Home Newsletters Jadi, ke mana, Malaysia kita?

Jadi, ke mana, Malaysia kita?

Moga memorandum persefahaman kerajaan-pembangkang menjurus pada reformasi yang diperlukan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Bagi menyambut Hari Malaysia pada 16 September, Aliran menganjurkan sebuah webinar berjudul “State, Society and Economy in Transition: Whither Malaysia?

Tujuan webinar diadakan adalah bagi mentaksir keadaan semasa di Malaysia dan ke mana hala tujunya dalam beberapa tahun lagi. Prema Devaraj, Khoo Ying Hooi, Terence Gomez dan saya selaku panel, yang dimudah cara dengan baik oleh Zikri Rahman – kesemua kami merupakan anggota Aliran.

Webinar ini dimulakan dengan gesaan untuk merenung ke dalam diri: apakah erti menjadi rakyat Malaysia sebenarnya ketika Hari Malaysia ini?

Identiti kebangsaan kita sebagai warga Malaysia seringkali tidak dipedulikan. Namun, seperti yang kita tahu, ianya sebuah identiti yang seringkali bersimpang-siur dan menandingi antara penanda identiti lainnya seperti agama, etnik, gender serta orientasi seksual.

Ambil contoh keputusan mahkamah baru-baru ini yang akhirnya membenarkan kaum ibu berkerakyatan Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asingnya untuk mempunyai hak kewarganegaraan Malaysia kepada anak mereka. Sebelum keputusan yang cukup penting ini, wanita warganegara Malaysia dilihat seperti warga ‘bawahan’ jika dibandingkan dengan lelaki warga Malaysia. Nampaknya, tidak begitu lagi.

Maksud kewarganegaraan serta rasa berkebangsaan seringkali berubah mengikut perubahan dan tuntutan zaman. Perkara ini memerlukan renungan kendiri dari kita semua rakyat Malaysia.

Melihat dengan tajam isu berkaitan identiti kebangsaan ini, kita perlu merungkai pengajaran dari tembok etno-keagamaan yang cukup jelas berlaku di semenanjung Malaysia serta usaha untuk memperbesar autonomi negeri yang dapat kita perhatikan di Sabah dan Sarawak. Mudah kata, seperti apa idea kita untuk menjadi warga Malaysia campur tangan, atau bahkan melanggar hak mereka yang tidak berkongsi idea yang sama?

Misalannya, seperti apa seorang warga Malaysia yang percaya kepada idea bahawa Malaysia sebuah negara Islam, manakala seorang lagi warga Malaysia merasakan negara ini sebagai negara sekular.

READ MORE:  Penubuhan jawatankuasa pelaksana agenda reformasi institusi perlu mengutamakan agenda autonomi parlimen

Samalah dengan, bagaimana dengan seorang warga Malaysia dari Malaysia Timur yang percaya bahawa ia adalah hak Sabah dan Sarawak untuk mengurus soal imigresen warga Malaysia dari semenanjung, yang menampakkannya seperti negara dalam negara. Warga Malaysia yang lain mungkin berpendapat bahawa untuk menjadi warga Malaysia adalah untuk diperuntukkan hak untuk bergerak tanpa disekat serta untuk bermaustatin di mana pun di dalam negara ini.

Ini merupakan beberapa isu yang barangkali mengganggu dalam kita bergelut untuk memahami apa ertinya menjadi warga Malaysia – sebuah maksud yang sepatutnya digagaskan pada nilai kesetaraan, solidariti dan keadilan.

Ekonomi yang didukung negara dapat berfungsi sebagai alat untuk memastikan kesamarataan dapat dicapai masyarakat dengan mengecilkan jurang kelas. Jurang di antara mereka yang ada dan tiada semakin melebar luas ketika pandemik ini akibat dari kadar penggangguran dan penggunaan tenaga kerja tidak penuh yang semakin meningkat. Banyak perusahaan kecil dan sederhana juga dihentikan akibat dari terkesan dengan Covid yang menggugah ekonomi.

Terence Gomez menyokong kuat bahawa kerajaan pusat, melalui pengawalan ratusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, mengatur apa yang ditermakan sebagai ‘ekosistem kerajaan’ bagi memperkukuh ekonomi dan menyediakan rakyat dengan jaringan sosial bagi mereka yang terkesan dengan pandemik.

Malangnya, kerajaan pusat, sejak bermulanya pandemik, mengeksploitasi pula ‘ekosistem’ ini sebagai sumber kuasa naungan bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam mendakap erat kekuasaan.

Sebuah kerajaan yang tidak berkhidmat untuk rakyat dan hanya obses untuk mengekalkan kuasa hanya akan mengembangkan apa yang disebut Khoo Ying Hooi sebagai “defisit kepercayaan” kepada masyarakatnya. Rakyat akan berhenti untuk berharap kepada kerajaan ketika waktu sukar, kerana mereka percaya bahawa ia hanyalah radas untuk memperkaya dan memperkukuh para elit.

READ MORE:  Honouring Malaysia's past, shaping its future - G25

Defisit kepercayaan yang melebar terhadap kerajaan akan mengakibatkan ramai orang untuk tidak lagi berminat dengan politik, yang barangkali mengakibatkan mereka tidak lagi berminat untuk mengundi, jika mereka melihat tidak perbezaan yang kualitatif di antara kerajaan dan pembangkang.

Saatnya kerajaan tidak lagi mewakili rakyat serta menggunakan radas yang menindas bagi memeras pembangkang, masyarakat sivil perlu ke hadapan dan mengatur gerakan bagi memastikan kerajaan telus.

Walaupun di dalam bahaya dan kekangan pandemik, kita melihat riak-riak penentangan terhadap kerajaan menerusi gerakan Hartal Doktor Kontrak serta protes #Lawan di tengah kota Kuala Lumpur. Kita memerlukan tekanan berterusan dari masyarakat sivil kepada kerajaan bagi memastikannya bertanggungjawab terhadap tindakan dan memberi respon kepada keperluan sosial.

Kejayaan baru-baru ini  – langkah untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Selangor serta kejayaan tuntutan nelayan di Pulau Pinang menolak kelulusan penilaian kesan alam sekitar melibatkan projek tambak mega – sekaligus membuktikan bahawa gerakan masyarakat sivil yang berterusan berfungsi. Namun, perjuangan ini cukup panjang dan sukar dan kadang, tidak pula membuahkan hasil.

Jadi, ke mana, Malaysia kita? Sebuah memorandum persefahaman ditandatangani di antara kerajaan dan pembangkang, yang melibatkan reformasi institusi seperti undang-undang melibatkan lompat parti, pilihanraya semula serta had waktu dua penggal bagi PM, nampak menjanjikan di atas kertas. Ia barangkali akan memastikan kerajaan untuk kekal stabil – sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya akan datang.

Namun, adakah memorandum persefahaman ini hanyalah sebuah gabungan mudah, yang nampaknya seperti gencatan senjata, atau petanda wujud sebuah politik bentuk baru? Kerajaan yang goyah dengan majoriti tipis serta tidak dijangka ini barangkali memerlukan kerjasama bipartisan sebagai langkah penstabilan.

READ MORE:  Hari Malaysia ini, mari bangkit untuk memanfaatkan aset terbesar kita – perpaduan dalam kepelbagaian

Apa pun, kita berharap agar semua ini akan menjurus kepada reformasi yang sangat diperlukan dan sekaligus mengecilkan jurang defisit kepercayaan rakyat.

Azmil Tayeb
Editor bersama, Surat berita Aliran
21 September 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x