Home Newsletters Di sebalik kontroversi pili bomba, keresahan orang ramai membara

Di sebalik kontroversi pili bomba, keresahan orang ramai membara

Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bahawa pemimpin politik perlu berusaha lebih banyak lagi untuk memadamkan api ketidakpuasan hati orang ramai

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Air merupakan asas kepada kehidupan.

Kepentingan sosialnya semakin jelas saat ketika banyak kawasan dalam negara bertembung gelombang panas. Kemarau juga telah mengakibatkan takungan air tertentu berdepan risiko kekeringan.

Keadaan serius ini telah memaksa sesetengah orang yang terdesak untuk mencari cara dan kaedah bagi mendapatkan akses kepada air untuk diminum, mencuci pinggan mangkuk dan mandi.

Justeru, walaupun terdapat kes ahli parlimen yang didakwa menarik air dari pili bomba bolehlah disifatkan sebagai sesuatu yang keji, kita juga boleh memahami keadaan yang memacu tindakan kontroversinya itu.

Siti Zailah Mohd Yusoff dilaporkan telah menggunakan air dari pili bomba sebagai sumber air alternatif untuk penduduk di kawasan parlimennya semasa musim kemarau baru-baru ini.

Air dari pili bomba itu telah disedut ke dalam lori tangki untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai di Rantau Panjang, iaitu kawasan ahli parlimen tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Zainal Madasin berkata Siti Zailah tidak meminta kebenaran pihaknya untuk mengambil air dari pili bomba.

Ahli parlimen itu bagaimanapun mendakwa balai bomba Rantau Panjang telah meluluskan permintaannya untuk menggunakan air pili itu untuk diagihkan kepada penduduk berhampiran.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bertindak untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai tindakan kontroversi ahli parlimen itu.

Kita boleh mengambil beberapa perkara penting daripada peristiwa ini.

Pertama, Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 menjadikannya satu kesalahan untuk mengambil air dari pili bomba untuk tujuan selain daripada memadam kebakaran. Tindakan sedemikian boleh mengganggu percubaan anggota bomba untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda dengan cara yang paling berkesan. Ini bermakna sesiapa sahaja, tanpa mengira kedudukan, yang melakukan kesalahan sedemikian boleh menghadapi pendakwaan. Tidak sepatutnya ada pilih kasih.

READ MORE:  Madani untuk siapa?

Ya, air adalah penting bagi kelangsungan hidup; namun ada orang yang mengambil mudah soal air.

Sebagai contoh, ada kerajaan negeri dan syarikat swasta tertentu telah mengganggu atau memusnahkan kawasan tadahan air serta terlibat dalam penebangan hutan yang berleluasa. Tindakan cukup dikesali sebegitu akan memburukkan lagi perubahan iklim dan mendatangkan malapetaka apabila banjir kilat dan kemarau melampau melanda masyarakat berhampiran.

Kontroversi pili bomba turut mengingatkan kita kepada masalah air yang dihadapi oleh penduduk Kelantan dan Kedah.

Di Kelantan, segelintir warga telah mengalami rasa tidak selesa terpaksa menggunakan ‘teh tarik’ dari paip selama bertahun-tahun.

Benar, masalah air di negeri ini adalah rumit dan boleh ditelusuri kembali kepada sistem pengagihan air yang semakin usang dan tidak mencukupi. Paip lama perlu diganti dan loji rawatan air mungkin terlalu usang untuk berfungsi pada kapasiti penuh.

Ia adalah masalah serius yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat. Malangnya, kerajaan negeri tertentu tidak melakukan secukupnya untuk meringankan penderitaan rakyat.

Kerajaan Kelantan, khususnya, perlu berusaha lebih keras untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu, yang telah merosot selama bertahun-tahun. Membelanjakan jumlah yang terlalu tinggi untuk menggantikan kereta lama dengan Mercedes Benz baharu, seperti yang dilakukan oleh exco kerajaan negeri tidak lama dahulu, memberi gambaran bahawa mereka tidak begitu serius dengan nasib rakyat. Pembelian mahal sebegitu menunjukkan di mana keutamaan kerajaan negeri.

Penyediaan bekalan air yang boleh dipercayai merupakan cabaran yang mana-mana kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memberi keutamaan untuk kesejahteraan rakyat.

Itulah sebabnya mengapa ia cukup membingungkan apabila melihat ada ahli politik dan parti politik tertentu sibuk terlibat dalam politik perkauman dan agama yang memecahbelahkan, yang mengakibatkan ekonomi tidak berkembang serta kemerosotan pendidikan dan taraf hidup.

READ MORE:  What's in a bag?

Lebih buruk lagi, jika sembang di kedai kopi boleh dipercayai, ada pemimpin politik tertentu mungkin lebih sibuk merancang untuk menggulingkan kerajaan yang sedang bersidang ketika ramai rakyat sedang bergelut dengan kemiskinan, pengangguran, penggunaan tenaga kerja tidak penuh, keberhutangan, perkhidmatan awam yang lemah, dan ekonomi yang lembap.

Dari sudut pandang yang lebih luas, kes pili bomba ini menunjukkan kepada kita bahawa pemimpin politik perlu berusaha lebih banyak lagi bagi memadamkan api ketidakpuasan hati orang ramai.

Mustafa K Anuar
Editor bersama, surat berita Aliran
10 Mei 2023

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x