
Dalam demokrasi, pilihan raya majlis tempatan dianggap sebagai sebahagian daripada proses demokrasi: ia membenarkan orang ramai bersuara mengenai tadbir urus di peringkat tempatan.
Mungkin ramai yang terkejut untuk mengetahui bahawa Malaysia pernah mempunyai pilihan raya majlis tempatan sehingga ia dimansuhkan pada tahun 1965 kerana “konfrontasi” dengan Indonesia. Kerajaan menganggap ia perlu menangguhkan pilihan raya majlis tempatan kononnya bagi menjaga keselamatan negara.
Dengan diluluskan Akta Kerajaan Tempatan 1976, pilihan raya pihak perkuasa tempatan menjadi kenangan lalu yang semakin memudar. Walaupun terdapat gesaan untuk mengembalikan pemilihan majlis tempatan, mereka tidak menerima respons yang bersemangat daripada pihak berkuasa.
Pada tahun 2010 gabungan masyarakat sivil Penang Forum telah mengadakan eksperimen pilihan raya tempatan untuk membolehkan orang ramai mengundi siapa calon NGO untuk kedua-dua majlis (Pulau Pinang dan Seberang Perai) yang sepatutnya.
Kerajaan negeri Pulau Pinang kemudiannya membawa isu bagi menghidupkan semula pilihan raya majlis tempatan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, tetapi ia dihalang oleh Akta Kerajaan Tempatan, yang telah memansuhkan pilihan raya majlis tempatan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jadi, mengapa kita perlu mengembalikan pilihan raya majlis tempatan jika kita telah terbiasa sekian lama tanpanya? Terdapat banyak sebab mengapa pilihan raya majlis tempatan perlu dihidupkan semula, tetapi saya akan menyebut tiga di sini.
Pertama, pilihan raya majlis tempatan membolehkan orang ramai bersuara tentang siapa yang mewakili mereka dalam mengurus dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat mereka. Ringkasnya, pilihan raya sebegini membolehkan orang ramai memilih wakil mereka ke majlis tempatan – wakil yang mereka fikir akan benar-benar menjuarai kepentingan dan nilai mereka – berbanding sistem sekarang, di mana ahli majlis dilantik oleh kerajaan negeri.
Kedua, pilihan raya sedemikian menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Memandangkan ahli majlis tempatan dipilih oleh pengundi, ahli majlis ini perlu bertanggungjawab kepada rakyat dan responsif kepada keperluan masyarakat. Ini akan membantu mengurangkan rasuah dan memastikan dana awam digunakan dengan lebih cekap dan berkesan.
Akhir sekali, seperti yang dinyatakan oleh ahli sains politik Dr Francis Loh, kuasa politik di Malaysia sangat terpusat di peringkat persekutuan. Ini menyebabkan kerajaan persekutuan campur tangan dalam perkara-perkara yang boleh diselesaikan dengan lebih cekap dan cepat jika kuasa diturunkan kepada kerajaan peringkat bawahan. Perkara-perkara biasa seperti longkang tersumbat atau jalan berlubang, yang menjejaskan masyarakat setempat, sebaiknya diselesaikan secara tempatan.
Mengembalikan pilihan raya majlis tempatan di Malaysia adalah satu langkah yang perlu ke arah meningkatkan tadbir urus tempatan dan memperkasakan rakyat.
Pilihan raya tempatan akan memperluas demokrasi, meningkatkan penyertaan orang ramai dalam membuat keputusan, menghidupkan semula parti politik dan masyarakat sivil serta membantu menyelesaikan isu tempatan dengan lebih berkesan
Kerajaan harus mengambil langkah proaktif untuk memastikan pilihan raya majlis tempatan diadakan secara berkala dan bebas, adil dan telus.
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca Muslim kami dan anda semua cuti yang membahagiakan.
Chris Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
20 April 2023
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme