
Wakil rakyat diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menumpukan keperluan asas para pengundi, ujar Henry Loh.
Beberapa hari yang lalu, hujan lebat membuat saya mencari perlindungan di bawah veranda kedai sepanjang jalan di Pulau Pinang. Di sebelah saya pula, seorang warga tua berpakaian baju hujan dan seluar yang tergulung.
Saya kemudiannya memulakan perbualan dengan lelaki tersebut.
Beliau mengatakan bahawa dia sedang menunggu untuk mendapatkan anak perempuannya yang bekerja sebagai seorang pembersih di sebuah sekolah yang terletak di seberang jalan.
Adakah beliau sendiri masih bekerja?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tidak, beliau sudah pun bersara sebagai pekerja am di majlis bandaraya.
“Baguslah tu,” saya berkata. “Sekurang-kurangnya anda dapat pencen”.
“Susahlah.” Daripada pencen yang berjumlah RM1,100 itu, RM450 digunakan untuk membayar sebuah flat kos rendah, di mana beliau tinggal bersama keluarganya. Beliau lalu berpaling dan memandang ke arah titisan hujan yang mencurah-mencurah ke atas jalan.
“Syukurlah, anak perempuan anda masih bekerja.” Saya tidak tahu apa lagi yang harus diperkatakan.
“Ya, dia juga hanya mendapat (gaji minimum) RM1,100.”
Tidak lama kemudian, hujan pun mulai reda perlahan-lahan. Anak perempuan beliau mulai muncul dari sekolah, dan kami mengucapkan selamat tinggal lalu berpisah. Ketika bapa dan anaknya beredar dari situ, saya cuba bayangkan tentang jutaan rakyat Malaysia yang bertungkus lumus untuk menyara hidup dan bertahan hidup seperti mereka berdua.
Kita harus sedar bahawa keluarga yang berada pada bawah 40% isi rumah, merupakan warga yang mempunyai pengalaman hidup yang nyata, keperluan asas dan harapan tulen untuk masa depan yang lebih baik.
Mererka tidak harus dianggap hanya sebagai statistik semata-mata (B40, M40, T20) supaya kita dengan mudah boleh membezakan mereka daripada 40% pertengahan dan bahagian atas 20%.
Laporan tahunan 2017 Bank Negara Malaysia meletakkan gaji median pada RM1,703 pada tahun 2016. Laporan yang sama menunjukkan bahawa di Kuala Lumpur sebuah keluarga dengan dua orang anak memerlukan pendapatan bulanan sebanyak RM6,500 untuk hidup “bebas daripada tekanan kewangan”. Dengan inflasi, kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi hari ini.
Jelas sekali, lelaki yang saya temu di veranda dan keluarganya sedang menghadapi masa yang sukar untuk mencari nafkah hidup. Dia tidak bersendirian. Ramai orang lain juga menghadapi masalah kewangan.
Ahli-ahli politik yang dipilih oleh rakyat perlu peka terhadap kesejahteraan golongan miskin dan terpinggir. Mereka sepatutnya menumpukan perhatian, tenaga dan usaha mereka kepada kebajikan warga-warga yang bertungkus lumus untuk hidup. Sebagai wakil rakyat, mereka harus mempunyai sifat tanggungawb untuk memberi tumpuan kepada keperluan asas para pengundi.
Malangnya, sepertimana yang dihujahkan Anil Netto, ramai ahli politik gagal dalam melihat penderitaan sunyi rakyat. Persepsi yang menonjol ialah mereka yang berkuasa lebih memihak kepada “Big Business” (Perniagaan Besar). Mereka seolah-olah menggalakkan projek-projek mega dan bukannya lebih banyak berusaha untuk menyelesai masalah ekonomi kumpulan bawahan 40%.
Kerajaan perlu memperbaiki sistem penjagaan kesihatan awam, menyediakan rumah mampu milik di bawah RM200,000, menaik taraf pengangkutan awam dan merombak sistem pendidikan negara. Ia mesti mengkaji semula dan meningkatkan gaji minimum semasa. Ia perlu berani melaksanakan cukai progresif di samping memastikan bahawa perniagaan mempunyai insentif yang cukup untuk terus beroperasi di Malaysia.
Tapi terlalu kerap kita melihat ahli-ahli politik sibuk berpolitik dan bukannya menjalankan tugas mereka untuk rakyat. Sebagai contoh, perebutan antara kelompok Azmin Ali dan Anwar Ibrahim dari PKR berlaku hampir setiap hari. Ahli-ahli PKR yang memihak kepada Azmin dipecat, dan pada mulanya beliau sendiri “tidak diundang” merasmikan Kongres Pemuda PKR. Azmin, bagi pihaknya, berpendapat Dr Mahathir Mohamad perlu berkhidmat penggal penuh sebagai Perdana Menteri. Ini adalah contoh perbalahan dalaman yang halus dan tidak begitu halus dalam kalangan pemimpin utama parti.
Ahli-ahli politik yang berkuasa harus sedar bahawa rakyat tidak berminat dalam politik dalam parti, tetapi inginkan ahli-ahli politik lebih menumpukan kerja kepada kepentingan rakyat.
Jadi tidaklah menghairankan pembentukan Malaysian Action for Justice and Unity Foundation (Maju) telah menarik perhatian. Diterajui oleh individu-individu seperti Siti Kasim, Tajuddin Rasdi, Lim Teck Ghee dan Patrick Teoh, kumpulan ini telah pun mendapat sokongan padu daripada rakyat Malaysia dari kelas menengah yang progresif dan cintakan kebebasan. Di sebuah siri jelajah Maju awal, hampir 2,000 orang telah memenuhi Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall untuk forum yang bertajuk,”The Battle is Not Over after May 9th – Be Empowered to Save Malaysia” (Pertarungan tidak berakhir setelah 9 Mei – Berdaya usaha untuk menyelamatkan Malaysia).
Tema forum itu sendiri dan orang ramai yang hadir menunjukkan rakyat Malaysia ingin membantu negara menjadi lebih inklusif dan mencabar naratif etnik-agama dominan yang memecah-belahkan dan berkemungkinan mengganggu.
Pada mesyuarat agung tahunan Aliran baru-baru ini, bekas presiden Prema Devaraj memberi peringatan kepada ahli untuk menggalakkan perpaduan dan sikap inkusif dalam Malaysia Baru.
Rakyat Malaysia yang mengundi untuk perubahan pada pilihan raya umum 2018 meletakkan kepercayaan dan keyakinan mereka kepada Pakatan Harapan untuk melakukan sesuatu yang betul. Mereka ingin pembaharuan dijalankan seperti yang dijanjikan dalam manifestonya. Malangnya, ramai yang kecewa kerana ahli-ahli politik memberi tumpuan lebih pada isu-isu perkauman dan agama yang memecahbelahkan masyarakat kita yang berbilang kaum.
Kerajaan harus mengambil iktibar daripada pemerhatian seorang pelajar politik sains di Leiden University di Belanda yang bernama Daniele Speziale, yang baru saja menamatkan penyelidikan latihan selama dua bulan. Daniele menemuramah ahli politik, aktivis, guru-guru dan lain-lain setahun selepas keghairahan 9 Mei 2018. Penemuan beliau begitu menonjol dan harus berperanan sebagai peringatan kepada pihak pemerintah untuk melakukan sesuatu dengan segera untuk mengelakkan nasib menjadi kerajaan satu penggal.
Sepertimana tajuk artikel Daniele mencadangkan, kerajaan “Malaysia Baru” menghadapi tempoh masa yang mencabar. Beliau meringkaskan penemuannya secara begini: “Ia mungkin ‘Malaysia Baru’, tetapi pola lama masih berterusan dengan kumpulan minoriti sentiasa berwaspada agar tidak didominasi orang Melayu. Orang Melayu, sebaliknya, sentiasa takut bahawa keistimewaan, hak-hak dan kedudukan mereka akan ditarik balik.”
Beliau memerhatikan bahawa semangat yang begitu jelas selepas 9 Mei 2018 telah diambil alih oleh sikap tidak berminat dan kekecewaan.
Pakatan Harapan harus memberanikan diri untuk memisahkan diri daripada naratif etno-agama. Ia mesti mengemukakan ideologi yang lebih inkusif. Ia memerlukan keberanian untuk melakarkan dasar-dasar yang menangani keperluan sosioekonomi golongan miskin dan terpinggir.
Pengundi-pengundi di Tanjung Piai – kedua-dua orang Melayu dan bukan Melayu – telah memberi kerajaan PH satu peringatan. Apakah kerajaan bersedia untuk menjana polisi berdasarkan keperluan untuk memastikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, akan mendapatkan bantuan yang mereka perlukan?
Bagaimana pula dengan pembaharuan undang-undang yang dijanjikan? Adakah begitu sukar untuk mengenal pasti undang-undang tidak baik seperti Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) dan Akta Pencegahan Keganasan, semuanya yang membenarkan penahanan tanpa tuduhan?
Mengapa tidak mansuhkan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan? Berhenti memberi alasan bahawa kita perlu memastikan kesalahan-kesalahan terhadap institusi diraja, bangsa dan agama dapat ditangani. Mengapa eksekutif tidak boleh menjadi proaktif dan menunjukkan bagaimana undang-undang lain yang sedia ada boleh menangani kesalahan-kesalahan ini, dan kemudian terus memansuhkan akta tersebut?
Sementara itu, ahli-ahli politik, khususnya ahli-ahli Parlimen, perlu belajar untuk memberi hormat dan kesopanan kepada badan perundangan. Tahap perbahasan yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen dari kedua-kedua pihak tidak memuaskan. Ahli Parlimen mengeluarkan bahasa kesat serta menghina antara satu sama lain seolah-olah menjadi norma dan bukan sebaliknya. Bagaimana ini boleh terjadi?
Speaker dan timbalan speaker harus bersikap tegas. Mereka perlu menggunakan kuasa mereka untuk memastikan ahli-ahli parlimen yang berkelakuan tidak senonoh, mematuhi segala peraturan.
Majoriti besar ahli Parlimen ponteng sesi parlimen dan hal ini tidak boleh diterima. Apabila perbahasan dan prosiding parlimen terpaksa digantung disebabkan kekurangan korum, ini mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan “tidak apa” ahli-ahli Parlimen.
Sebagai ahli masyarakat sivil dan rakyat cintakan keamanan yang menyokong Malaysia bersatu dan inklusif, kami menyeru kepada pihak berkuasa agar tidak lupa bahawa rakyat senantiasa memerhati.
Salam sejahtera.
Henry LohPenyunting bersama, Aliran newsletter
4 Disember 2019
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme