Home Newsletters Bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi

Bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi

Sesiapa yang cuba ‘membayar’ bagi melancarkan sesuatu hal atau untuk ‘melincirkan’ keadaan yang sulit samalah seperti bersekongkol dengan rasuah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Bayangkan anda sedang memandu di lebuhraya dan tiba-tiba diberhentikan oleh seorang polis trafik kerana memecut melebihi had laju.

Jika pegawai polis itu sebaliknya tidak pula memberikan ‘saman’ atau notis penalti, tetapi cuba berdolak-dalih dan menggunakan kiasan untuk cuba ‘menyelesaikannya’ dengan cara lain, apa yang anda akan lakukan?

Jika saya, saya akan meminta beliau untuk mengeluarkan saman. Jika betul saya memecut melebihi had laju, saya memang layak disaman, tidak kiralah dengan nilai yang tinggi atau tidak. Memecut melebih had laju merupakan sebuah kesalahan dan saya sepatutnya patuh kepada had laju.

Seorang kawan saya pula fikir sebaliknya: beliau memberitahu bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk menyelesaikannya. “Saya tak cukup kaya nak bayar saman yang tinggi,” katanya.

Di mana saya pun terus mengingatkannya, “Kalau begitu, jangan memecut!”

Kita kadang-kala lupa yang kita seringkali boleh memilih untuk mengikut undang-undang dalam hidup ini.

Sesiapa yang cuba ‘membayar’ bagi melancarkan sesuatu hal atau untuk ‘melincirkan’ keadaan yang sulit samalah seperti bersekongkol dengan rasuah. Mereka hilang semua hak moral untuk mengomel tentang orang lain yang melakukan rasuah.

Kita seringkali lupa yang jika kita bertepuk dengan hanya sebelah tangan pastinya ia takkan berbunyi. Dalam hal jenayah yang cukup tercela ini, ada dua parti yang terlibat: mereka yang hanya mahukan ganjaran dan mereka yang sanggup memberikannya.

Rasuah bukan hal asing dari orang ramai.

Ia tidak berakhir dan bermula dengan seorang perdana menteri atau timbalan menteri yang korup atau seorang pegawai berpangkat tinggi di sebuah agensi anti-rasuah yang berkompromi.

Juga tidakkan berakhir dengan seorang menteri kabinet yang cukup bermasalah cuba untuk ‘mencuci duit’ menggunakan duit haram dan beranggapan bahawa ia boleh diterima moral jika dilakukan untuk membiayai dan memenangi pilihan raya.

READ MORE:  Delay in reforms is eroding trust

Dan sementara melakukannya, beliau juga barangkali merasa tidak bersalah untuk membeli rumah dan kereta mewah – serta membeli beberapa baju mahal oleh pereka tersohor.

Ironinya, menteri kabinet kita – yang begitu ramai ‘melompat’ parti dan mengkhianati undi dan kepercayaan orang ramai – jugalah yang memberitahu kita bahawa ada kursus wajib akan diperkenalkan di semua institusi pengajian tinggi tahun hadapan bagi memastikan semua pelajar “dapat memahami rasuah dan kesannya”.

Adakah perkara ini dapat menyelesaikan semua keluh-kesah kita tentang rasuah? Atau ia hanya digunakan bagi membendung kesedaran orang ramai tentang perkara ini?

Dari pengalaman saya sebagai seorang ibu bapa dan guru, saya sedar bahawa nilai perlu diterapkan, bukan semata-mata diajar. Jika pelaku rasuah seringkali tampak menerima ganjaran kemewahan, pangkat, kehormatan dan kemuliaan, ia pasti menghantar cara pandang yang salah.

Adakah perlu untuk kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa pengajian moral dan pendidikan agama Islam sudah diajar di sekolah kita berdekad lamanya? Beberapa jam di institusi pengajian tinggi takkan memberi kesan langsung dalam memadam pesanan halus lain yang mengakibatkan kedudukan rasuah kita semakin memburuk.

Jika perlakuan rasuah dilakukan terlalu kerap oleh terlalu ramai orang sejak sekian lama, ia akan menjadi sebuah perkara biasa. Bahawa rasuah itu sebuah jenayah, serta dosa, pastinya akan dilupakan.

Sama ada ia melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau polis atau hakim, kita sepatutnya ada keberanian untuk menyatakannya. Tiada sesiapa pun patut dikecualikan dari penyiasatan, atau terus menjadi sebahagian kepada sistem yang mengonak dalam duri.

Perubahan pastinya sukar, namun rakyat juga boleh melakukannya. Begitulah bagaimana ia cukup membanggakan untuk melihat mahasiswa menyatakan pendapat tentang kenaikan harga barang.

READ MORE:  Politicians must stop giving festive cash handouts

Ya! Kita sepatutnya protes. Kita patut menyatakan tuntutan dan tidak bertolak ansur terhadap salah guna kuasa dan pengaruh. Lebih dari itu, kita sepatutnya mengingatkan diri kita sendiri bahawa perubahan yang sebenar hanya boleh berlaku dengan kita sendiri.

Kita tidak perlu menjadi peguam atau mahasiswa untuk mengubah negara ini. Juga kita semua tidak boleh menjadi seperti Fahmi Reza, Siti Kasim atau Zunar. Kadang-kala apa yang perlu kita buat ialah jangan tepuk tangan dengan pihak yang ingin melakukan rasuah.

Sukeshini Nair
Editor bersama, surat berita Aliran
6 Julai 2022

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x