
Pencemaran air yang disebabkan oleh pencemaran plastik membawa ancaman kepada haiwan yang hidup di dalam laut.
Sesetengah haiwan lautan, seperti dugong, sedang menghadapi ancaman kepupusan. Dugong merupakan sejenis haiwan lautan yang jinak dan sangat segan apabila nampak orang.
Heng Wei Khang, seorang pengkaji dugong dari Institute of Ocean and Earth dan Team Sea Habitat, berkata sebanyak 90% rakyat Malaysia tidak pernah nampak dan mengetahui kewujudan dugong kerana ciri keistimewaannya.
Dugong merupakan sejenis haiwan lautan yang segan apabila manusia mendekatinya. Ia akan melarikan diri ke dalam laut supaya menjauhi manusia.
Haiwan lautan ini hampir pupus. Pakar sains juga tidak dapat mengetahui dengan tepat bilangan dugong yang berada di Malaysia. Menurut Lin TS (2016), hanya tinggal 100 ekor dugong di Malaysia. Dianggarkan hanya tinggal sebanyak 40 hingga 50 ekor di Johor dan 20 – 30 ekor di Sabah dan Sarawak. Kepupusan haiwan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia; dugong di negara lain seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya juga mengalami risiko kepupusan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pencemaran air merupakan salah satu faktor yang menyebabkan dugong menghadapi ancaman kepupusan. Pencemaran plastik adalah salah satu isu air dan akan menghasilkan mikroplastik ketinggalan dalam lautan. Dugong yang makan rumput laut akan termakan mikroplastik. Hal ini kerana mikroplastik bertimbun di longgokan rumput laut dan dimakan sekali dengan rumput laut oleh dugong.
Bukan itu sahaja, rumput laut juga menyerap bahan kimia dari mikroplastik dan akhirnya dimakan oleh dugong. Hal ini menyebabkan dugong termakan bahan kimia tersebut dan menjejaskan kesihatannya.
Dugong yang termakan mikroplastik akan mempunyai masalah sistem pencernaan dan sistem pembiakan. Plastik dan mikroplastik yang dimakan tidak dapat dicerna dan akan menyebabkan dugong mogok lapar ataupun enggan makan sehingga mati.
Pakar pemuliharaan laut Thailand dilapurkan cuba menyelamatkan seekor anak dugong dari lautan, tetapi anak dugong tersebut akhirnya juga mati akibat jangkitan yang disebabkan oleh cebisan plastik yang tersumbat di dalam perutnya. Perkara ini adalah sangat menyindir dan ironi kerana manusia yang cuba menyelamatkan dugong tersebut tetapi ia masih mati disebabkan oleh perbuatan manusia.
Heng menyatakan bahawa seekor dugong sekali hanya akan melahirkan seekor anak dugong sahaja. Jika seekor dugong betina termakan plastik akan mengurang seekor dugong untuk melahirkan anak dugong. Oleh itu, bilangan dugong semakin kurang.
Dugong telah memainkan peranan yang penting dalam lautan. Sumber makanan dugong adalah rumput laut. Rumput laut yang dimakan oleh dugong akan bertumbuh dengan lebih baik, lebih cepat dan lebih berkhasiat.

Menurut Heng, rumput laut memainkan peranan yang sangat penting dalam ekosistem lautan. Rumput laut yang dimakan oleh dugong bertumbuh dengan cepat dan juga memberi habitat kepada haiwan lautan yang lain seperti ikan. Rumput laut memberi tempat kepada haiwan lautan untuk bertelur dan menyembunyikan anaknya supaya tidak dimakan oleh haiwan lautan yang besar dan tidak mudah ditangkap oleh nelayan.
Tambah Heng, rumput laut merupakan sebuah tadika kepada semua haiwan lautan: kebanyakan haiwan lautan yang masih kecil akan berhidup dan dilindungi di bawah rumput laut. Kehilangan rumput laut akan menyebabkan kebanyakan haiwan laut tidak dapat bertumbuh dan mengakibatkan manusia juga kurang peluang untuk mendapat makanan lautan seperti ikan, udang, dan sotong. Oleh itu, dugong memainkan peranan yang penting dalam lautan untuk memastikan haiwan lain dan rumput laut bertumbuh dengan baik dan cepat.
Malangnya, dugong dan rumput laut dijejaskan oleh mikroplastik akibat perbuatan manusia yang membuang plastik bersisa-sisa selepas digunakan.
Kemunculan produk plastik telah memudahkan kehidupan harian kita: ia digunakan untuk menambahkan keselesaan, keselamatan dan kemudahan dalam kehidupan seharian kita. Namun, setelah manusia habis menggunakan produk plastik ini, ia tidak diuruskan dengan baik dan ini menyebabkan dunia kita sedang menghadapi isu pencemaran plastik.
Malaysia juga tidak dikecualikan. Di Malaysia, anggaran 0.94 juta tan sampah plastik tidak ditangani dengan betul setiap hari. Sebanyak 0.14 – 0.37 juta tan sampah plastik ini dialir ke lautan dan menyebabkan pencemaran teruk terhadap kehidupan air (Daniel Tang Kuok Ho, 2021).
Plastik yang dialir ke lautan akan menjadi mikroplastik. Mikroplastik merupakan kepingan plastik kecil, panjangnya kurang dari 5mm (0.2 inci) yang muncul dalam lautan, dan akibatnya menyebabkan pencemaran air (Kara Rogers, 2020).
Noor Adelyna Mohammed Akib, seorang staf akademik dari Pusat Pengajian Kelestarian Global, berkata mikroplastik merupakan plastik yang sangat kecil dan boleh datang dari kehidupan seharian manusia seperti tekstil malah jaringan ikan dan kosmetik.
Mikroplastik tidak semestinya datang dari tanah tetapi boleh datang dari mana-mana tempat. Ia merupakan sesuatu yang diurai dari plastik yang lebih besar seperti beg plastik ataupun apa-apa produk plastik yang lain. Plastik tersebut boleh diurai kepada mikroplastik apabila terdedah kepada sinaran matahari, tetapi plastik adalah bahan yang sangat sukar untuk penguraian sepenuhnya. Jadi, mikroplastik sebenarnya terdapat di pelbagai tempat, tetapi sukar untuk kita melihatnya kerana ia adalah sangat kecil dan biasanya tidak melebihi 5mm.
Menurut Noor Adelyna, plastik dan mikroplastik telah menyebabkan pencemaran air di dunia kita. Mikroplastik juga mempengaruhi lautan dan air mineral kita. Oleh kerana tidak mudah melihat mikroplastik, haiwan lautan dan manusia akan termakan mikroplastik secara tidak disedari.
Mikroplankton terdiri dari organisma berukuran antara 0.05 – 1mm dan akan makan mikroplastik. Ia juga boleh menjadi makanan kepada makhluk laut yang lain. Oleh itu, ikan lain yang makan mikroplankton juga akan makan mikroplastik secara tidak langsung. Manusia yang makan ikan ataupun makanan laut yang lainan sebenarnya juga memakan mikroplastik secara tidak disedari.
Mikroplastik telah membawa impak yang besar kepada manusia. Dr Lee Yeong Yeh, seorang profesor perubatan dan perunding gastroenterologi di Universiti Sains Malaysia di Kelantan, mengatakan bahawa kemungkinan mikroplastik berkaitan dengan barah usus adalah besar (The Star, 22 August 2019).
Banyak haiwan lautan akan termakan plastik termasuk dugong dan ini membawa kesan terhadap mereka dan ekosistem. Namun, mikroplastik bukan wujud dalam haiwan lautan sahaja; air yang diminum oleh manusia jaga kemungkinan mengandungi mikroplastik tetapi tidak dapat dilihat.
Menurut TAPP Water (2020), 93% air botol dan 92% air paip di seluruh dunia adalah tercemar dengan mikroplastik. Penyelidikan lain menyimpulkan bahawa rata-rata orang termakan 10,000 keping ataupun 250g mikroplastik setiap tahun.
Menurut Noor Adelyna, terdapat sebahagian syarikat mengeluarkan penapis yang boleh menapis mikroplastik yang berada dalam air tetapi penapis sebegini adalah sangat mahal dan bukan semua orang mampu menggunakan teknologi tersebut. Apabila penapis tersebut menjadi universal dan semua orang mampu membelinya, ia mungkin menjadi kaedah yang baik untuk menyelesaikan masalah mikroplastik.
Bahan kimia dalam plastik dan mikroplastik dapat mempengaruhi genetik haiwan lautan dalam masa jangka panjang. Jadi, mikroplastik sebenarnya sedang menjejas kesihatan ekosistem malah manusia dalam cara yang kita tidak melihat, tetapi akibat yang dibawa oleh mikroplastik adalah tidak boleh diabaikan.
Beg plastik yang digunakan dalam kehidupan seharian dapat menyebabkan haiwan lautan seperti penyu laut mati disebabkan menganggap beg plastik merupakan ubur-ubur dan termakan beg plastik. Sama seperti dugong yang termakan plastik, penyu juga tidak dapat mencerna dan mengeluarkan plastik yang dimakan dan menyebabkan banyak kesan terhadap kesihatannya.
Matlamat CGSS adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan sustainable development goals (SDGs). Banyak projek seperti memberi ceramah, projek kitar semula dan projek mengurus sisa makanan telah dijalankan oleh CGSS untuk mencapai matlamat tersebut.
Pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan harus diselesai oleh semua penduduk global. Isu ini bukan sahaja menjejaskan alam sekitar di dunia sahaja, tetapi juga memberi kesan terhadap bidang ekonomi dan sebagainya. Jika pencemaran air dapat diselesaikan, kemungkinan tinggi tidak akan mempunyai masalah air lagi.
Cara penyelesaian yang paling berkesan adalah manusia berhenti mengguna beg plastik. Hal ini kerana sambil kita mencari cara untuk mengatasi masalah ini, jika kita masih menghasilkan plastik yang lebih banyak – ini adalah usaha yang tidak bermakna. Tindakan setiap manusia adalah penting terhadap alam sekitar ini. Air yang tercemar juga mempunyai cara untuk memulihkannya.
Salah satu cara ialah memungut sampah di laut. Banyak pihak dalam global ini telah melakukan cara ini untuk mengurangkan sampah plastik dalam persekitaran kita. Jika seluruh dunia menghentikan aktiviti yang membawa kesan negatif terhadap alam sekitar, ini dapat mengelakkan masalah persekitaran. Tetapi ini adalah bukan senang dan kita perlu membawa pemikiran yang optimistik untuk melakukannya.
River Engineering and Urban Drainage Research Centre (Redac) mempunyai penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan masalah pencemaran air yang disebabkan oleh pencemaran plastik. Kaedah ini ialah dengan memastikan air yang dialirkan ke dalam sungai dan laut adalah bersih dengan menggunakan sistem pengurusan air ribut bandar lestari hijau yang dikenali sebagai sistem saliran bio-ekologi (Bioecods) yang dirancang oleh mereka.
Redac merupakan pusat penyelidikan yang pertama di kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia dalam bidang khusus pengurusan air ribut bandar dan sistem saliran ini merupakan salah satu projek perintis di Malaysia yang ingin cuba menyelesaikan tiga masalah utama yang sering dihadapi di Malaysia iaitu banjir kilat, sungai pencemaran dan kekurangan air.
Bioecods ini merupakan alternatif kepada sistem perparitan berasaskan tradisional untuk menguruskan kuantiti dan kualiti air ribut di kawasan bandar. Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol (2021) dari Redac USM berkata Bioecods dapat mengawal sumber air dari sampah plastik supaya sungai dan laut tidak akan dicemarkan.

Di bawah swale, terdapat beberapa tapisan yang dapat menapis kotor-kotoran yang tidak sepatutnya mengalir ke dalam sungai dan laut seperti plastik supaya air yang dialirkan ke laut adalah bersih. Menurut Mohd Remy Rozainy, mikroplastik dapat ditapis pada lapisan pertama swale ini.
Swale ini dapat membersihkan air dengan mempunyai pelbagai lapisan untuk menapis kotor-kotoran. Alat tapis akan diletakan di bawah swale untuk menapis kotor-kotoran.
Kini, projek ini telah berjaya dibina di kampus kejuruteraan USM, Pulau Pinang, Sri Mutiara Pulau Pinang dan Klinik Kesihatan Taiping, dan mereka sedang merancang membina sistem pengaliran ini di kawasan Damansara.
Menurut Mohd Remy Rozainy, jika Bioecods ini dapat dibina di seluruh Malaysia, masalah pencemaran air dapat diselesaikan. Namun beliau mengatakan bahawa masalah kekurangan belanjawan dan kekurangan tempat ruangan di kawasan bandar merupakan cabaran yang dihadapi untuk membina Bioecods di seluruh Malaysia.
Kesimpulannya, mikroplastik telah membawa impak terhadap kesihatan manusia dan haiwan lautan seperti dugong. Masalah ini merupakan masalah global dan seharusnya dipandang serius. Kepupusan dugong akan menyebabkan generasi yang akan datang tidak mempunyai peluang untuk melihat haiwan yang comel dan istimewa ini. Kita harus bertanggungjawab terhadap generasi yang akan datang.
Pakar dalam bidang ini berkata, jika kita ingin menyelesaikan masalah pencemaran plastik ini, perkara yang paling penting dan berkesan ialah berubah pemikiran dan tingkah laku manusia. Sekiranya setiap orang dalam dunia ini memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar, persekitaran indah dan selamat dapat dikekalkan.
Chuah Kar Yin, Ng Ming Hui dan Yeoh Pei Yun ialah pelajar komunikasi di Universiti Sains Malaysia

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme