Home Civil Society Voices Jangan berunding dengan penjenayah perang Myanmar / No negotiation with Myanmar war...

Jangan berunding dengan penjenayah perang Myanmar / No negotiation with Myanmar war criminals

Tolak junta, berdiri bersama Myanmar!

Activists protest against Min Aung Hlaing's visit to Malaysia - GEGAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 24 September, Gegar, Artivist Network, Beyond Borders, Aksi dan pertubuhan komuniti pelarian telah mengadakan protes dan penyerahan memorandum di Kementerian Dalam Negeri, bagi membantah rancangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyambut Min Aung Hlaing ke Malaysia dan merunding pengusiran besar-besaran pelarian Rohingya ke Myanmar.

Bagi menzahirkan bantahan kami terhadap kedatangan ketua junta fasis ini, kami membaca testimoni, puisi dan ucapan daripada pelbagai gerakan akar umbi dan organisasi pelarian, daripada Rohingya Rights Response hingga Blood Money Campaign Myanmar.

Pemulangan paksa 1,476 pelarian ke Myanmar sudah dijadualkan pada 29 September, dengan bantuan dua kapal perang Tentera Laut Myanmar. Bukan sahaja 200,000 warga Rohingya berisiko tinggi untuk dihantar pulang, malah pelarian yang dijadualkan untuk dihantar pulang turut termasuk ahli gerakan revolusioner dan ketidakpatuhan sivil di Myanmar, yang berdepan risiko penyeksaan dan pemenjaraan oleh junta fasis jika dipaksa pulang.

Menyambut Min Aung Hlaing dan angkatan tenteranya ke Malaysia ialah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan terhadap gerakan rakyat akar umbi di Myanmar.

Sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, junta yang diketuai Min Aung Hlaing telah menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, memenjarakan lebih 28,000 tahanan politik, dan membunuh lebih 8,000 orang awam di Myanmar dalam serangan udara besar-besaran.

Min Aung Hlaing dan kartel tenteranya juga merupakan arkitek utama genosid Rohingya sejak 2017, yang meragut ribuan nyawa dan memaksa jutaan lagi meninggalkan tanah air mereka.

Rogol beramai-ramai, pembunuhan kanak-kanak, pemindahan paksa, dan pembedilan tanpa henti telah menjadi amalan tetap tentera ini. Tanah air yang diduduki nenek moyang Rohingya berkurun-kurun dijadikan kubur besar.

Yang terselamat pula terpaksa mempertaruhkan segala-galanya untuk melarikan diri daripada pemusnahan habis-habisan.

Dengan memberi layanan karpet merah kepada junta fasis Myanmar, Malaysia telah memberikan junta ini legitimasi politik, dan lebih buruk lagi, ia telah menjadi pemudah cara kepada genosid terhadap Rohingya dengan menyerahkan ratusan ribu pelarian kembali kepada penindas mereka.

Untuk memahami kebankrapan moral rancangan repatriasi ini, kita perlu mengikuti penderitaan yang dihadapi oleh Rohingya sehingga hari ini.

Pada tahun 1982, kerajaan tentera Myanmar menggubal Undang-undang Kewarganegaraan Burma, yang melucutkan kewarganegaraan Rohingya.

Dalam sekelip mata, seramai 800,000 orang menjadi tanpa negara secara de jure; kehilangan akses kepada hak asasi seperti pendidikan asas, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan yang sama. Hari ini, lebih 3.5 juta Rohingya masih menderita akibat nasib ini.

READ MORE:  Asean announces its failure with planned junta engagement

Dasar-dasar hidup atau mati ini tidak lain dan tidak bukan ialah sebentuk taktik pecah dan perintah. Di tengah-tengah bencana iklim yang semakin buruk dan krisis sosioekonomi akibat imperialisme, kelas pemerintah Malaysia, dengan kerjasama junta fasis, menjadikan Rohingya kambing hitam demi kuasa dan kepentingan mereka sendiri.

Pada hakikatnya, data rasmi polis mendedahkan bahawa Rohingya hanya menyumbang 0.02% daripada kadar jenayah, berjumlah hanya 89 orang daripada 126,144 populasi pelarian yang berdaftar.

Namun, kecaman terhadap mereka kerana bekerja secara tidak sah mengabaikan kekaburan undang-undang yang mereka alami. Mereka tidak boleh bekerja secara formal kerana tiada rangka kerja undang-undang yang membenarkannya.

Gelombang sentimen anti-Rohingya yang meningkat baru-baru ini mendedahkan kemunafikan yang tidak selesa dalam moral Malaysia. Bahasa yang sama digunakan oleh media Barat dan Zionis dalam merujuk kepada Palestin, digunakan oleh media dan institusi tempatan apabila berbahas tentang Rohingya.

Kita mengakui bahawa mustahil bagi Palestin untuk pulih selagi masih
menderita di bawah genosid, dan mereka memerlukan bantuan kita untuk mendapatkan makanan dan perumahan.

Namun, kita berpaling dan mengutuk Rohingya kerana hidup dalam kemiskinan, walaupun kita sendiri yang menghalang mereka daripada bekerja.

Kita menentang sebarang kerjasama dengan Benjamin Netanyahu dan rejim Zionis pembunuh, tetapi berunding dengan penjenayah perang yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa di sebelah kita.

Solidariti mesti merentasi sempadan. Jika kita lantang menentang genosid dan pemindahan paksa Palestin, maka kita juga wajib menentang penghantaran pulang pelarian ke zon konflik aktif di bawah rejim pimpinan penjenayah perang Min Aung Hlaing.

Tanggapan bahawa Rohingya boleh pulang dengan selamat di bawah pemerintahan Min Aung Hlaing ialah satu pembohongan.

Menghantar mereka ke tangan junta yang melucutkan identiti mereka bukan sekadar kesilapan bodoh, ia pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa terang-terangan.

Ia adalah refoulement yang menyamar sebagai dasar ekonomi yang pragmatik.

Lawatan Min Aung Hlaing ke Malaysia mesti dihentikan.

Kerajaan Malaysia mesti membatalkan jemputan dan menarik diri daripada penghantaran pulang yang dijadualkan.

Kita mesti meletakkan nyawa manusia di atas kepentingan politik. Kita mesti menolak untuk berunding dengan penjenayah perang. – Gegar, 24 September

English version

No negotiation with Myanmar war criminals

Reject the junta, solidarity with Myanmar!

On 24 September, Gegar, Artivist Network, Beyond Borders, Aksi and refugee community organisations staged a protest and memorandum handover in front of the Ministry of Home Affairs, in response to Prime Minister Anwar Ibrahim’s plans to invite Min Aung Hlaing to Malaysia and the mass deportations of Rohingya refugees to Myanmar.

READ MORE:  Navigating the forthcoming ICJ judgment in The Gambia v Myanmar

In condemnation of the fascist junta’s impending visit, we read testimonies, poems and speeches from grassroots movements and refugee organisations, from Rohingya Rights Response to Blood Money Campaign Myanmar.

The state-forced return of 1,476 refugees to Myanmar is already scheduled for 29 September, with the assistance of two Myanmar Navy warships.

Not only are 200,000 Rohingya at grave risk of deportation, refugees scheduled for deportation also include members of Myanmar’s revolution and civil disobedience movement, where they face the real risk of torture and imprisonment by the fascist junta.

Welcoming Min Aung Hlaing and his military forces to Malaysia would be a betrayal of the people’s movements in Myanmar.

Since the 2021 military coup, the Min Aung Hlaing-led junta overthrew the democratically elected government, imprisoning over 28,000 political prisoners and killing over 8,000 civilians in Myanmar in massive airstrikes.

Not only that, Min Aung Hlaing and his military cartel are the architects of the ongoing Rohingya genocide since 2017, which has taken the lives of thousands of Rohingya and displaced millions more.

Weaponised mass rape, infanticide, forced displacement and indiscriminate shelling are a signature of this military, which has turned the Rohingya’s ancestral lands into mass graves, forcing traumatised survivors to risk everything just to escape total extermination.

By rolling out a red carpet for this war criminal, Malaysia hands this junta political legitimacy, and even worse, it becomes an enabler of the genocide against the Rohingya by handing hundreds of thousands of vulnerable people right back to their oppressors.

To understand the moral bankruptcy of this repatriation plan, we must follow the manufactured precarity faced by the Rohingya today.

In 1982, the military government of Myanmar enacted the Burma Citizenship Law, stripping the Rohingya of their nationality. Overnight, an estimated 800,000 people became de jure stateless; losing access to basic rights such basic education, healthcare and equal work opportunity.

READ MORE:  The Philippines' failure on Myanmar is existential for Asean 

Today, over 3.5 million Rohingya still suffer from this fate.

These life-or-death policies are nothing more than divide-and-rule tactics. Amid a worsening climate catastrophe and socioeconomic crisis caused by imperialism, the Malaysian ruling class, in collaboration with the fascist junta, are eager to scapegoat the lives of Rohingya for their own power and interests.

In reality, official Malaysian police reveals that the Rohingya only account for 0.02% of crime, totalling just 89 people of a registered 126,144 refugee population.

Moreover, the scrutiny they face for working illegitimately completely ignores the legal limbo Malaysia subjects them to, wherein they cannot formally hold jobs as we lack the necessary legal framework to allow it.

This recent wave in the rise of anti-Rohingya sentiment exposes an uncomfortable hypocrisy within Malaysia’s morals.

The exact same language used by Western and Zionist-backed media in reference to Palestinians is parroted by local media and institutions when talking about the Rohingya.

We recognise that it is impossible for Palestinians to recover while suffering under a genocide and how they need our help to afford food or housing.

Yet we turn around and condemn the Rohingya for poverty despite barring them from working.

We would rightfully oppose inviting Benjamin Netanyahu and the genocidal Zionist regime. And yet, we negotiate with a war criminal, wanted by the International Criminal Court, right next door.

Solidarity must extend across borders. The same way we vehemently oppose the genocide and forced displacement of Palestinians, we must fight against the deportation of refugees into active conflict zones run by a genocidal regime, headed by war criminal Min Aung Hlaing.

The premise that a safe return is possible for the Rohingya under the rule of Min Aung Hlaing is a lie. Sending them into the hands of the junta that stripped them of their identity is but a foolish blunder; it is a calculated violation of international human rights. It is refoulement disguised as a pragmatic economic policy.

Min Aung Hlaing’s impending visit must be stopped.
The Malaysian government must cancel the invitation and withdraw from the scheduled deportations.

We must place human lives above political convenience. We must refuse to negotiate with war criminals. – Gegar, 24 September

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x