Pada 17 Mei 1990, Perhimpunan Kesihatan Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan usul bagi mengeluarkan homoseksualiti dari senarai “Pengklasifikasian Statistikal Antarabangsa bagi Penyakit serta Masalah Berkaitan Kesihatan” (International Statistical Classification of Diseases and Related Health Problems).
Sejak itu, ulangtahun ini diraikan sebagai Hari Antarabangsa Menolak Homofobia, Transfobia dan Bifobia bagi meningkatkan kesedaran serta menyokong polisi awam yang merangkumi warga lesbian, gay, biseksual serta transgender.
Tema sambutan tahun ini adalah “Bersama: Melawan, Mendukung, Memulihkan!” Tema ini dipilih bagi mengangkat harapan serta tindakan bagi melawan stereotaip kebencian terhadap warga LGBT.
Mengikut statistik semasa, Malaysia merupakan sebuah dari 69 buah negara yang masih mempunyai undang-undang menjenayahkan homoseksualiti. Serangan terhadap LGBT dilakukan termasuklah dari ucapan kebencian di media sosial sehinggalah kempen anti-LGBT di dalam media tradisional, termasuklah program kerajaan dengan tujuan ‘pemulihan’.
Selain dari itu, kita juga boleh melihat bukti bagaimana teknik penyalahgunaan serta maklumat palsu digunakan bagi memfitnah serta memperjenayahkan tindakan mereka yang menyokong LGBT. Kita juga sering terdengar kes berbentuk anekdot berkenaan ahli yang terdiri daripada warga LGBT yang didiskriminasi serta dinafikan khidmat perubatan dan pekerjaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Di seluruh dunia, diskriminasi dikenal pasti sebagai antara salah satu halangan utama bagi mencapai masa hadapan yang inklusif dan setara bagi warga LGBT. Termasuklah di Malaysia.
Diskriminasi merujuk kepada sebarang tindakan atau sikap yang membezakan individu berdasarkan umur, jantina, kaum, orientasi seksual serta identiti gender. Bentuk diskriminasi utama yang dihadapi oleh komuniti LGBT adalah berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender.
Apabila kita melihat di sekeliling serta menilai sikap kita terhadap LGBT – tidak kiralah di sekolah, tempat kerja atau tempat awam – diskriminasi dalam bentuk ejekan nama serta pembulian adalah sesuatu yang biasa kita tanggapi.
Oleh kerana apa saja yang berkaitan dengan LGBT ditakrifkan sebagai tabu serta orientasinya sebagai bentuk ‘penyakit’, ianya tidaklah mengejutkan bahawa sikap diskriminasi serta prejudis ini dibentuk sejak dari kecil lagi. Sesetengah kanak-kanak diajar bahawa kelakuan komuniti LGBT ini sebagai melencong serta tidak boleh ditoleransi. Pembentukan sikap yang sebegini berlawanan dengan prinsip pendidikan, iaitu bagi membenih sifat saling menghormati antara satu sama lain.
Di Malaysia, warga LGBT dijenayahkan menerusi undang-undang negeri dan persekutuan. Apa yang lebih mengejutkan adalah program anti-LGBT yang digerakkan kerajaan, yang kebanyakannya fokus kepada pemulihan serta penukaran seseorang individu LGBT.
Misalnya, pada 2016, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) meluncurkan pelan tindakan lima tahun berjudul “Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Perlakuan LGBT 2017-2021” bagi ‘membendung’ serta ‘memperbetulkan’ kelakuan LGBT, berbanding mengambil sikap untuk menerima dan menolak diskriminasi.
Pendekatan yang sebegini sangat membahayakan serta mendiskriminasi, kerana ianya menggalakkan orang lain untuk menjalankan penguatkuasaan moral serta campur tangan ke atas warga LGBT di dalam ruang lingkup peribadi dan awam mereka.
Program sebegini diteruskan, walaupun tindakan yang merbahaya sebegini sudah pun ditolak oleh badan kesihatan sedunia, institusi perubatan serta kumpulan hak asasi manusia.
Di peringkat global, Malaysia setakat ini menolak terus segala cadangan berkaitan proses penyahjenayahan aktiviti LGBT yang diusulkan bagi kajian sejagat berkala (universal periodic review) dari PBB. Ianya merupakan mekanisme semula setara yang dibentuk oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi menyelia prestasi hak asasi manusia oleh pelbagai negara anggota lain. Ianya sebuah ironi, saatnya Malaysia sedang cuba mendapatkan tempat sebagai sebahagian dari 47 anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi tempoh 2022-2024.
Jika kerajaan juga tampaknya mendukung diskriminasi terhadap individu LGBT, orang awam secara tidak langsung merasakan mendukung sikap diskriminatif terhadap LGBT juga adalah sebuah sikap yang ‘betul’ untuk dilakukan. Sementara kita boleh katakan bahawa agama yang dianuti oleh kita penuh dengan toleransi serta tidak bersifat diskriminatif, sikap kita terhadap LGBT membongkar hipokrasi kita yang sebenarnya.
Jelas memang wujud penyalahgunaan serta salah guna maklumat berkaitan LGBT di dalam masyarakat, yang hanya boleh dibendung menerusi tindakan kolektif kita sebagai sebuah masyarakat. Ahli politik patut menunjukkan contoh yang baik bagi memastikan inklusitiviti serta penerimaan kepada segala bentuk kepelbagaian.
Saatnya nilai moral yang bersanggahan dibawa masuk, saya bertanya, siapa kita untuk menjadi polis moral dan mendiskriminasi terhadap LGBT? Apa yang memberikan kita hak untuk menghakimi orang lain? Adakah kita bukan sebahagian daripada ahli kemanusiaan yang sejagat ini?
Sesungguhnya, kita semua adalah anak bangsa manusia, tanpa mengira etnik, agama, identiti gender ataupun orientasi seksual
Khoo Ying Hooi
Editor bersama, Surat berita Aliran
22 Mei 2021
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme