Home Newsletters Isu pakaian seragam jururawat ‘ketat’ mendedahkan prestasi buruk pembangkang di Parlimen

Isu pakaian seragam jururawat ‘ketat’ mendedahkan prestasi buruk pembangkang di Parlimen

Ahli Parlimen pembangkang kelihatan lebih berminat mencari hal politik remeh daripada melakukan apa yang sepatutnya diperlukan oleh mereka

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Baru-baru ini kita dihidangkan dengan kekecohan di Parlimen apabila ahli yang berhormat dari Kuantan, Wan Razali Wan Nor, menegaskan bahawa pakaian jururawat “ketat”, sekali gus “menunjukkan bentuk badan mereka”.

Peristiwa itu mencetuskan kejelekan di kalangan orang ramai

Ahli Parlimen dari gabungan pembangkang Perikatan Nasional itu membuat ‘pemerhatian’ ini semasa perbahasan kertas putih kesihatan di Dewan Rakyat.

Wan Razali sepatutnya mengetengahkan isu yang lebih mendesak, seperti nasib pekerja kesihatan atau kekurangan akses penjagaan kesihatan kepada golongan terpinggir. Sebaliknya, beliau membangkitkan sesuatu yang bukan isu, di mana pakaian seragam jururawat telah pun digunakan selama beberapa dekad tanpa sebarang kekecohan. Sungguh celaru!

Apa pun, peristiwa terbaharu ini tidaklah mengejutkan: ia hanyalah yang terbaru dalam siri detik-detik yang memalukan di Parlimen.

Ahli Parlimen pembangkang ketika ini gagal menarik perhatian ramai warga dengan persembahan memalukan mereka di Parlimen.

Barangkali ada yang membandingkan isu pakaian jururawat yang dibawakan oleh Ahli Parlimen itu dengan persembahan Jocelyn Chia baru-baru ini, yang sepatutnya kekal dalam pekerjaan lamanya, tak kira apa pun, dan bukannya menjadi seorang pelawak.

Bangku pembangkang di Parlimen sepatutnya berfungsi sebagai penghujah yang berkesan kepada pihak kerajaan.

Semasa perbahasan mengenai kertas putih sistem kesihatan, Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya boleh membincangkan hal kebimbangan masyarakat sivil tentang masalah sistem kesihatan kita. Mereka boleh mengemukakan cadangan alternatif untuk membaiki sistem, sekali gus menunjukkan mereka mempunyai daya yang diperlukan untuk mentadbir negara.

Malangnya, mereka mengubah perdebatan yang sebegitu penting menjadi ruang sarkas.

Mereka hanya mengambil remeh pekerjaan yang dipertanggungjawabkan sambil hidup mereka dibiayai oleh orang ramai.

Seseorang perlu mengingatkan Ahli Parlimen kita ini tentang peranan mereka.

READ MORE:  A company to manage the resources of Perikatan Nasional-governed states

Pertama, tugas mereka adalah untuk meneliti dasar kerajaan hari ini. Ini bermakna mereka patut bersungguh dalam menganalisis dasar daripada bercita-cita menjadi pelawak.

Kedua, dan paling mudah, tugas Ahli Parlimen pembangkang adalah untuk menghadiri Parlimen dan mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai dasar, perundangan dan isu yang menyentuh rakyat.

Serahkan lelucon kepada ahli komedi profesional. Datanglah ke Dewan dengan soalan-soalan berat dan bermakna untuk mengetengahkan kepentingan awam.

Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang kelihatan lebih berminat mencari hal politik remeh daripada melakukan apa yang sepatutnya diperlukan oleh mereka

Siapakah yang akan mengisi lompong yang ditinggalkan tokoh gergasi seperti mendiang Tan Chee Khoon atau mendiang Karpal Singh, yang aksi hebatnya di Parlimen adalah sebuah legenda? Ada juga seorang lagi tokoh yang kuat, Lim Kit Siang, yang selama bertahun-tahun menggembleng tenaga sebagai tokoh pembangkang.

Ahli Parlimen ini berani bercakap benar kepada mereka yang berkuasa bagi pihak rakyat. Ahli Parlimen pembangkang sekarang perlu banyak belajar daripada mereka.

Ahli Parlimen pembangkang harus sedar bahawa peranan mereka amat penting. Mereka, bersama-sama pelapis kerajaan, perlu mengawal kerajaan hari ini dan berwaspada terhadap penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Tanggungjawab ini harus dirangkul ahli parlimen ini, kerana mereka ditugaskan untuk menjaga kepentingan awam. Mereka mesti mengambil tanggungjawab yang diamanahkan dengan serius. Orang ramai sedang memerhati!

Parlimen bukanlah tempat untuk meneruskan hal kepentingan sepihak, dan ia juga tidak boleh dijadikan sebuah sarkas.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna Ahli Parlimen di pihak kerajaan boleh lepas tangan. Saya akan membincangkan prestasi mereka dalam tulisan lain.

Buat masa ini, pembangkang perlulah ubah sikap.

Chris Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Jun 2023

READ MORE:  The 35% paradox: When equal representation isn't equal

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x