Home New Writers Filem Abang Adik: Realiti yang pahit

Filem Abang Adik: Realiti yang pahit

Aku sendiri pun tak jejak ke level deep kes-kes manusia yang wujud di KL ni yang di tahap ini

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Oleh Sharifah Sharina Syed Aswad

Jangan baca, khuatir ada spoiler. Tapi aku kena luahkan juga pasal isu dibawakan oleh filem Abang Adik ni.

Ikut persekitaran dan pengalaman dalam hidup aku yang tak luas mana ni, ada orang tak boleh relate antara orang Cina dan kemiskinan.

Mungkin kerana kita biasa lihat orang Cina memang rajin bekerja, rajin berniaga dan boleh hidup baik berjaya. Sebab mungkin kita tak jumpa orang Cina hidup miskin, melarat, buta huruf, terjebak dengan penagihan dadah, terperangkap dengan kegiatan judi, keluar masuk penjara dan lain-lain. Hanya sebab kita sendiri tak pernah jumpa, bukan bermakna ia tidak ada.

Filem ini mengimbau kenangan semasa mengajar membaca di Penjara Seremban. Aku berbual dengan seorang banduan Cina yang sudah tua. Nombor di dada bajunya menunjukkan dia keluar masuk penjara dah banyak kali. Lepas mengajar aku tanya dia. Kenapa dia keluar masuk penjara banyak kali?

Katanya duduk luar nak buat apa. Takde keluarga, susah cari kerja. Dia pun dah tua. Jadi setiap kali dia bebas, dia akan merayau dan kemudian ambil dadah. Pastu pergi balai polis dan serah diri. Masuk semula ke penjara yang sama. Sekurang-kurangnya di penjara dia ada tempat berteduh, makan minum dan kawan-kawan.

Dalam filem ni si Abang punya harapan nak dapatkan IC memang sangat tipis. Mak ayah tak ada. Siapa yang boleh sahkan dia lahir di Malaysia. Satu surat apa pun tak wujud. Dah lah tu dia pekak.

Jadi modal yang ada hanyalah tulang empat kerat dan kerajinan dalam diri. Kerja angkat barang di pasar kena berebut dengan warga asing yang sama nak cari job. Tauke asal janji nak bayar RM50 tapi hulur cuma RM30. Kau nak memekak? Sapa peduli. Kau bising banyak, ramai lagi nak kerja ni.

Cumanya aku tertanya-tanya, kalaulah dia ditangkap bersama pendatang tanpa izin yang ramai di kawasan rumah flat kusam tu semasa serbuan pihak imigresen, apa akan jadi pada dia? Ditahan di depot kemudian nak dihantar ke mana? Kalau warga Indonesia boleh dihantar balik Indonesia. Orang Myanmar boleh dihantar balik ke negara asal. Orang macam si Abang ni akan dihantar ke mana?

Si Adik sedikit beruntung sebab ada salinan surat beranak. Cuma tinggal nak cari waris buatkan IC. Syukurlah bapak dia dapat dijejaki dan masih hidup walaupun dah tua.

READ MORE:  Reel Bad Arabs: How Hollywood vilifies a people

Aku pernah ada satu kes budak sampai umur 16 tahun tak pernah sekolah sebab takde surat beranak. Sebelum PKP pernah aku cuba jejakkan dokumen membuktikan mak dia pernah melahirkan seorang anak lelaki pada tarikh sekian di hospital kerajaan sekian. Mujurlah proses tu boleh dilakukan.

Tapi bila PKP melanda, urusan tu tergendala. Mak dia dapat info mengenai usaha sebuah pertubuhan bawah kerajaan negeri Selangor kalau tak silap. Pada tarikh berkenaan diadakan satu program bagi membolehkan sesiapa yang masalah serupa ini datang untuk dapatkan bantuan.

So aku pun ikutlah mak dan anak ni ke program tersebut. Punya ramai orang berjujut membawa tujuan yang sama. Majoriti kaum India. Mungkin sebab NGO yang buat tu NGO India. Tapi kaum lain pun ada sama.

Lama juga prosesnya. Aku rasa kat dua tahun kot. Barulah berjaya budak ni dapat surat beranak dengan bantuan pihak berkenaan yang bantu bab dokumentasi, urusan dengan JPN dan lain lain. Sekarang tengah tunggu IC siap. Tapi nak cerita, benda ni modal ulang alik aku rasa tak lari RM500 sebab kos Grab untuk pegi dan balik sepanjang proses tu mau lebih 10 kali.

Paling sadis adalah benda ni hanya boleh dibuat selepas bapa budak tu mati. Semasa bapanya hidup, bapanya taknak bagi kerjasama langsung dalam proses nak uruskan pendaftaran budak tu. So ya, kematian yang tak disedihkan. Masa dapat berita bapak dia mati entah kat mana sebab bapak dah tinggalkan dorang, benda paling berharga ketika itu adalah sijjl kematian. Itulah modal yang ditunggu tunggu.

Banyak kos lain. Nak cetak gambar pakai duit. Nak bawa semua pegi kedai gambar, kos lagi. So aku pegi ke rumah flat dorang. Panggil semua emak dan anak-anak turun ke bawah pegi belakang bangunan. Berdiri kat dinding putih tangkap gambar pakai hp. Aku bagi kat kawan yg pandai edit gambar upah dia minta ejas jadi gambar passport mengikut apa JPN minta. Cetak gambar mesti pakai kertas gambar. Tu semua makan modal tapi nak tak nak kena bikin. Alhamdulillah akhirnya selesai.

READ MORE:  Israelism: The awakening of young American Jews

Tapi tak semua bernasib baik macam kes keluarga India ni.

Aku ada tiga kes budak perempuan Melayu yang sampai sekarang tak nampak jalan nak dapatkan IC.

Dua kes adalah emak warga Indonesia yang mana syarat emak kena renew passport yang dah berpuluh tahun mati. Kena balik semula ke Indonesia dan duduk sana lima tahun baru boleh masuk semula.

Satu kes tu ayah Malaysia emak Indonesia. Sijil nikah ori terbakar masa rumah mereka terbakar. Yang copy ada bagi masa apply zakat. Tapi saya kata jenuh nak suh pejabat zakat pi cari plak copy tu duduk dalam fail.

Satu lagi kes di Kedah budak ni lahir di rumah kongsi. Mak ayah kahwin daftar di Indonesia kalau tak silap. Ayah orang Malaysia. Emak dah balik Indonesia. Pening. Tapi mujurlah emak masih berhubung sampai sekarang.

Satu babak terpaling padu dalam filem ni ialah masa Si Abang yang dalam penjara tunggu hukuman mati dibawa berjumpa seorang sami Buddha. Biasa dalam penjara, banduan akhir akan diberi peluang untuk berjumpa dan bercakap dengan orang alim ikut agama masing-masing.

Pada waktu itu nasihat suruh bersabar bukanlah nasihat yang tepat. Si Abang hambur segala luka yang dia hadap sepanjang dia hidup.

Terdiam semua.

Tapi saya fikir jika situasi ni berlaku pada orang Islam yang diberi kefahaman mengenai dunia ini sementara dan akhirat selamanya, perspektif mungkin berbeza. Itu pendapat peribadi saya.

Dalam menjalani kesusahan hidup seperti Abang dan Adik, akan ada orang baik yang muncul dalam hidup mereka seperti Kak Money dan gadis NGO yang tak putus asa cuba bantu proses dapatkan dokumen mereka.

Orang macam Money walaupun jalani hidup yang berbeza, hatinya tulus membantu mereka tanpa prejudis. Sering saya jumpa dan lihat, yang benar faham adalah yang dalam lingkungan mereka juga.

Kenapa dimasukkan latar laungan azan di filem ini? Yang azan subuh tu tau sebab tandanya hukuman gantung sudah dijalankan.

Si Abang walaupun pekak dan tak berpelajaran, syukurlah dia pandai membaca, ada hearing aid walaupun kelihatan lusuh dan pandai berbahasa isyarat. Jika dua hal itu pun dia tak ada, tak tau lah apa pula jalan ceritanya. Prinsip si Abang, biar kita susah asalkan kita buat kerja baik dan halal.

READ MORE:  Reel Bad Arabs: How Hollywood vilifies a people

Si Adik pula sapu apa sahaja janji duit banyak dan kerja senang. Dalam realiti, orang macam Adik tu saya dah boleh bayangkan dia jadi tokan dadah yang maju jaya atau apa je jenayah yang lebih masyuk hasilnya. Tapi mungkin sebab ketegasan si Abang menjaga dia, membuatkan dia tidaklah meliar melampau. Baru cuba tipu warga asing pun gagal, dah kena bantai.

Orang macam Abang Adik ni digemari oleh tauke dan tokan jenayah. Kalau jadi apa apa dan mati, tiada siapa peduli. Takde dokumen, tiada waris. Settle cepat, tak bising bising.

Sebab tu ke susahnya nak dapatkan dokumen? Supaya bekalan manusia mudah lupus sentiasa ada dalam pasaran? Jauh aku overthinking. Abaikan.

Susah macam mana pun, mereka usaha jaga kebersihan rumah sempit mereka tu dan masak makanan berkhasiat ikut mampu mereka walaupun hari-hari ulang nasi, sayur tumis dan telur rebus. Aku fikir pasal pelajar-pelajar aku, susah tara mana pun takkan ada yang boleh hidup macam tu.

Pernah ada usaha untuk dapatkan dana daripada syarikat peniaga Cina untuk program literasi anak anak Cina kampung yang miskin tapi tak mendapat sambutan. Anak Cina macam anak Melayu dan India juga ada yang alami masalah keciciran pendidikan dikalangan keluarga miskin.

Antara Abang dan Adik, memang nyata jelas si Adik yang ada harapan untuk teruskan hidup mendapat dokumen dan jadi ahli masyarakat yang diiktiraf.

Si Abang pula sampai bila nak hidup dalam kesusahan dan ketakutan. Akhirnya yang tinggal cumalah kematian, samada cepat ataupun lambat. Sedih memang sedih bila si Abang kena hukuman tali gantung.

Aku up di status WhatsApp. Dalam phonebook aku yang ada, entah berapa ratus atau ribu contact, aku jamin takde sorang pun yang mencapai satu perlima daripada apa kesusahan yang dialami oleh orang macam Abang Adik ni.

Bermaksud aku sendiri pun tak jejak ke level deep kes-kes manusia yang wujud di KL ni yang di tahap ini. Aku main di gigi air je.

Ok tu je lah nak luahkan sementara aku masih ingat.

Sharifah Sharina Syed Aswad ialah seorang rakyat biasa yang prihatin

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x