Home Newsletters Sewaktu krisis, demokrasi, kebertanggungjawapan dan belas ihsan harus wujud

Sewaktu krisis, demokrasi, kebertanggungjawapan dan belas ihsan harus wujud

Pemimpin sepatutnya tidak menggunakan pandemik sebagai alasan untuk tidak menjadi bertanggungjawab dan melakukan sesuatu sewenang-wenangnya atau menafikan pelanggaran hak

WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Rungutan rasa tidak puas hati terus didengari dari pelbagai pihak terhadap pengisytiharan darurat pada pertengahan Januari bagi membendung Covid-19.

Ketika Parlimen digantung sehingga Ogos, negara kini ditadbir tanpa kebertanggungjawapan. Mereka yang cuba untuk mempersoal pengisytiharan darurat berhadapan dengan tuduhan derhaka, hasutan dan laporan polis.

Pun, ianya merupakan sebuah ironi ketika Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga mahu mendapatkan mendapatkan maklumbalas tentang pengisytiharan Darurat dari orang awam melalui Telegram Saluran Maklumat Darurat atau melalui emel di [email protected].

Aliran bersama yang lain cuba menggunakan jalan perundangan bagi membuka arah memperlihatkan kebertanggungjawapan serta demokrasi.

Terdapat beberapa artikel yang ditulis merujuk kepada hak untuk mengajukan soalan berkenaan darurat serta menunjukkan undang-undang sedia ada yang boleh digunakan bagi membendung Covid tanpa memerlukan keadaan darurat.

Semakin lama kita berada di bawah darurat, semakin banyak soalan dilontarkan berkenaan jawatankuasa dwiparti darurat (seperti apa yang akan dilakukan serta di mana ianya sekarang?) yang sepatutnya menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Pada waktu yang sama, rakyat terus sengsara. Oleh kerana itu, ianya cukup mengujakan untuk melihat #KitaMintaLima, sebuah kempen media sosial yang merupakan kompilasi komen netizen yang diambil dari hantaran di Facebook Istana Negara. Ia meletakkan lima perkara asas:

  1. Perintah kawalan yang bersasar dan efektif
  2. Sokong penuh kepada frontliners dengan menyalurkan segala sumber bagi melawan Covid-19
  3. Moratorium bank automatik dan bantuan tunai kepada rakyat sepanjang PKP
  4. Penguatkuasaan prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara secara adil dan saksama
  5. Peranti dan data internet kepada semua pelajar dengan segera

Atau tukar kerajaan

Setiap permintaan ini relevan dengan orang ramai.

Terdapat banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika sekatan pergerakan separa yang sedang berlangsung sekarang daripada Majlis Keselamatan Negara. Kadang-kala, ianya tidak masuk dek akal atau berubah dengan kerap sekaligus mengakibatkan ramai orang serta peniaga keliru, termasuklah polis serta pihak berkuasa yang lain.

Dengan tahap ketidakpastian berkenaan sekatan, cadangan untuk memberikan denda yang lebih tegas bagi mereka yang melanggar langkah berjaga-jaga Covid sungguh membebankan. Lebih banyak saman atau kadar denda saman yang tinggi bukanlah sebuah petanda kepada menurunnya jangkitan Covid.

Orang ramai beranggapan bahawa sikap pilih kasihlah yang memberi kesan. Jika pemimpin sendiri tidak patuh kepada peraturan, mengapa mereka sebagai orang biasa kemudiannya patut didenda kerana ingkar? Jelas ianya menunjukkan bentuk pentadbiran yang ada sekarang.

Semenjak tahun lalu, kita sudahpun melihat bagaimana kita bergantung kepada sistem kesihatan awam. Jika sebelum ini sistem kesihatan sudah terjejas, barangkali sekarang ia berada di titik kritikal. Pandemik mengajar kita banyak perkara, namun yang paling penting adalah bahawa kita perlu melaburkan sumber yang secukupnya bagi membina sistem kesihatan awam.

Sementara hospital (serta kakitangan hospital) berjuang bagi menampung beban dari pesakit Covid, kita juga patut memikirkan sejenak nasib para pesakit bukan-Covid. Ramai di antara mereka yang tidak mendapat akses terus kepada sokongan dan rawatan, kerana hospital terpaksa menjadualkan semula pembedahan atau mengutamakan wad kepada pesakit Covid.

Saatnya Covid semakin berleluasa serta orang ramai menantikan vaksin, kita jangan melupakan isu-isu utama yang lain.

Melawan rasuah yang sistem merupakan perjuangan yang panjang, dan rakyat perlu bersuara serta menuntut ketelusan serta kebertanggungjawapan di dalam pelbagai ruang dan forum, termasuklah melalui jalan kehakiman. Kita jangan putus harapan dan harus terus mendesak reformasi agar diteruskan.

Isu berkenaan keselamatan di balai polis juga perlu diutarakan. Muhammad Afis Ahmad, 31, meninggal di Balai Polis Yan di Kedah akibat hentakan trauma objek tumpul di kepalanya pada lewat Januari lalu. Terdapat juga tuduhan rogol terhadap seorang remaja ketika di dalam tahanan di Balai Polis Miri.

Mengapa balai polis berterusan menjadi ruang yang tidak selamat saat sepatutnya ia menjadi tempat paling selamat? Apakah langkah yang dijalankan bagi memastikan mereka yang ditahan tidak dicederakan atau dibunuh? Mengapa ianya tidak dijalankan dan yang paling penting, bagaimana polis akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di dalam lokap?

Adakah Suruhanjaya Bebas Tingkah Laku Polis dapat membincangkan hal ini? Adakah Kementerian Dalam Negeri dapat tampil ke hadapan dan mengambil tanggungjawab?

Pandemik merupakan sebuah tempoh krisis. Seringkali dikatakan, krisis dapat membuatkan kita menjadi lebih baik atau lebih buruk di kalangan kita. Kita sudahpun melihat bagaimana rakyat saling tolong-menolong bagi mereka yang memerlukan ketika pandemik – dari pekerja barisan hadapan serta ada mereka yang lain, menyusun bantuan makanan dan mereka yang menderma dengan murah hati kepada orang sekeliling bagi mengurangkan kesusahan.

Ianya sungguh mengharukan untuk melihat belas ihsan mereka, tanpa mengira etnik atau kepercayaan agama, lebih-lebih lagi di dalam masyarakat kita yang diretakkan oleh etnik. Belas ihsan menyatukan rakyat, dan kita patut melakukannya dengan lebih kerap dalam apa cara sekalipun.

Namun, ada juga mereka, walaupun di dalam detik krisis, nampaknya tidak mempunyai belas ihsan. Kita melihat pembulian terhadap migran termasuklah pekerja migran, pelarian, suaka politik, pasangan asing serta mereka yang lain di dalam negara.

Perhatian juga patut diberikan berkenaan nasib 756 kanak-kanak yang ditahan di pusat tahanan imigresen seluruh negara, di mana hampir separuh daripada mereka ditahan tanpa ibu bapa atau penjaga.

Bagaimanakah penahanan kanak-kanak ini beriringan dengan komitmen kerajaan kita kepada Konvensyen PBB tentang Hak terhadap Kanak-Kanak serta kepentingan mereka? Seperti apakah trauma yang tak terungkap yang dilalui oleh mereka? Dan mengapa agensi pelarian PBB (UNHCR) tidak dapat masuk ke pusat tahanan imigresen sejak Ogos 2019 lagi?

Timbalan menteri (hal ehwal keagamaan) di Jabatan Perdana Menteri kemudiannya membawa isu untuk mengenakan hukuman lebih keras kepada komuniti LGBT di bawah Mahkamah Syariah (Tatacara Jenayah) Akta 1965 atau Akta 355. Tuntutannya bagi membenarkan tinjauan serta campurtangan awam terhadap warga yang sudahpun rentan ini sungguh mengejutkan.

Sikap ini bercanggah dengan ucapan dasar PM berkenaan dengan ucapan hina sewaktu mesyuarat pertama pemimpin digital Asean di mana beliau merujuk ucapan hina juga termasuklah “kekerasan serta ancaman terhadap seseorang atau masyarakat berdasarkan kaum, gender, agama, orientasi seksual, ketakdayaan serta kerakyatan”.

Masyarakat madani menolak pandangan timbalan menteri ini serta menunjukkan kelompongan pandangannya.

Pandemik ini memberi kesan kepada kita, dan ianya mengakibatkan kekacauan kepada berjuta kehidupan serta ekonomi di seluruh dunia. Walaupun ianya sesuatu yang sukar untuk menguruskan ekonomi serta kesihatan, pemimpin sepatutnya tidak menggunakan pandemik sebagai alasan untuk tidak menjadi bertanggungjawab dan melakukan sesuatu sewenang-wenangnya atau menafikan pelanggaran hak. Kita harus berjaga-jaga akan hal ini sepanjang masa.

Saat bermulanya Tahun Seladang, kami ingin mengucapkan kepada semua pembaca – Selamat Tahun Baru Cina. Sentiasa sihat dan positif serta menjaga antara satu sama lain.

Prema Devaraj
Editor bersama, surat berita Aliran
11 Februari 2021

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x