Home Newsletters Pengundi muda, anda mampu lakukan perubahan!

Pengundi muda, anda mampu lakukan perubahan!

Rasuah dan perubahan iklim merupakan isu penting dalam membentuk pandangan pengundi muda

ERIC THOO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kita mesti mengundi dengan melihat konteks meluas tentang apa yang terbaik untuk negara dalam jangka masa panjang.

Hari-hari yang dibelenggu politik perkauman – walaupun ia adalah realiti – adalah sebenarnya hanyalah sebuah gangguan. Ini bukanlah isu kritikal sebenar bagi anak muda – kerana alam sekitarlah yang sebenarnya akan memberi kesan pada kita semua, dan melainkan jika kita bersedia, kesannya akan menjadi serius, tidak kira etnik atau agama kita.

Kita perlu menggembleng kekuatan dalam kepelbagaian kita bagi mendapatkan yang terbaik daripada seluruh rakyat Malaysia. Dalam era globalisasi serta era pasca-Covid ini, kita semua terjejas oleh perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar, pencemaran, banjir dan kebakaran.

Isu identiti yang lapuk hanya dimainkan oleh ahli politik yang tidak mempunyai agenda progresif untuk masa depan.

Perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar akan memberi kesan kepada semua orang, tanpa mengira etnik dan agama. Lihatlah apa yang berlaku di Pakistan, yang sedang berhadapan dengan perubahan iklim, manakala keadaan politik mereka yang mengalami keretakan tidak memenuhi kepentingan rakyat.

Lihatlah di Sri Lanka dengan bagaimana isu etnik membawa kepada perang yang berlarutan. Hari ini, negara yang bankrap itu berharap untuk mendapatkan pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi menstabilkan ekonominya. Jika kita di Malaysia bergelut di landasan politik identiti, kita juga pada satu ketika akan terpaksa menghadapi tragedi yang sama.

Kita berkongsi keadaan serupa dengan kedua-dua Pakistan dan Sri Lanka yang berdepan tahap rasuah politik yang tinggi.

Dengan penebangan hutan, banjir dan krisis serupa yang dihadapi kita, kita memerlukan ahli politik yang dapat merancang awal dan membangunkan strategi dengan bertujuan untuk mengurangkan cabaran yang akan datang ini. Ramai politikus lapuk kita tidak mempunyai keupayaan sebegini.

READ MORE:  UK general election: Did Keir Starmer really win?

Kita memerlukan penjenamaan baru melibatkan ahli politik yang mengambil berat yang bersedia serta terdidik untuk menghadapi cabaran ini. Dengan inflasi, kenaikan harga dan kenaikan kadar faedah, yang meningkatkan lagi kadar pinjaman, rakyat akan menderita. Kita memerlukan ahli politik yang sensitif dalam merasai dan memahami kesusahan rakyat.

Pengundi muda kita yang baharu, yang bilangannya lebih sejuta, kini akan boleh mengundi dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka perlu jelas tentang wawasan mereka untuk masa depan.

Menyumbanglah kepada parti yang mengemukakan calon yang lebih muda dan berjiwa teknokrat. Parti-parti politik yang memperjuangkan hanya segelintir kaum, agama dan institusi raja seakan-akan telah memperolok-olokkan semua elemen ini kerana terjebak dengan rasuah.

Imej negara telah memburuk dan sukar untuk dibayangkan. Memberi undi kepada parti-parti yang telah memburukkan nama baik negara adalah satu tindakan yang mencemarkan.

Kita mesti menjauhi sikap ‘tidak apa’ ini. Orang yang berkeupayaan boleh menjadikan seseorang individu untuk melakukan sesuatu, namun orang yang bersikap ‘tidak apa’ ini hanya akan membuatkan orang lain untuk menjadi pengecut, bertindak balas serta hanya merasa terancam.

Najib Razak adalah kisah lapuk. Beliau menyertai politik apabila arwah bapanya meninggal dunia pada 1976 di mana beliau mempunyai lebih empat dekad di Parlimen. Untuk sebahagian tempoh waktu ini, beliau berada di bawah bimbingan Dr Mahathir Mohamad serta kroninya.

Najib menyaksikan betapa seriusnya isu rasuah di Sarawak dibiarkan selama beberapa dekad. Beliau juga menyaksikan banyak skandal semasa era Mahathir.

Jadi, keturunan keluarga Razak ini menjadi terbiasa dengan realiti sebegini dan kehilangan arah. Beliau tidak pernah mengambil sikap bila keadaan memerlukan. Tanpa kawalan dan imbangan, beliau hanya mengikut kehendak dirinya.

READ MORE:  India's election results: 'A very clear, tight slap on PM's face'

Kabinet dan gabungan politik Barisan Nasional hanya membenarkan kelakuannya. Begitulah budaya yang wujud dalam gabungan itu. MCA dan MIC pula cukup berpuas hati dengan hanya mengutip sisa-sisa.

Secara kolektifnya, keseluruhan golongan elit dari semua pakatan politik yang ada ini berterusan ‘merampas’ harta negara. Mereka menikmati segala hasil dalam negara bagi menjaga kepentingan diri mereka sendiri. Ramai menteri menjadi kaya; ada pula yang mengambil isteri tambahan. Wang dan kuasa cukup memabukkan mereka.

Najib dan isterinya Rosmah Mansor, bersama timbalannya Zahid Hamidi, juga mengambil bahagian mereka. Namun, kita harus sedar bahawa mereka ini semua merupakan ciptaan semua kita yang membenarkan ia untuk terjadi – samada kita yang memilih untuk berdiam diri dan tidak terlibat – yang akhirnya telah menjadi kerosakan serius pada imej negara di peringkat antarabangsa.

Begitu ramai ahli politik lapuk yang masih bertanding untuk pilihan raya selepas berada di Parlimen selama lebih tiga hingga empat dekad. Ada mereka yang cukup mementingkan diri sendiri, namun lebih ramai lagi yang bersalah kerana memfitnah negara dengan berdiam diri di peringkat parti dan kabinet.

Rasuah telah mengakar, dan ia akan menjadi isu yang serius pada masa hadapan.

Undi yang akan dibuang oleh para pengundi muda adalah penting. Perjalanan seribu batu akan bermula dengan langkah pertama.

Undi anda akan menambah jumlah undi bagi semua yang inginkan perubahan. Adalah penting untuk anda semua berfikir, bermuhasabah dan memilih calon dan parti yang betul supaya kita dapat merealisasikan wawasan kita bersama untuk masa hadapan. Mengundi adalah tugas dan kewajipan anda, dan melakukannya tanpa mengira keputusannya selepas itu adalah sebuah hak dan tanggungjawab anda.

READ MORE:  UK election: George Monbiot exposes Keir Starmer's hollow victory


K Haridas
Editor bersama, surat berita Aliran

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
K Haridas
K Haridas, an Aliran executive committee member, is the current honorary secretary of the Business Ethics Institute of Malaysia, chairperson of the Association For The Promotion Of Higher Education In Malaysia and chairperson of the Malaysian chapter of Initiatives of Change International.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x