Home Newsletters Mengapa ‘political reset’ untuk ahli politik yang rasuah akan menjadi preseden berbahaya...

Mengapa ‘political reset’ untuk ahli politik yang rasuah akan menjadi preseden berbahaya bagi Malaysia

Patutkah golongan elit politik diberi peluang kedua yang tidak pernah diterima oleh rakyat biasa?

Wipe out corruption in Malaysia - BENEDICT LOPEZ/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Saya rasa kebanyakan orang di Malaysia boleh bersetuju bahawa tahun ini cukup memeritkan, melihat apa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Lihatlah betapa banyak nyawa yang tidak berdosa melayang di Gaza dek rejim Israel yang celaka.

Bayangkan juga, serangan baru yang cukup menjengkelkan, terdesak dan tamak oleh Amerika dipimpin Donald Trump, terhadap kedaulatan dan hak, antara lain, rakyat Venezuela.

Ini hanyalah dua contoh nyata keperitan, kekejaman dan penderitaan di peringkat antarabangsa. Dan seluruh dunia ternyata menjadi lumpuh dan tidak berdaya, tidak mampu untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan serangan terhadap kedaulatan dan kebebasan oleh fasis moden ini.

Di tanah kita sendiri, terjadi kes kematian dalam tahanan polis, kritikan terhadap komuniti minoriti, dan penemuan serta penyelamatan, yang sudah terlambat, melibatkan beratus-ratus kanak-kanak yang didera oleh orang dewasa pseudo-agama yang dahsyat, di mana tertuduh telah dibebaskan daripada tahanan selepas diberi hukuman yang cukup ringan.

Pada masa yang sama, kita mempunyai polis moral yang bertindak sewenang-wenangnya, lebih kisah tentang pakaian orang biasa daripada jenayah yang lebih luas, malah lebih serius, yang berlaku di depan mata kita.

Masih ingat mangsa kemalangan yang dihalang membuat laporan polis semata-mata kerana tidak memakai pakaian yang ‘sesuai’? Ini perlu menjadi contoh untuk menggambarkan bagaimana kebodohan beberapa sosok penzalim ‘cilik’ dalam kedudukan yang berkuasa yang nampaknya telah mengambil alih kehidupan kita.

Namun, tulisan ini bukanlah bermaksud untuk hanya menjadi sorotan kemerosotan yang berlaku di tahun 2025.

Ia sebenarnya adalah ulasan ringkas mengenai rayuan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk dibebaskan dari Penjara Kajang dan diletakkan di bawah tahanan rumah.

READ MORE:  Anti-corruption: Is 'Madani' on the right track?

Berikutan hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke baru-baru ini yang cukup tenang, berfokus dan jelas dalam keputusannya yang betul untuk menolak tawaran Najib untuk berada di ‘rumahnya sewaktu Krismas’ (home for Christmas), ramai telah bertindak balas. Ada yang bergembira. Ada yang sedih. Ada yang marah. Yang, saya rasa, setimpallah dengan kes besar yang dilakukan Najib melibatkan dana awam yang dicurinya.

Malah, dia telah dijatuhkan hukuman tiga tahun lalu dan dihantar ke penjara selepas rayuan dibuat sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Empat belas orang hakim mendengar kesnya di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan serta semakan keputusan mahkamah tertinggi. Secara keseluruhan, 13 orang hakim membuat keputusan terhadapnya dengan hanya satu penghakiman yang berbeza.

Jangan lupa bahawa hukuman asalnya adalah selama 12 tahun, yang telah dikurangkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kepada enam tahun, dan denda RM210j yang dikenakan ke atasnya juga telah dikurangkan secara tidak telus kepada RM50j. Pengurangan ini berlaku pada Februari 2024, kurang daripada dua tahun selepas dia disabitkan pada Ogos 2022.

Jadi, banyak peristiwa berlaku cukup pantas dalam usaha untuk mengelakkan Najib daripada menjalani hukuman penjara secara penuh dan sebaliknya, untuk meletakkan dia di bawah tahanan rumah.

Di tengah-tengah kekeliruan yang dicipta oleh rakan politik, pasukan peguam dan penyokongnya, fakta mudahnya ialah Perlembagaan Malaysia tidak mempunyai peruntukan untuk sebarang bentuk ‘tahanan rumah’. Ini menyebabkan ramai yang bertanya mengapa begitu banyak wang pembayar cukai dibazirkan untuk penjenayah ini.

Namun kini, nampaknya terdapat beberapa pergerakan, dibungkus dengan retorik palsu ‘pengampunan’, ‘political reset’ atau, yang lebih tepat diajukan oleh Kua Kia Soong, “kitaran cuci politik yang hebat“.

READ MORE:  After the verdict: Why Malaysia's moral compass matters more than ever

Semuanya bermula apabila Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin menyiarkan di laman Facebook peribadinya (bukan partinya) ucapan perayaan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi: “Satu lagi sebab untuk meraikan akhir tahun ini.”

Dalam beberapa jam (atau mungkin hanya beberapa minit?), segerombolan penyokong Najib mengutuknya tanpa belas kasihan.

Apa yang diluahkannya hanyalah perasaan peribadinya tentang seorang penjenayah yang disabitkan kesalahan. Dan untuk itu, dia hampir ‘dipanggang’, terutamanya di ‘lubang barbek’u Umno.

Bagi saya, respon terbaik kepada semua kutukan, ugutan dan kebisingan umum, adalah melalui akaun Facebook satira Harakatdaily HD, yang ‘melaporkan’:

Yeo Bee Yin minta maaf termenganjing isu Najib kekal di penjara.

“Sebagai tanda maaf, saya akan bina IOI Mall dalam Penjara Kajang,” ujarnya kesal.

Namun memang ada orang yang terlalu sensitif dengan segala onak durinya, malah mereka yang menentang Najib juga merasakan Yeo berlebihan.

Walau apa pun, beralih daripada nada ‘berlebihan’ Yeo kepada ‘mari kita pertimbangkan untuk memberi pengampunan penuh kepada Najib’, bagi kebanyakan orang, benar-benar sebuah anjakan dalam imaginasi kita semua.

Kini ada juga dicadangkan: ‘political reset’, ‘pengampunan besar’ yang akan diberikan kepada semua elit politik ini yang terperangkap dengan tangan mereka dalam balang biskut rakyat – semuanya jelas atas nama perdamaian nasional dan, selalunya, perpaduan nasional.

Mengarut sungguh! Inilah kitaran cuci politik yang hebat, seperti yang dikatakan Kua.

Penegasan yang kelihatan bijak tetapi tidak berprinsip ini – bahawa elit yang melakukan kesalahan perlu ‘diampuni’ dan dibebaskan untuk memberikan perkhidmatan awam kepada negara – sudah tentu bagi saya, adalah melampaui batas.

Bukankah kita telah diajar sepanjang hidup kita bahawa jika “berbuat jenayah, terimalah padahnya”? Jika anda melanggar undang-undang negara dan, jika disabit kesalahan, terimalah.

READ MORE:  How political corruption undermines justice: Lessons from Malaysia's 1MDB scandal

Lebih angkuh, nampaknya ‘cadangan’ ini hanya untuk golongan elit politik, berdasarkan tanggapan yang salah, pada pandangan saya, bahawa mereka adalah pemimpin masyarakat yang boleh membawa negara ke hadapan.

Sekali lagi, mengarut!

Beberapa penyangak, pembohong dan penipu yang paling menjijikkan di Malaysia seperti di tempat lain, adalah ahli politik yang hanya mementingkan diri sendiri. Dan sentiasa ada yang baru, yang akan terus merangkak keluar untuk membuat kontroversi.

Mungkin bulan ini adalah musim muhibah dan pengampunan. Tetapi, janganlah kita melampaui batas. Janganlah kita memberikan simpati kepada iblis.

Dengan itu, saya mengucapkan selamat Krismas kepada semua pembaca Kristian kami dan kepada anda semua, Tahun Baru yang sangat gembira!

Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
24 Disember 2025

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x