuk tahanan rumah.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
24 Oktober 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x