Home Newsletters ‘Malaysia Madani’- sebuah impian, wawasan atau kemungkinan?

‘Malaysia Madani’- sebuah impian, wawasan atau kemungkinan?

Anwar perlu menunaikan janji dan menyediakan kepimpinan yang memberi inspirasi kepada rakyat jika beliau ingin meninggalkan tanda dalam melakukan perubahan

ANWAR IBRAHIM OFFICIAL/FACEBOOK

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Setiap perdana menteri Malaysia sejak pelancaran Rukun Negara yang berlatarbelakangkan Dasar Ekonomi Baru pada 1970-an telah mengeluarkan gagasan wawasannya sendiri.

Apa kesannya adalah ia telah merendahkan nilai Rukun Negara itu sendiri.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tampil dengan slogannya sendiri iaitu “Bersih, Cekap, Amanah” untuk kerajaan pimpinannya, hanya untuk jatuh tersungkur apabila berhadapan dengan banyak skandal yang menggegarkan tempoh pertamanya sebagai PM.

Ini diikuti pula Wawasan 2020 oleh beliau. Dirangka dengan baik oleh badan pemikir, pelan tindakan itu kemudian diutarakan oleh Mahathir. Tingkah lakunya selepas itu mendedahkan betapa beliau sedikit pun tidak mempercayai matlamat utamanya dan betapa sedikit sahaja dalam membenarkan ia untuk membentuk agenda nasional. Jadi, sekali lagi, gagasan dan matlamat wawasan ini hanya kekal sekadar niat baik yang hampir tidak kelihatan!

Pengganti Mahathir, Abdullah Badawi, pula tampil dengan slogan “Islam Hadhari”, yang tidak digemari oleh Mahathir sendiri.

Kemudian ada pula 1Malaysia, yang digariskan oleh pengganti Abdullah, Najib Razak. Ini diikuti oleh visi “Kemakmuran Bersama” [di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang lalu] dan kemudiannya “Keluarga Malaysia” oleh Ismail Sabri Yaakob.

Semua ini merupakan gagasan wawasan yang dibuat oleh pemimpin yang kurang menunjukkan komitmen terhadap idea yang mereka dukung. Kita kini mempunyai siri gagasan terbaharu yang telah diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia.

“Malaysia Madani” oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan wawasannya untuk mewujudkan masyarakat yang bertamadun, berkemahiran dan terangkum, menekankan enam nilai teras – kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, kepercayaan dan belas kasihan.

Tugas ini cukup mencabar, kerana ia bukan sahaja tertumpu kepada proses penyelesaian masalah tetapi juga mewujudkan masa depan yang aman dan makmur bertujuan memenuhi potensi rakyat.

READ MORE:  Decoding 'madani': Beyond a slogan, a blueprint for harmony

Setelah menggagaskan cita-cita ini, Anwar akan dinilai dari segi cara beliau mempraktikkan idea-idea ini – atau adakah beliau, seperti pendahulunya, akan hanya menjadi sekadar jurucakap untuk cita-cita yang hebat ini?

Anwar berhasrat untuk mengukuhkan ekonomi dan kewangan, perundangan, institusi, pendidikan, pembinaan masyarakat serta budaya bandar dan pedalaman. Bidang-bidang ini menjadi tumpuan terasnya.

Perbezaan ketara ialah Anwar membawa kepercayaan dan komitmennya sendiri kepada impian ini.

Sepanjang 100 hari yang lalu, kita telah melihat beberapa tindakan dan inisiatif yang merangkumi hal ini. Sebagai seorang ahli politik yang pragmatik, Anwar menyedari akan wujud masanya di mana beliau perlu menyesuaikan diri – untuk mengimbangi matlamat ini dengan naluri survival”kerajaan perpaduan” beliau.

Jika fokus wawasannya dapat membawa perubahan dalam kehidupan rakyat biasa, maka pasti ramai yang akan menyedari Malaysia Madani bukanlah sekadar omong kosong. Dalam hal ini, kerajaan Anwar mesti membendung kos sara hidup yang melambung tinggi, memastikan usaha memerangi rasuah dengan meluas menyasarkan mereka yang berpangkat tinggi, dan meningkatkan integriti serta kedudukan global negara.

Nada dari pimpinan mestilah jelas, tuntas dan konsisten. Malaysia Madani mesti membentuk agenda, dan rakyat mesti dapat ‘merasakan’ teras utamanya seperti rasa hormat, kepercayaan dan belas kasihan yang dirangkum di dalamnya.

Wawasan ini mestilah berupaya mengangkat negara melebihi identiti etnik dan mengukuhkan penciptaan masyarakat yang bersatu padu.

Mungkinkah pengalaman peribadi Anwar sendiri dapat menjadi satu aspek yang menjadikannya berbeza daripada pendahulunya? Beliau meniti laluan yang sempit dan kita hanya boleh mengucapkan selamat maju jaya kepadanya dengan menyokong usahanya, sambil mempunyai belas ihsan terhadap sebab dan akibatnya, dengan syarat ia tidak mencantas akar demokrasi dan institusi kita.

READ MORE:  From slogans to action: 'Malaysia Madani' must move from 'tolerance' to understanding

Sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia memerlukan dunia. Untuk dunia mendekati kita, kita perlu mempunyai pemikiran progresif yang menghormati dan menghargai kepelbagaian. Kita mesti menjadi sebuah negara yang bersedia untuk menerima pelaburan dan pekerjaan.

Bagi mencapai matlamat ini, kita perlu menyemak semula keutamaan pendidikan kita, meningkatkan perkhidmatan awam kita dan menambahbaik keberkesanan dalam penyampaian wawasan kita. “Kerajaan perpaduan” yang stabil dengan keutamaan reformasi yang jelas akan menyumbang secara positif kepada usaha ini.

Anwar perlu bertindak dan memberikan kepimpinan yang memberi inspirasi kepada kerajaan dan rakyatnya jika beliau mahu meninggalkan kesan yang membawa perubahan.

K Haridas
Editor bersama, surat berita Aliran
11 Mac 2023

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
K Haridas
K Haridas, an Aliran executive committee member, is the current honorary secretary of the Business Ethics Institute of Malaysia, chairperson of the Association For The Promotion Of Higher Education In Malaysia and chairperson of the Malaysian chapter of Initiatives of Change International.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x