Home Newsletters Tikus melahap sisa makanan; orang fanatik terjerumus ke lembah kebencian

Tikus melahap sisa makanan; orang fanatik terjerumus ke lembah kebencian

Analisis provokatif membincangkan soal pembaziran makanan dan ketegangan sosial semasa bulan penuh kesucian

Say no to racism! - PEXELS

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pastinya ada berkaitan dengan pembaziran makanan, yang meningkat 15-20% semasa Ramadan di Malaysia berbanding purata bulanan biasa.

Pada 2023, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan bahawa 90,000 tan makanan “dibuang di seluruh negara sepanjang Ramadan”.

Satu laporan pula menganggarkan bahawa jumlah makanan terbuang ini “boleh diedarkan dan dihidangkan tiga kali sehari kepada lebih 88 juta orang”.

Ini adalah jumlah pembaziran yang mengejutkan, apalagi jika kita mengambil kira bahawa penduduk Malaysia sekarang adalah kira-kira 35 juta. Cukup membimbangkan.

Di mana makanan dibazirkan, ia seringkali kan membusuk. Makhluk berbahaya dan menjijikkan kemudiannya merangkak keluar dari pembetung untuk memakan sisa busuk ‘percuma’ ini.

Makhluk ini datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kita biasa dengan tikus dan spesies lain yang terdapat di lorong belakang dan di tong sampah hotel dan restoran.

Namun setiap Ramadan, acapkali makhluk yang lebih besar dengan dua kakilah yang sentiasa masuk berita. Kita akan bertemu mereka yang akan memandang dengan penuh kemarahan orang bukan Islam yang sedang makan. Pernah, ada yang menutup kantin sekolah, memaksa kanak-kanak bukan-Islam untuk makan di dalam tandas.

Cukup memelikkan saatnya Ramadan adalah soal menahan diri sendiri, kesabaran dan juga kebaikan. Ia bukan soal untuk menyusahkan atau mengancam mereka yang beragama lain.

Ramadan ini, ada beberapa makhluk sebegitu yang nampaknya mendapat kemasyhuran selama 15 minit, apabila perangai pembuli mereka tular di media sosial.

Mereka nampak cukup bersungguh-sungguh untuk mengambil undang-undang ke tangan mereka sendiri. Malah mereka kelihatan berminat untuk memberitahu semua orang betapa pemarahnya mereka semasa Ramadan.

Individu pertama menunjukkan betapa matang dan cukup ‘suci dan tercerahnya’ dia selepas solat Jumaat dengan menyerang seorang pelajar remaja yang berpakaian seragam. Ia berlaku di Kajang selepas berlakunya salah faham soal lalu lintas yang memuncak kepada serangan fizikal. Hasilnya: pelajar itu mengalami kecederaan parah di muka, termasuk hidung berdarah dan patah.

READ MORE:  Ramadan: A time for fasting, not slapping

Beberapa hari kemudian, pada petang Ahad yang tenang di Johor Bahru, seorang lelaki tua didakwa menegur dan menampar seorang lagi lelaki muda bukan-Islam kerana makan di khalayak ramai dan kerana enggan menunjukkan kad pengenalannya kepada lelaki tua itu.

Seperti kejadian serangan di Kajang, kejadian ini dirakam dan tular di media sosial.

Mangsa turut membuat laporan polis.

Penyerang telah direman dan disoal siasat oleh polis, didakwa di mahkamah, dan pada mulanya diberi “DNAA” – hukuman di Malaysia yang kini cukup terkenal membawa maksud “dilepaskan tanpa dibebaskan”.

Apakah pendapat kita tentang kesemua kejadian ini, tindak balas terhadapnya, serta pelbagai komen oleh individu dan kumpulan sejak itu?

Dalam serangan di Kajang, ramai yang mengutuk penyerang itu.

Namun ada segelintir minoriti cuba mengabaikan serangan itu dengan mengatakan bahawa mangsa budak sekolah itu juga bersalah kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah.

Pandangan ini sakit dan berniat jahat. Malah pihak polis sendiri telah menegaskan walaupun pelajar itu tidak memiliki lesen, ia tidak boleh membenarkan serangan ganas itu.

Tetapi kes di Johor Bahru itulah yang membuat ramai orang bercakap sekarang di Malaysia. Di sini tiada sebarang pertengkaran atau provokasi oleh mangsa, yang dilaporkan sedang menjamu selera dengan tenang di sebuah kedai serbaneka di dalam sebuah pusat beli-belah.

Di kedai itu, dia telah dikerumuni lelaki tua itu, yang masuk ke dalam kedai dan mula mengganggu mangsa untuk makan pada bulan Ramadan.

Apabila mangsa menyatakan bahawa dia bukan seorang Muslim, lelaki yang lebih tua itu menuntut untuk melihat kad pengenalannya – yang mangsa berhak untuk menolak dari menunjukkannya.

READ MORE:  Ramadan: A time for fasting, not slapping

Jelas kecewa dengan penolakan ini, pesara berbadan gempal itu, mungkin sedar yang tubuh mangsa hanya separuh saiznya, mula menampar lelaki muda yang malang itu – menganggap, saya rasa, bahawa tangan dia adalah ‘tangan Tuhan’.

Adalah mudah – dan sangat salah – untuk mencadangkan bahawa ini adalah insiden terpencil atau ia adalah kes “kemarahan tak tentu hala”, seperti yang ditafsirkan dengan mudah oleh seorang ahli parlimen.

Tiada yang “tidak tentu hala” dengan kemarahan itu. Tidak, kejadian ini perlu dilihat dan dinilai dalam konteks Malaysia yang semakin terpolarisasi.

Sesetengah kumpulan, sesetengah komuniti, percaya mereka mempunyai keistimewaan dan berhak melakukannya. Mereka fikir mereka boleh bertindak tanpa sebarang hukuman, melanggar undang-undang dan melarikan diri. Mereka bertindak demikian kerana, pada umumnya, mereka dibenarkan, malah digalakkan, berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Malah, mereka melihat seorang bekas perdana menteri, disabitkan oleh mahkamah tertinggi negara kerana merompak negara – hanya kemudiannya hukuman beliau dikurangkan separuh dan ada kemungkinan dibenarkan menjalani baki hukumannya di rumah.

Mereka melihat pemimpin ada dibebaskan melalui laluan DNAA dan ada yang malah berkhidmat sebagai menteri kanan.

Jadi mereka mula percaya bahawa mereka juga akan dilindungi – semata-mata kerana etnik dan agama mereka.

Menyebarkan maklumat yang salah adalah ‘kelebihan’ mereka. Mereka tahu bahawa ramai yang akan mengikuti mereka secara membuta tuli, memandangkan seluruh kehidupan mereka menelan omong kosong oleh ‘pemimpin rohani’ tertentu, media, parti politik dan, lebih teruk lagi, sistem pendidikan yang bertujuan untuk indoktrinasi dan kawalan.

Oleh itu, kita perlu memangkas pembohongan dan maklumat yang salah ini, yang jelas diulang ulang hanya untuk mengekalkan – sekali gus mengembangkan – kuasa dan kawalan mereka ke atas masyarakat.

READ MORE:  Ramadan: A time for fasting, not slapping

Naratif palsu mereka mesti dicabar dan orang-orang fanatik ini perlu dihalang daripada menjadikan bulan Ramadan – atau mana-mana bulan – sebagai bulan yang dipenuhi dengan kebencian dan kemarahan.

Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
27 Mac 2025

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x