Home Newsletters Rombakan kabinet – pemangkin perubahan atau hanya kesinambungan?

Rombakan kabinet – pemangkin perubahan atau hanya kesinambungan?

Walau apa pun makna rombakan ini, desakan rakyat untuk pembaharuan yang hakiki akan berterusan

Prime Minister Anwar Ibrahim

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Rombakan kabinet yang ditunggu-tunggu serta cukup hangat dibincangkan ini berlaku dengan berlatar belakangkan kemerosotan populariti Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Khabar angin tertumpu kepada beberapa faktor pencetus, bukan sahaja melibatkan penurunan dalam penilaian kadar kepopularan Anwar tetapi juga keperluan untuk menenangkan pelbagai puak politik dalam gabungan kerajaannya. Ini sekali gus mengakibatkan ia dilihat sebagai kabinet yang bertujuan untuk mengimbangi perwakilan dari pelbagai puak itu.

Antara punca kritikal yang menyemarakkan peralihan ini ialah keputusan pilihan raya negeri Ogos lalu, yang mengesahkan terdapat penurunan sokongan daripada pengundi etnik Melayu sejak pilihan raya umum November 2022.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan cara kabinet menangani perkara penting, terutamanya kos sara hidup yang tinggi, dan ia menyumbang kepada seruan untuk perubahan dan pembaharuan.

Penilaian terhadap kepimpinan Anwar selepas tahun pertamanya berkuasa mendedahkan nuansa yang bercampur-campur. Tempoh beliau memegang jawatan ini telah menyaksikan pencapaian dan cabaran, termasuk pergeseran politik dan halangan dalam menjalankan dasar.

Penilaian terhadap pentadbirannya cukup pelbagai, menonjolkan kedua-dua sisi positif dan negatif. Persoalan yang mendesak sekarang ialah sama ada rombakan ini akan dapat menangani kelemahan sedia ada dengan berkesan dan berfungsi sebagai pemangkin kepada pembaharuan utama.

Perubahan pada kabinet kelihatan disesuaikan untuk menangani kritikan orang ramai serta memperkukuh kementerian utama seperti kewangan, pendidikan dan kesihatan.

Rombakan kabinet Anwar adalah strategik, menandakan komitmennya untuk menangani ekonomi yang mendatar serta kebimbangan terhadap kos sara hidup. Ia juga merupakan percubaan untuk memperbetulkan kekurangan perwakilan melibatkan gabungan parti politiknya serta mengelakkan konflik dalaman.

PM telah memperbesarkan kabinetnya daripada 28 kepada 31 menteri dan daripada 27 kepada 29 timbalan menteri, dengan jumlah keseluruhan 60 ahli sekarang. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan kerisauan terhadap bilangan pentadbir kerajaan yang semakin membesar.

READ MORE:  'Permintaan maaf' kosong Najib satu penghinaan, reaksi Anwar merisaukan

Yang pasti, Anwar terus berkhidmat sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, walaupun sebelum ini beliau komited kepada pemisahan dua portfolio ini. Isu yang tidak dapat diselesaikan ini kekal sebagai titik perseteruan yang berterusan sejak pembentukan kabinet asal akhir tahun lalu. Memegang jawatan menteri kewangan juga meletakkan terlalu banyak kuasa di tangan PM, menganggu fokusnya dan mengurangkan kawal dan imbang di peringkat dalaman kabinet.

Penstrukturan semula kementerian dan membahagikan portfolio sedia ada kepada entiti baharu bertujuan untuk memastikan pendekatan yang lebih fokus dalam bidang utama lain.

Dulunya dikenali sebagai kementerian sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim, ia kini telah dibahagikan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian.

Anwar juga telah membahagikan portfolio komunikasi dan digital kepada dua kementerian berasingan.

Tetapi pelantikan tertentu, seperti perpindahan Lim Hui Ying yang menjadi timbalan menteri kewangan, cukup membimbangkan kerana rekodnya yang kurang cemerlang dalam peranannya sebelum ini.

Pembahagian portfolio digital dan komunikasi kepada Fahmi Fadzil dan Gobind Singh Deo juga perlu dijelaskan.

Rombakan itu mempunyai beberapa aspek yang boleh dipuji: pelantikan Dr Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan diterima dengan cukup baik, memandangkan pengendaliannya yang membanggakan terhadap keadaan awal Covid Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini.

Pengecualian V Sivakumar, bekas menteri sumber manusia yang terlibat dalam kontroversi, nampaknya wajar.

Melihat kepada sudut pandang politik yang lebih luas, rombakan ini telah berlaku di tengah-tengah tanggapan yang semakin meningkat bahawa kepimpinan Anwar tidak mempunyai inisiatif pembaharuan yang tulen.

Untuk bersikap adil, cabaran yang diwarisi oleh PM adalah besar, daripada kekangan fiskal kepada perseteruan politik dan rintangan di peringkat birokrasi.

READ MORE:  Is Anwar serious about reforms? - Zaid Ibrahim interviews Ambiga

Tidak menghairankan, ramai yang tidak sabar-sabar untuk berlakunya perubahan: sentimen semasa menekankan keperluan untuk pembaharuan yang besar dan tadbir urus yang berkesan.

Untuk itu, rombakan ini cuba menangani pelbagai kebimbangan yang wujud serta memperkukuh beberapa sektor penting. Namun, perkara yang tidak dapat diselesaikan seperti saiz kabinet, peranan menteri yang bercanggah dan pelantikan tertentu masih dalam penelitian rakyat.

Ramai akan memerhati dengan teliti bagi melihat keberkesanan perubahan ini dalam mengemudi hala tuju Malaysia dan merapatkan jurang tadbir urus yang wujud.

Walau apa pun, tuntutan untuk pembaharuan hakiki berkemungkinan akan berterusan.

Khoo Ying Hooi
Editor bersama, surat berita Aliran
13 Disember 2023

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x