Home Newsletters ‘Dua sorakan’ untuk Reformasi?

‘Dua sorakan’ untuk Reformasi?

Adakah perjalanan Reformasi selama 27 tahun di Malaysia patut diraikan atau sekadar rasa optimis yang perlu kita hati-hati?

FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

The darkness that troubles us and tries to degrade us may thin out. We may still contrive to raise three cheers for democracy, although at present she only deserves two. – EM Forster, 1951

Ulasan mendalam Forster tentang demokrasi dulu barangkali sama relevannya dengan zaman kita sekarang.

Demokrasi tampaknya sedang menghadapi permasalahan baru hatta di tempatnya berasal di mana wujud hari-hari penuh kegelapan soal perselisihan demokrasi, gangguan dan pergolakan global.

Dalam surat berita ini, ayuh kita beralih memahami keadaan di Malaysia sendiri.

Rasa lelah dan tidak puas hati menyelubungi kita apabila memikirkan tentang penjelmaan agenda Reformasi yang ada sekarang. Penjelmaan hari ini, dikenali sebagai Malaysia Madani dengan nilai enam terasnya, disebut secara ad infinitum dalam ucapan dan acara awam.

Membelek-belek rak buku saya untuk mencari karya tentang gerakan Reformasi dan kesannya, saya melihat sebuah buku yang disunting oleh Kee Thuan Chye, March 8: The Day Malaysia Woke Up.

Satu lagi menarik perhatian saya: buku oleh Ooi Kee Beng, Lee Hock Guan dan saya sendiri berjudul March 8: Eclipsing May 13.

Judul yang disenaraikan itu jelas isinya: 8 Mac 2008 adalah satu peristiwa kritikal dalam politik Malaysia, dicetuskan oleh gerakan Reformasi yang berbilang etnik. Ramai di antara kita terperangkap dalam euforia ketika itu.

Terima kasih kepada penggemblengan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam menyokong gabungan tenaga Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, yang telah menguasai politik selama lima dekad, kehilangan majoriti besarnya di Parlimen.

“Tsunami politik” ini (seperti yang disifatkan oleh beberapa penganalisis) menyaksikan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim muncul sebagai satu-satunya blok pembangkang. Ia memenangi 46% undi popular dan 37% kerusi di Parlimen.

Namun, ia mengambil masa sedekad lagi untuk BN kehilangan kuasa di peringkat parlimen kepada gabungan politik yang dikenali sebagai Pakatan Harapan di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Bagi saya, peristiwa ini kekal sebagai kesinambungan kepada gerakan Reformasi.

Sela politik yang dicetuskan oleh Langkah Sheraton dari 2020 hingga 2022, berlaku sehinggalah kemunculan “kerajaan perpaduan” pada 2022. Ini adalah kali pertama Anwar memegang tampuk pemerintahan sebagai perdana menteri.

READ MORE:  Pelancaran kaukus pelbagai parti rangsang reformasi institusi di peringkat negeri

Ia perjuangan yang cukup bersejarah untuk Reformasi akhirnya dapat sampai ke tahap ini. Lebih ironi apabila ia berkongsi kuasa dengan Umno, musuh politiknya yang cukup lama! Ramai di antara kita yang veteran merasakan ironi ini secara mendalam. Ia seakan satu disonansi kognitif bagi kita semua.

Reformasi terhambat

Jadi sekarang, kira-kira 27 tahun sejak laungan pertama “Reformasi”, apa yang sebenarnya telah dicapai?

Biar saya cuba beri penilaian, yang tentunya tidaklah menyeluruh. Ia hanya sekadar sebuah pandangan peribadi.

Pembaharuan, sudah pasti, lambat berlaku sejak pilihan raya umum 2022.

Menjawab pelbagai kritikan yang ada, Perdana Menteri Anwar berkata: “Ada yang tidak sabar. Anda boleh bergerak pantas dan dibuang esok, jadi ia perlu dilakukan dengan bijak.

“Hikmah sangat penting, ia bukan sahaja dalam cara anda menganutinya, tetapi juga bagaimana anda bertindak. Adakah anda mempunyai sumber? Adakah anda mempunyai sokongan yang diperlukan? Adakah anda mampu meyakinkan elit pemerintah dan elit profesional bahawa ini adalah misi yang mesti disokong oleh semua?

“Dan, peringkatnya apa? Di mana kita bermula? Bolehkah kita melakukan pembaharuan besar-besaran ini dalam setahun, atau dua tahun, atau tiga tahun? Saya tidak tahu. Saya tidak mempunyai semua jawapan.

“Tetapi apa yang saya tahu: tiada patah balik. Apa yang saya pasti setiap bulan dan setiap tahun, mesti ada perkembangan.”

Kebanyakan alasan yang remeh, tetapi Anwar membuat kenyataan susulan yang penting. Seperti yang dikatakannya, dengan hanya 81 daripada 222 kerusi parlimen, PH mesti bekerjasama dengan rakan gabungan BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk “membina konsensus mengenai agenda reformasi”. Ini benar-benar perkara yang sukar.

Ahli parti Anwar Wong Chen, yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perdagangan Antarabangsa dan Hubungan Luar Negeri, mengeluh bahawa selepas 15 tahun menjadi wakil rakyat, beliau merasakan dan mungkin memahami mengapa terdapat sedikit pembaharuan yang perlu ditunjukkan.

Wong Chen merupakan penyokong setia Rafizi Ramli, yang kehilangan jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti baru-baru ini.

READ MORE:  Memahami kelembapan reformasi 'Madani'

Kenyataan berani Wong Chen mengundang kemarahan timbalan ketua PKR Subang Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon. Beliau meminta Wong Chen untuk meletak jawatan memandangkan, padanya Ahli Parlimen Subang itu nampaknya tidak lagi “sefaham” dengan parti itu.

Setiausaha kehormat Aliran Mary Magdaline Pereira, yang berasal dari kawasan Subang, memberikan kami perspektif alternatif dalam meminta orang ramai berlaku adil kepada Ahli Parlimennya.

Tidak dinafikan yang perselisihan politik di antara kem Rafizi dan penyokong Nurul Izzah Anwar dalam parti Reformasi ini akan berlanjutan untuk beberapa waktu.

Di mana reformasi institusi?

Setakat mana kemajuan agenda reformasi PH pada hari ini?

Di mata umum, terdapat beberapa pembaharuan institusi utama yang belum dijalankan atau sedang berjalan dengan perlahan. Pembaharuan utama yang tertunggak: pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya, akta pembiayaan politik, dan pemeriksaan reformasi utama, termasuk pengerusi agensi anti-rasuah Malaysia, oleh jawatankuasa rentas parti.

Kita melihat bahawa hanya ada sedikit pergerakan setakat ini mengenai pembaharuan penting ini.

Lebih-lebih lagi, suara masyarakat sivil cukup hingar apabila Perdana Menteri Anwar menyambung kontrak ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang kontroversi itu untuk kali ketiga selepas bersara.

Dalam usaha untuk mewajarkan perkara ini, Anwar berkata Azam Baki adalah satu-satunya individu yang cukup berani untuk mengejar individu korup yang berjawatan tinggi.

Ahli sains politik Meredith Weiss telah menilai kemajuan reformasi institusi di bawah kerajaan Anwar menjelang pertengahan 2024. Kerajaan juga telah menghasilkan pelan hala tuju digitalnya sendiri mengenai status pembaharuan institusinya.

Yang penting, Parlimen kini mempunyai 10 jawatankuasa pilihan khas rentas parti dan lima jawatankuasa pilihan. Ia juga mempunyai empat kumpulan parlimen semua parti, yang melibatkan penyertaan NGO.

Jawatankuasa-jawatankuasa ini membenarkan pengerusi dan keahlian rentas parti – satu langkah inovatif yang penting untuk ahli Parlimen.

Weiss menyatakan bahawa individu penting seperti Azalina Othman daripada Umno adalah penting kepada kemajuan reformasi. Beliau adalah menteri di Jabatan PM yang bertanggungjawab ke atas undang-undang dan pembaharuan institusi.

READ MORE:  Reformasi? Sudah-lah…

Azalina telah diberi tugas untuk menubuhkan pasukan petugas khas mengenai pembaharuan institusi untuk membentangkan cadangan kepada kabinet. Beliau juga ditugaskan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya undang-undang bebas untuk mengesyorkan semakan bagi memastikan undang-undang relevan dan berkesan. Tidak banyak yang telah dilakukan dalam hal ini setakat ini.

Bagi saya, pembaharuan undang-undang yang penting adalah berkaitan dengan hukuman mati melibatkan pemansuhan hukuman mati mandatori pada 2023. Undang-undang baharu ini memberi pilihan kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman 30-40 tahun bagi jenayah berat.

Pembaharuan undang-undang penting lain yang masih tidak jelas termasuklah cadangan pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya. Pembaharuan lain yang tidak menunjukkan banyak kemajuan ialah undang-undang pembiayaan politik.

Terdapat juga rang undang-undang kontroversi (RUU 355) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1995 yang akan memperluaskan skop hukuman di bawah sistem mahkamah Syariah. Laporan ada menunjukkan bahawa Anwar mungkin ingin memperkenalkan rang undang-undang ini pada 2025. Banyak kumpulan masyarakat sivil telah lama membantah langkah ini.

Pentadbiran Anwar, yang disebut-sebut sebagai ‘kerajaan reformasi’, pastinya mengandungi mereka yang bersifat reformis. Namun, dalam barisan kepimpinannya juga ada ahli politik dan parti yang kurang cenderung untuk menyimpang daripada status quo, pada tanggapan Weiss.

Apa pun, mungkin masih terlalu awal untuk mengadili PM, yang baru menghampiri separuh masa penggalnya, sama ada beliau boleh membawa, sekurang-kurangnya, beberapa pembaharuan yang dicadangkan, memandangkan beliau turut dibebani dengan pelbagai masalah jangka pendek.

PM sendiri sekarang perlu menguruskan penjajaran semula politik baharu dalam partinya sendiri. Beliau juga menghadapi satu lagi kes mahkamah yang belum selesai berhubung dakwaan serangan seksual. Selain itu, beliau turut berdepan dengan pelbagai isu global yang melibatkan Malaysia.

Bagi mereka yang telah melalui susah dan senang bersama Anwar dan agenda Reformasi dengan penuh semangat – dan barangkali dengan darah, keringat dan air mata, bagi sesetengah mereka – mungkin kita dengan bermurah hati dapat memberikan kepada mereka “dua sorakan”.

Johan Saravanamuttu
Editor bersama, surat berita Aliran
16 Jun 2025

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x