Home Newsletters Bukankah kita semua bumiputera?

Bukankah kita semua bumiputera?

Ssemua warganegara Malaysia berhak mengekalkan identiti etnik serta agama seperti yang dipilih mereka namun juga mendapat hak sepenuh sebagai warga

FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Menerusi surat ini, saya ingin berkongsi fikiran saya tentang terma bumiputera.

Di dalam pendapatnya di Malaysiakini, Lim Teck Ghee memperjelaskan mengapa kita perlu mengenepikan pembahagian bumiputera/bukan bumiputera kerana ia membawa Malaysia ke “jalan mati tentang kaum dan identiti”.

Beliau menambah bahawa dikotomi ini tidak diteliti serta dikritik secara lanjut oleh penyelidik, walaupun ianya menjadi batu asas kepada hampir semua polisi negara sejak hampir separuh abad kewujudan Malaysia.

Konstruk bumiputera tidak mempunyai asas perundangan. Ketika Tunku Abdul Rahman disoal tentangnya pada tahun 1965 di dalam Parlimen, selepas Singapura meninggalkan Malaysia, beliau merespon dengan menyatakan bahawa terma ini “tidak mempunyai makna perundangan kecuali untuk menandakan orang tempatan di tanah besar Malaya serta orang tempatan di negeri-negeri Borneo” (Sharon Sadique dan Leo Suryadinata, Bumiputra and Pribumi: Economic Nationalism (Indiginism) in Malaysia and Indonesia, Pacific Affairs, Vol 54(4), 1981-82).

Bagi mengetahui siapa yang berhak untuk menjadi bumiputera di Malaysia, baca ini.

Tiada di dalam Perlembagaan

Bukan sahaja terma bumiputera tiada asas perundangan, ia sebenarnya tidak ditemui di dalam Perlembagaan Malaysia. Ianya digunapakai secara meluas selepas Kongres Ekonomi Bumiputera pada Jun 1965 dan, seperti dinyatakan oleh Lim, wujud buat pertama kali di Parlimen ketika Rang “Majlis Amanah Ra’ayat” (Mara) yang dibentangkan pada Ogos 1965 bagi menggantikan Ordinan Kuasa Pembangunan Industrial dan Pedalaman 1953.

Semenjak penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970, terma Bumiputera kemudiannya diinstitusikan. Bumiputera kemudiannya digunakan sebagai terma mudah bagi menafikan sekelompok warga Malaysia dari polisi yang disasarkan DEB manakala memasukkan populasi Orang Asal dari negeri-negeri Borneo.

Tidak disangkal lagi ketika Malaysia dibentuk serta tindakan afirmatif hendak diteruskan kepada komuniti selain daripada Melayu, terma bumiputera kemudiannya digunakan.

READ MORE:  Unconstitutional, unlawful to restrict UiTM to only bumiputras - LFL

Dari satu sudut, ianya sebuah perkembangan yang progresif di mana terma ini merangkumi populasi penduduk asli yang luas yang berhak menerima tindakan afirmatif. Secara praktiknya, DEB sudahpun melangkaui aspek progresifnya di dalam mendepani kesenjangan etnik dan ekuiti. Pun begitu, polisi ini perlu menerima pujian kerana dapat mengurangkan kemiskinan tegar.

Pada pendapat saya, polisi negara tidak patut dipacu secara etnik mahupun didefinisikan mengikut kategori etnik. Kewarganegaraan adalah apa yang diperlukan bagi sesebuah polisi kerajaan. Terdapat keperluan mendesak bagi polisi negara berasaskan kepada keperluan serta ditujukan kepada kelompok sasaran seperti golongan masyarakat miskin tegar, golongan berumur, warga kelainan upaya, serta golongan pekerja.

Jus soli – hak ke atas tanah

Penggunaan semasa terma bumiputera yang dibina ini mengakibatkan pemahaman tentang makna warganegara Malaysia menjadi samar. Kewarganegaraan sepatutnya berdasarkan prinsip jus soli (hak kelahiran) dan bukan jus sanguinis (hak darah). 

Berikan saya ruang untuk menerangkannya. Seseorang itu biasanya menjadi warga jika dia lahir di sesebuah negara atau wilayah. Seringkali, apa yang diperlukan adalah salah seorang ibu atau bapa warga itu atau warga itu dinaturalisasikan sebagai warganegara di sesebuah negara selepas memenuhi syarat yang ditetapkan negara.

Prinsip jus sanguinis ini pula bertentangan dengan prinsip jus soli serta jarang dipraktikkan. Terdapat dua contoh utama bagaimana ianya dijalankan. Sesiapa yang mempunyai darah Cina, secara teorinya boleh menjadi warga Taiwan serta mempunyai pasport Taiwan. Jika seseorang itu adalah kaum Yahudi, mengikut undang-undang ‘Hak Untuk Pulang’ negara Israel, seseorang boleh menjadi warganegaranya.

Di dalam banyak hal, jus sanguinis tidak dianggap progresif. Taiwan bersaing dengan Republik Rakyat China bagi mendapatkan warganegara. Serta Israel dibentuk dengan warga dari negara lain, dan mengenepikan warga Palestin dari mempunyai negara di tanah tumpahnya darah mereka.

READ MORE:  Article 153 of Constitution does not bar opening UiTM to minorities - LFL

Menggunakan perkataan bumiputera di dalam bentuk sekarang bagi menentukan polisi negara adalah tidak adil kepada semua warga Malaysia. Ia menganugerahkan ‘majoriti yang dibina’ kepada kelompok sosial terbesar yang dibentuk di dalam negara ini serta memangsakan minoriti yang sebenar-benar. Melayu sebenarnya terbentuk dengan hanya 46.5% pada tahun 1970 ketika permulaan DEB, namun dengan menggunakan kategori bumiputera, ianya menjadikan kelompok ini sebagai majoriti seramai 56% populasi. Hari ini, bumiputera membentuk 65% populasi. Sekaligus, 35% warga Malaysia dinafikan hak yang termaktub di dalam sesetengah polisi negara.

Kita adalah minoriti

Secara faktanya, Malaysia adalah paduan kelompok-kelompok minoriti jika kita memecahkannya kepada kategori etnik serta wilayah yang berlainan. Misalnya, jika Melayu dipecahkan lagi kategorinya kepada Jawa, Arab, India, Bugis, Sumatera, Patani, Champa serta keaslian yang berbeza, kita pastinya mempunyai kelompok minoriti yang menarik walaupun dibentuk oleh masyarakat asli terbesar Malaysia ini.

Begitu juga halnya jika kita memilih untuk merubah semula warga Cina Malaysia mengikut kelompok dialek yang berbeza serta warga India Malaysia, yang hanyalah paduan minoriti etnik dari benua kecil India, termasuklah kelompok Tamil dan Singhalese dari Sri Lanka.

Jika kemudian kita memasukkan kepelbagaian etnik di semenanjung, dengan hampir 27 kelompok etnik di Sarawak serta 30 etnik di Sabah, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menunjukkan bahawa Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang dibentuk minoriti yang rencam!

Pembentukan etnik bahkan akan berubah secara ketara di masa hadapan dengan kewujudan hampir tujuh juta pekerja migran di Malaysia.

Di dalam cara fikir kontemporari berkenaan hubungan kaum ini, terma ‘kerencaman luar biasa” sudah pun digunapakai untuk memahami pergerakan serta migrasi global.

READ MORE:  Government's justification of UiTM’s bumiputra-only policy is unconstitutional

Kita semua bumiputera

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang-kaum. Kita seharusnya menerima kewarganegaraan berbilang kaum, di mana semua warganegara Malaysia berhak mengekalkan identiti etnik serta agama seperti yang dipilih mereka namun juga mendapat hak sepenuh sebagai warga.

Rakyat Malaysia dengan definisi ini kemudiannya akan menjadi ‘putera dan puteri tanah’ mengikut kelahiran ataupun naturalisasi – seorang bumiputera, khalas! Terma ini tidak lebih dan tidak kurang hanyalah sebuah lagi terma bagi menjadi warganegara Malaysia.

Beriringan dengan Wawasan 2020, terma Bangsa Malaysia dicadangkan. Saya kemudiannya ingin mencadangkan agar kita maju selangkah lagi – jadikan kita semua Bumiputera.

Johan Saravanamuttu
Editor bersama, surat berita Aliran
8 Mac 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Johan Saravanamuttu
Dr Johan Saravanamuttu, a long-time Aliran member, is emeritus professor at Universiti Sains Malaysia, adjunct professor at the Asia Europe Institute, University of Malaya and adjunct senior fellow at the S Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University. He believes in politics as a vocation but is frustrated that it is often the refuge of opportunists and the morally depraved
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x