Home New Writers Satu perspektif mengenai saiz penjawat awam

Satu perspektif mengenai saiz penjawat awam

Perbincangan harus didasarkan data yang sahih dan maklumat yang dapat disahkan daripada sumber yang dipercayai

Photograph: mole.my

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

By Jayanath Appudurai

Baru-baru ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah memberi pandangan tentang saiz penjawat awam di Malaysia seperti berikut:

“Polemik saiz penjawat awam Malaysia yang besar sudah lama dibincangkan. Di luar di sana masih orang mempertikaikan  ialah  Malaysia mempunyai penjawat awam yang paling ramai berbanding dengan negara-negara lain. Pandangan saya ialah isu saiz penjawat awam ini perlu dibincangkan dengan adil dan objektif. Ini kerana takrifan ataupun konteks penjawat awam dan pentadbir adalah berbeza mengikut negara masing-masing.”

Ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam  kalangan pengulas, pakar mahupun warga di media sosial.

Tujuan artikel ini adalah untuk menyampaikan data yang sahih supaya kita dapat memahami  perbincangan mengenai isu semasa ini dengan lebih jelas.

Bagi menentukan saiz sebenar penjawat awam, kita perlu merujuk kepada definisi perkhidmatan awam di bawah Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu.

Mengikut Perkara 132(1) perkhidmatan awam meliputi “angkatan tentera; perkhidmatan kehakiman dan perundangan; perkhidmatan awam am Persekutuan; pasukan polis; perkhidmatan awam Bersama yang disebut dalam Perkara 133; perkhidmatan awam setiap Negeri; dan perkhidmatan pendidikan”.

Semua klasifikasi jawatan dan skim perkhidmatan dipaparkan dalam senarai perjawatan persekutuan. Data dirumuskan dalam jadual berikut.

Beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian:

  • Jumlah perjawatan tidak termasuk “anggota pentadbiran” ialah 1,399,775!
  • Sejumlah 456,207 (75%) jawatan pengurusan dan profesional adalah dalam perkhidmatan pendidikan
  • Hampir 87% daripada 1.4 juta jawatan adalah dalam perkhidmatan pendidikan, kesihatan, dan keselamatan dalam negeri dan pertahanan

Beberapa perkara yang berkaitan dengan perbincangan mengenai “kuantiti, kualiti, kecekapan, keberkesanan”, ialah:-

  • Pelanggan utama perkhidmatan pendidikan ialah lima juta orang murid sekolah dan 600,000 orang penuntut di peringkat tertiari. Perkhidmatan ini mencakupi  40% daripada jumlah penjawat awam. Sejumlah RM44.7bn (47%) daripada  jumlah emolumen kerajaan persekutuan yakni RM95.6bn diperuntukkan untuk perkhidmatan ini. Adakah hasil  dan produktiviti pendidikan kita setimpal dengan jumlah peruntukan yang dibelanjakan?[1]
  • Kini perkhidmatan kesihatan memenuhi keperluan hampir 70% penduduk Malaysia yang seramai 32 juta orang. Perkhidmatan ini merangkumi 21% daripada jumlah perjawatan dan 23% daripada jumlah emolumen. Adakah pengagihan sumber ini mencukupi untuk keperluan kesihatan kini dan masa hadapan?
  • Tugas utama angkatan tentera (pertahanan) adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Kini 12% perjawatan dan 8.5% daripada jumlah emolumen dibekalkan untuk perkhidmatan ini. Adakah ini harga yang terlalu tinggi untuk melindungi nyawa dan harta rakyat?
  • Keselamatan dalam negeri dipertanggungjawabkan untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk warga negara, pekerja asing dan pelancong. Kini 14% perjawatan dan 10.4% daripada jumlah emolumen dibekalkan. Adakah perkhidmatan ini ditadbir urus secara telus dan bertanggungjawab?

Apa jua perbincangan mengenai saiz penjawat awam perlu diuruskan secara sopan, rasional dan tanpa emosi. Yang lebih penting, perbincangan harus didasarkan data yang sahih dan maklumat yang dapat disahkan daripada sumber yang dipercayai.

Jayanath Appudurai merupakan aktivis dari kumpulan Saya Anak Bangsa Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x