Aliran mengalu-alukan pemansuhan hukuman mati mandatori, seperti diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar kelmarin.
Ia sekali gus memberi ruang kepada para hakim untuk menggunakan budi bicara mereka samada mahu menjatuhkan hukuman mati melibatkan beberapa kesalahan jenayah serta kemungkinan hukuman alternatif – tidak seperti sebelumnya di mana para hakim tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjatuhkan hukuman mati mandatori terhadap beberapa kesalahan jenayah.
Langkah ini beriringan dengan pendapat di mana setiap orang sepatutnya mempunyai peluang kedua di dalam kehidupan. Selain itu, ia menunjukkan bahawa kehidupan juga sungguh berharga untuk ditamatkan begitu sahaja – apatah lagi, terdapat kemungkinan di mana ada kesalahan serta ketidakadilan yang mungkin terjadi dalam menjatuhkan sesuatu hukuman.
Tambahan pula, hukuman mati sendiri tidak menunjukkan bahawa ia langkah pencegahan yang efektif melibatkan beberapa jenis kesalahan jenayah, seperti yang kita dapat lihat dalam kes penyeludupan dadah yang berterusan di negara ini.
Kami teruja di mana kerja yang pernah dilakukan oleh pentadbiran terdahulu, kemudiannya diteruskan oleh kerajaan sekarang, sekali gus membuka ruang bagi memansuhkan hukuman mati mandatori ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Namun, kami juga mengambil peduli akan ketiadaan tarikh akhir atau jangkaan masa yang ditetapkan bagi pemansuhannya. Apa yang akan terjadi kepada 1,341 warga yang sekarang di bilik akhir? Berapa lama lagi mereka akan hidup dapat serba ketidakpastian? Dan adakah kita kisah akan para keluarga mangsa yang barangkali memerlukan bantuan kaunseling berkaitan langkah ini?
Pun begitu, keputusan untuk meneruskan pemansuhan hukuman mati mandatori bagi kesalahan jenayah terpilih merupakan langkah positif di dalam perjuangan kita yang cukup panjang bagi memansuhkan hukuman mati sepenuhnya, supaya kita dapat bersama dengan 108 lagi negara yang sudah pun melakukannya, serta negara-negara lain yang juga mengambil sikap untuk memansuhkannya. Sekarang ini, hanya 55% (atau 28% dari keseluruhan negara) sahaja yang mengekalkan hukuman mati.
Moga kita tetap tabah dalam perjuangan bagi memansuhkan hukuman mati sepenuhnya.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
11 Jun 2022
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme