Home Newsletters Jangan putus harapan: Walau 2021 berlalu suram, yakinlah rakyat kan bangkit

Jangan putus harapan: Walau 2021 berlalu suram, yakinlah rakyat kan bangkit

Kita mesti hidup dengan harapan – kerana kita berada di dalam sisi sejarah yang benar

Cahaya tunggal yang memecah kegelapan malam Disember di Pulau Pinang - ANIL NETTO

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Saatnya kita masuk ke Tahun Baru, keadaan di dalam negara kita kekal tidak stabil, walaupun selepas pertukaran kerajaan untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Jangan pernah kita lupa bagaimana Parlimen digantung cukup lama di bahawa pengisytiharan darurat pada tahun ini. Bersama-sama dengan beberapa NGO lain, Aliran mencabar penggantungan ini dengan memfailkan saman – dan perkara ini sedang dipertimbangkan di mahkamah.

Selepas Parlimen dibenarkan bersidang semula, kerajaan pimpinanMahiaddin Yasin kemudiannya dijatuhkan– sekaligus membenarkan sebuah gabungan politik baru untuk terbina, dan kali ini diketuai oleh Umno menerusi Ismail Sabri Yaakob.

Ya, Umno kembali berkuasa semula, selepas hilang kuasa sekejap. Dan nampaknya tidak banyak yang berubah – permainan politik ini nampaknya seperti bermain kerusi muzik. Kerajaan ini kekal sebagai sebuah kerajaan mono-etnik dan mono-agama, selain daripada parti yang mesra kepada Barisan Nasional daripada Sarawak dan Sabah.

Beberapa perkara nampaknya kekal tidak pernah berubah. Kerajaan ini tidak berusaha pun bagi mengekang sentimen etno-keagamaan, yang kadang kala semakin kuat menyala. Seringkali, kerajaan itu sendirilah yang menyala sentimen sebegitu.

Perhatikan sahaja tentang kontroversi melibatkan Timah dan Sajat. Ia seakan-akan dibenarkan untuk timbul sesuka hatinya bagi mengalih perhatian kita dari isu rasuah yang serius serta isu ketelusan lainnya.

Antara isu kritikal lainnya adalah keluar sebanyak RM1.8 trilion dana haram sejak sedekad lalu. Kini, kita mempunyai kertas Pandora, yang menunjukkan bagaimana sekelompok personaliti elit menyimpan sejumlah duit yang cukup besar di luar negara. Perkara ini sekaligus menimbulkan beberapa persoalan.

Manakala, Rancangan Malaysia Ke-12 pula mengandungi projek dengan nilai RM400bn. Ada beberapa yang percaya bahawa 20% ke 30% nilai perbelanjaan untuk projek seperti itu hilang kerana rasuah serta ‘kebocoran’. Bayangkan jika duit ini digunakan bagi membangunkan sekolah dan hospital kita, serta membina lebih banyak perumahan kos rendah serta memperkasa warga miskin bandar dan masyarakat pedalaman.

Yang merisaukan dalam hal ini adalah apabila tidak ada seorang pun dari kes berprofil tinggi melibatkan rasuah dalam kalangan golongan elit ini yang ke penjara. Malahan, seorang demi seorang, seakan-akan dibiarkan terlepas atau dibenarkan untuk kembali memainkan peranan aktif di dalam politik.

Saatnya tahun 2021 berakhir, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sendiri turut terpalit dengan dakwaan serius melibatkan konflik kepentingan melibatkan pegawai tertingginya.

Belanjawan 2022 menyaksikan peruntukan berasaskan kaum yang seakan meminggirkan komuniti minoriti. Tambah memburukkan keadaan, perbelanjaan turut melebihi pendapatan sebanyak RM98bn. Defisit sebegini barangkali akan ditanggung oleh peminjaman domestik, sekaligus mengakibatkan generasi masa hadapanlah yang bakal menanggung bebannya.

Jumlah kasar hutang dan liabiliti kerajaan sudah pun melangkaui RM1.3 trilion, iaitu 88% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), menurut seorang ahli ekonomi.

Ekonomi kita sendiri dijangka akan dipacu oleh perbelanjaan domestik, namun perbelanjaan ini kebanyakannya didanai oleh hutang: hutang isi rumah yang melangkaui RM1.3 trilion – hampir 90% KDNK.

Apa cara kita memandang akan hal ini sekali pun, kita memang dibebani hutang.

Rakyat turut merana akibat dari ekonomi yang merudum – kehilangan pekerjaan, tempoh bekerja yang panjang, kenaikan kos sara hidup. Namun, kita juga terpaksa menanggung para menteri dengan gaji yang tinggi, ‘duta’ dengan status menteri, ‘penasihat’ serta bos pelbagai jenis syarikat berkaitan kerajaan dengan elaun dan faedah, termasuklah kereta Vellfire baru bagi para menteri.

Kita masih menyaksikan projek yang menghancurkan alam dengan pelepasan gas yang tinggi di seluruh negara, di mana para pembuat dasar masih acuh tidak acuh dengan risiko darurat iklim yang menyelubungi dunia.

Kita masih menyaksikan jurang gender dan kesenjangan, termasuklah melibatkan perwakilan wanita di Parlimen serta dewan undangan negeri.

Seperti melihat bagaimana kugiran yang tetap bermain muzik walaupun kapal Titanic sedang tenggelam, negara ini juga semakin tenggelam lebih dalam ke dalam kekalutan, saatnya pada politikus elit berterusan mengikut tembolok mereka melakukan rasuah secara endemik.

Jurang di antara elit yang memerintah dengan masyarakat akar umbi yang sedang bertarung untuk hidup menjadi semakin jelas.

Saatnya para perasuah membenarkan kontroversi melibatkan etno-keagamaan semakin dinyala-nyalakan bagi menyamarkan tingkah laku mereka, keyakinan terhadap negara ini juga semakin merosot melibatkan para pelabur dan rakyat biasa. Akhirnya, pelabur memilih untuk keluar dan berpaling ke negara jiran.

Pelarian intelektual (brain drain) juga semakin memburuk di mana kebanyakan profesional dan orang muda tidak mempunyai apa apa harapan untuk masa hadapan. Ramai keluarga kelas menengah yang menghantar anak mereka ke luar negara menasihatkan agar mereka tidak pulang.

Di mana salah kita? Apa yang boleh kita lakukan? Melihat kepada keadaan yang semakin teruk, adakah ianya sesuatu yang sia-sia untuk berharap keadaan menjadi lebih baik?

Disinilah peranan Aliran dan kelompok masyarakat sivil lainnya memainkan peranan penting bagi menyalakan semula harapan serta mengerakkan pembaharuan dan reformasi. Masyarakat sivil mempunyai peranan kritikal untuk dimainkan dalam membentuk masa hadapan yang lebih terangkum, demokratik serta mampan.

Kita perlu meneruskan usaha meningkatkan kesedaran dan kepekaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum serta pelbagai agama ataupun tiada.

Sebuah tempoh pengukuhan

Melihat kepada bagaimana kebanyakan masa pada tahun ini berlaku dalam kuncitara, kami di Aliran mengukuhkan sumber kami dengan fokus untuk meramaikan lagi bilangan pembaca kami di masa hadapan.

Kami menaiktaraf laman web kami menjadi lebih ringan dan laju untuk memudahkan proses muat turun. Kami meningkatkan penganjuran web (webhosting) bagi menampung kenaikan trafik secara tiba-tiba tanpa memberi kesan kepada laman web. Kami menjalankan permohonan ahli baru dalam talian bagi memudahkan sesiapa yang berminat menyertai Aliran.

Kami juga mengupah penterjemah bebas, bagi menyediakan terjemahan yang tepat dan cepat. Oleh itu, kami dapat memperbesar kandungan bahasa Melayu dengan pesat dalam tahun 2020, berbanding 2019, dengan menerbitkan lebih banyak artikel serta terjemahan dalam bahasa Melayu dengan lebih signifikan.

Ketika mesyuarat agung 2020, kami turut menyatakan bahawa kami akan meneroka keperluan untuk menggunakan media sosial. Beberapa bulan lalu, kami membentuk pasukan media sosial untuk menyebarkan mesej berinspirasi bagi menyoroti isu hak asasi manusia dan mendorong cita-cita keadilan. Pada tahun 2021 juga, kami menganjurkan webinar Aliran kami sendiri buat pertama kali, dengan menganjurkan lima sesi seumpamanya.

Semua usaha sebegini mempunyai kesan terhadap orang awam. Walaupun terdapat sedikit penurunan kepada trafik laman web, derma dari orang awam meningkat 30% dan membantu memperkecil defisit bulanan kami. Dan selepas berakhirnya tahun kewangan kita pada 30 September, beberapa penderma yang cukup bermurah hati secara ajaibnya membantu dalam membayar defisit kami untuk 2021! Bagi sesiapa yang percaya kepada kami dan mendukung usaha ini, kepada barisan penulis sukarela serta aktivis, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk waktu dan sumber yang disumbang oleh anda semua.

Semua ini akan mengukuhkan kita lagi bagi merespon kepada isu di peringkat nasional sekaligus mempengaruhi agenda menuju ke pilihan raya akan datang, yang pastinya menjanjikan perlawanan cukup sengit.

Kita akan bangkit

Jika kita mahu membina Malaysia yang baru serta adil yang boleh kita banggakan, kita patut bermula dengan mendekati serta terlibat dalam perbualan, lebih-lebih lagi dengan kelompok yang dipinggirkan.

Kita jangan mudah berputus asa. Kita mesti hidup dengan harapan – kerana kita berada di dalam sisi sejarah yang benar, dan pesan-pesan ke arah keadilan, kebebasan dan solidariti begitu didambakan.

Ada orang yang mengetawakan mendiang Desmond Tutu apabila beliau tanya ketika hari-hari gelap apartheid di Afrika Selatan, “Mengapa tidak berada dengan pihak yang menang [iaitu pihak yang sedang berjuang untuk kebebasan] sebelum semuanya terlambat?” Namun di hati mereka semua itu, mereka tahu yang beliau betul. Ia hanyalah persoalan tentang bila.

Kita perlu bersungguh-sungguh menuju Malaysia yang lebih demokratik, terangkum serta masa hadapan yang lebih mampan. Kita jangan pernah putus harapan – kerana harapan kita berada pada semua rakyat Malaysia serta perjuangan kami.

Apabila kerajaan gagal untuk bertindak cepat ketika berlakunya bencana banjir yang dahsyat baru-baru ini, begitu ramai rakyat biasa – orang tempatan, migran dan kumpulan masyarakat sivil – tampil ke hadapan bagi membantu. Mereka bekerja merentas etnik, agama dan kelas bagi menyelamatkan mangsa, menyediakan bantuan kepada semua serta membersihkan rumah yang berlumpur.

Mereka menginspirasikan kita serta menunjukkan dengan sekilas kepada kita semua apa yang memungkinkan bagi sebuah Malaysia yang terangkum dalam meraikan bakat serta sumber bagi kepentingan bersama. Dalam cara mereka sendiri, mereka menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak boleh membiarkan hanya golongan elit pemerintah sahaja yang menguruskan segala-galanya. Kita juga perlu terlibat sama.

Benar, kita jangan memandang rendah kemampuan orang biasa untuk membawa perubahan. Ahli antropologi Margaret Mead pernah berkata, “Jangan pernah ragu-ragu akan bagaimana sekelompok kecil warga yang komited, serta mereka yang berfikirlah yang dapat mengubah dunia; bahkan, itulah perkara yang sering terjadi pun.”

Kita di sini lebih dari sekelompok kecil yang terlibat dalam gerakan bagi reformasi dan keadilan. Dan akhirnya, kita pasti kan menang.

Selamat Tahun Baru!

Anil Netto, 6 Petang, 31 Disember 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x