Walaupun wujud keyakinan, sesetengah daripada kita tetap ragu-ragu tentang manfaat teknologi baharu dan potensinya untuk mengubah masyarakat.
Sesungguhnya, mereka yang skeptik tidak melihat kecerdasan buatan (AI) sebagai tongkat ajaib yang boleh mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dengan mudah.
Sebagai salah seorang yang meragui hal ini, dan berisiko dikritik sebagai seorang Luddite, saya mengambil pendekatan yang berhati-hati dan waspada terhadap AI.
Kita perlu terlebih dahulu mengkaji teknologi dalam struktur kuasa dan ketidaksamaan yang wujud di dalam serta di antara masyarakat.
Saya tidak akan memohon maaf kerana mengambil pendekatan sebegini. Utopia yang dibayangkan oleh pencipta dan pemasar teknologi adalah jauh daripada realiti kebanyakan orang dan tidak akan direalisasikan untuk masa yang lama.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ia pastinya tidak akan wujud jika kita tidak mengkaji secara kritis masyarakat kontemporari, termasuk Malaysia, dan mengatasi ketidaksamaan yang telah diwujudkan dan dikekalkan oleh mereka yang berkuasa – terutamanya oleh negara, syarikat transnasional dan “gergasi rangkaian kompleks industri-tentera”.
Setiap kali terdapat perkembangan dan perubahan teknologi, kita mendengar golongan futuris dan optimis, seperti Alvin Toffler sejak beberapa dekad yang lalu, melontarkan puji-pujian tentang faedahnya bagi semua orang.
Malah sebelum itu, penyelidik komunikasi Amerika yang berpengaruh Wilbur Schramm, Daniel Lerner dan Everett Rogers, selepas Perang Dunia Kedua dan semasa Perang Dingin, menulis dengan bersungguh-sungguh tentang kelebihan radio dan televisyen-teknologi baru ketika itu – dalam pembangunan masyarakat “dunia ketiga”. Teknologi itu dilihat sebagai revolusioner, mampu mengubah masyarakat ini, kebanyakannya bekas jajahan British, Perancis, Sepanyol dan Belanda yang baru merdeka.
Seorang sarjana infoteknologi, Ithiel de Sola Pool di MIT, malah menghasilkan sebuah buku yang dipanggil Technologies of Freedom (1983).
Masyarakat yang homogen?
Masalah utama dengan pandangan optimis sebegini ialah mereka menganggap wujudnya keseragaman dalam banyak masyarakat yang sebenarnya tidak ada.
Kajian Unicef pada Mei mendapati kemiskinan berterusan dalam isi rumah berpendapatan rendah Kuala Lumpur selepas Covid, dengan separuh daripada kanak-kanak itu makan kurang daripada tiga kali sehari.
Akses kumpulan terpinggir ini kepada mana-mana teknologi yang berkembang atau baru, termasuk AI, adalah tidak sama.
Akses selalunya tidak wujud di banyak tempat di seluruh dunia. Angka di peringkat global menunjukkan bahawa 712 juta orang (hampir 9%) daripada penduduk dunia hidup dengan kurang daripada $2.15 sehari. Sekitar satu perempat daripada penduduk dunia, atau 1.9 bilion orang, hidup dalam keadaan yang sukar dan melarat.
Angka-angka ini mengingatkan kita tentang ketidaksamaan yang berterusan wujud seiring dengan perkembangan dan keterujaan terhadap AI.
Ini tidak bermakna kita harus menolak AI sebagai satu lagi trend dan mengabaikannya sama sekali. Ketidaksamaan sosial harus mendorong kita untuk melangkaui kecanggihan dan kelebihan teknikal yang AI boleh berikan kepada kita sebagai wartawan dan ahli akademik. Kita perlu melampaui perkara ini bagi menangani kebimbangan yang lebih meluas.
Cadangan, perundangan dan piagam
Beberapa inisiatif sedang dibangunkan untuk mewujudkan garis panduan etika untuk AI.
Garis panduan draf Unesco 2021 “Etika Kepintaran Buatan” mengiktiraf “sistem AI yang berpotensi membugar berat sebelah, menyumbang kepada kemerosotan iklim, mengancam hak asasi manusia dan banyak lagi”. Risiko sebegitu yang dikaitkan dengan AI “sudah mula digunakan di atas ketidaksamaan yang sedia ada wujud, sekali gus mengakibatkan kemudaratan seterusnya kepada kumpulan yang sudah terpinggir.”
Garis panduan Unesco, tidak menghairankan, sering mengandungi empat nilai teras utama – menghormati hak dan maruah manusia, memastikan kepelbagaian dan keterangkuman, mempunyai masyarakat yang aman dan saling berkaitan, dan memastikan persekitaran dan ekosistem yang berkembang maju. Semuanya sangat berperikemanusiaan dan progresif, seperti cadangan Unesco pada lazimnya.
Tidak ketinggalan, EU juga mewujudkan, seawal Mei lalu Akta AInya sendiri – berikutan kelulusan akhir daripada beberapa negara anggota EU. Berpandukan akta ini, “Satu set peraturan yang lengkap – termasuk peraturan yang mengawal chatbots – akan berkuat kuasa menjelang pertengahan 2026, menurut Parlimen Eropah, yang menyatakan setiap negara EU akan menubuhkan agensi pemerhati AInya sendiri”.
Secara bebas, pada 10 November 2023, RSF dan 16 organisasi lainnya terutama kumpulan masyarakat sivil yang mempertahankan kewartawanan dan media telah menghasilkan Piagam Paris mengenai AI dan Kewartawanan. Ringkasnya, piagam itu “mentakrifkan etika dan prinsip di mana wartawan, bilik berita dan saluran media di seluruh dunia akan dapat menyesuaikan dan menerapkan dalam kerja mereka bersesuaian dengan kecerdasan buatan. Ia diwujudkan oleh sebuah suruhanjaya yang dimulakan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dan dipengerusikan oleh wartawan dan penerima Hadiah Nobel Keamanan Maria Ressa”.
Semua inisiatif ini – daripada piawaian global Unesco yang terperinci dan dikembangkan mengenai etika AI sehinggalah undang-undang EU yang dicadangkan mengenai AI, kepada Piagam Paris yang terbaharu – mencadangkan dengan tegas bahawa rangka kerja dan perlindungan telah tersedia untuk digunakan secara global.
Seperti yang ditegaskan oleh dokumen Unesco, cadangannya sangat terpakai kerana “Bidang Tindakan Dasarnya yang luas, yang membolehkan penggubal dasar untuk menterjemah nilai teras dan prinsip ke dalam tindakan berkenaan dengan tadbir urus data, persekitaran dan ekosistem, jantina, pendidikan dan penyelidikan, dan kesihatan serta kesejahteraan sosial, antara banyak bidang lainnya”.
Tekad dan kepimpinan politik
Mempunyai niat baik, cadangan dasar, undang-undang, malah piagam, tampak hebat di atas kertas. Ia menjadikan segala-galanya kelihatan begitu kemas, dengan semua hal kelihatan teratur, seperti kepingan teka-teki jigsaw.
Wartawan dan ahli akademik yang skeptik pasti akan memberitahu kita bahawa walaupun mereka optimis, perjalanannya itu tidak mungkin selancar yang dibayangkan. Pelaksanaan garis panduan, penguatkuasaan undang-undang dan penghormatan piagam pastinya penuh dengan kesukaran.
Di Malaysia, kepimpinan politik, kehendak politik dan keutamaan politik akan memainkan peranan penting yang boleh menjejaskan pelaksanaan dan penguatkuasaan.
Howard Zinn memang tepat apabila dia menulis “Anda tidak boleh bersikap berkecuali dalam sebuah kereta api yang bergerak”. Di negara seperti Malaysia yang tidak mempunyai tadbir urus yang baik dan bergelumang dengan rasuah dalam persekitaran yang tidak beretika, ia pasti tidak mudah untuk kekal beretika dalam dunia yang sebahagian besarnya tidak beretika.
This does not mean it cannot be done and that we, especially journalists and academics, should not make an effort to develop an ethical environment and ethical practices. We should, but we need to go in with our eyes wide open. We must be ready to face a fight – or even many fights.
Itu tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan dan kita, terutamanya wartawan dan ahli akademik, seharusnya terus berusaha untuk membangunkan persekitaran beretika dan amalan beretika. Kita sepatutnya, perlu masuk untuk membincangkannya dengan mata terbuka luas. Kita mesti bersedia untuk bertarung – atau bahkan melakukan pertarungan berkali kali.
Sesungguhnya, kita perlu sedar bahawa persekitaran neoliberal yang wujud, sistem politik yang memajukan perpecahan dan perselisihan, serta hubungan wartawan dan ahli akademik yang seringkali tenang dan bersikap “tidak apa-apa” akan menjadikan usaha dan cabaran yang kita hadapi menjadi lebih sukar.
Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
30 September 2024
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme