Home Newsletters Kerajaan perlu mendengar rakyat sebelum defisit kepercayaan meningkat

Kerajaan perlu mendengar rakyat sebelum defisit kepercayaan meningkat

Apa yang akan ditawar oleh kerajaan Ismail Sabri kepada kita dan bagaimana kabinetnya akan menguruskan krisis melibatkan nyawa dan kehidupan?

62 views

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Kabinet baru Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak memberi sebarang kejutan. Barisan 31 orang kabinet menteri serta 38 timbalan menterinya secara langsung merupakan sambungan kepada kerajaan pimpinan Mahiaddin Yasin yang terdahulu.

Segala yang berlaku lebih kepada rombakan kabinet berbanding sebuah kerajaan baru: terlalu sedikit yang berubah, hanya pertukaran portfolio, dengan kebanyakan anggota kabinet dikekalkan.

Sentimen ini ditonjolkan dalam dan luar talian, dengan komen seperti “kitar semula” paling banyak digunakan dengan tanda pagar lainnya seperti #KerajaanGagal2.

Ramai yang enggan untuk mempunyai harapan tinggi bahawa PM ini berbeza. Namun, ada juga yang menjangkakan yang beliau akan berusaha untuk berubah, apatah lagi ketidakstabilan politik yang ditempuhi sejak tempoh dua tahun lalu. Selepas beberapa pusingan krisis politik yang berlaku, Ismail Sabri mempunyai peluang keemasan untuk reformasi dan barangkali memperkenal lebih ramai wajah baru ke kabinetnya.

Malangnya, beliau tidak menggunakannya. Ianya sebuah peluang tercicir bagi membuat reformasi bermakna dengan memasukkan individu dari kalangan profesional, berkemahiran, berkelayakan dan efektif ke dalam kabinetnya. Kita sedar bahawa terdapat jurang kepercayaan yang luas di antara rakyat biasa dan ahli politik, di kelompok melibatkan kerajaan dan pembangkang. Rakyat mungkin merasa lebih positif dan berharap bahawa Ismail Sabri agar lebih berani untuk membawa perubahan, dari hanya mengekalkan muka sama.

Mempunyai muka sama di dalam kabinet bukanlah isu utama. Pun, rekod buruk mereka sewaktu di dalam kabinet lamalah yang menggusarkan. Beberapa menteri sebelumnya jelas tidak mampu menjalankan tugas yang diperuntukkan mereka untuk menguruskan kementerian.

Defisit kepercayaan di antara warga Malaysia dan ahli politik semakin meningkat. Ahli politik membuat kesilapan besar dan akan menanggung balasannya jika tidak mempedulikannya.

READ MORE:  Vote of confidence; Mahiaddin's appointment

Covid mengajar kita banyak perkara. Kepercayaan awam merupakan asas wajib bagi menggerakkan ekonomi dan bagi mencapai kemajuan sosioekonomi. Ketika pandemik, kerajaan haru memastikan orang awam mempunyai kurang keraguan akan kemampuan serta keikhlasan dalam menjalankan langkah pembendungan yang efektif.

Kabinet baru ini perlu memperakui serta merespon kepada mesej yang dihantar orang ramai, misalnya, gerakan #Lawan baru-baru ini. Gerakan ini tidak semberono muncul tiba-tiba. Malahan, ia muncul disebabkan beberapa faktor yang terkumpul dari semasa ke semasa: kegagalan struktural serta mobilisasi sumber yang lemah menghakis kemampuan untuk menanggapi keperluan sosial dan sekaligus mengapikan kemarahan sebenar. Kelemahan ini, jika tidak ditangani, akan mengakibatkan persengkataan politik. Politik sebegini akan merefleksi ketidakpuashatian orang ramai kepada kerajaan dan sekaligus merespon terus kepadanya. 

#KitaJagaKita, kempen bendera putih, serta hartal doktor kontrak semuanya kempen penting bagi menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan untuk melakukan segalanya dengan lebih baik lagi.

Benar, titik percanggahan yang signifikan wujud di antara kerajaan dan pembangkang. Namun, kita juga boleh bersetuju akan satu faktor bersama: ahli politik tidak kisah akan desakan dari nurani rakyat biasa.

Mendengar mereka yang bercanggah memang bukan tugas mudah, sebahagiannya kerana budaya politik kita yang menjadi toksik, mengakibatkan debat yang membina hampir tidak wujud. Perkara ini perlu berubah.

Pemimpin kerajaan perlu berhenti melayan rakyat seperti mereka hanyalah batu loncatan kepada pangkat dan kuasa mereka. Kerajaan  yang ikhlas akan mendukung rakyat, apatah lagi yang miskin dan rentan.

Dukungan sebegitu ketika waktu mencabar ini penting dan sangat diperlukan. Memberi duit membantu, namun ia bukanlah solusi jangka masa panjang. Budaya memberi subsidi kecil-kecilan tidak mampan dan tidak membantu dalam jangka masa panjang. Kita perlu tahu bahawa, bagi sesetengah mereka, Covid bukan sahaja krisis kesihatan tapi juga krisis ekonomi.

READ MORE:  Cabinet - reset of governance?

Apa yang akan ditawar oleh kerajaan Ismail Sabri kepada kita dan bagaimana kabinetnya akan menguruskan krisis melibatkan nyawa dan kehidupan?  Ini persoalan penting yang kabinet baru perlu jawab sebelum defisit kepercayan semakin meluas.

Khoo Ying Hooi
Editor bersama, surat berita Aliran
29 Ogos 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x