Home Newsletters Tuntut semula negara: Jangan pernah kita putus harapan

Tuntut semula negara: Jangan pernah kita putus harapan

Kita perlu menyalakan semula semangat 2018, ketika rakyat Malaysia berganding bahu bersama menuntut perubahan dan reformasi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Saatnya kita semakin menghampiri pertengahan 2022, khabar angin semakin rancak bahawa pilihan raya umum akan dijalankan pada separuh tahun yang kedua tahun ini.

Ini tidaklah mengejutkan kerana, sejak pilihan raya umum pada 2018 yang lalu, Malaysia mengalami perubahan dalam pentadbirannya dengan begitu cepat, bermula dengan kerajaan Pakatan Harapan digantikan dengan regim Muafakat Nasional yang dipimpin oleh Bersatu. Umno kemudian mengambil alih dari Bersatu untuk memimpin kerajaan Muafakat Nasional.

Ini merupakan perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia. Sebagai hasilnya, dari Mei 2018 sehingga sekarang, kita mempunyai tiga orang perdana menteri yang berlainan.

Perubahan di dalam kerajaan ini berlaku akibat dari persengkokolan oleh ahli politik yang tidak menghormati kemahuan rakyat pada pilihan raya 2018.

Tidaklah mengejutkan, ramai warga Malaysia menyalurkan rasa kemarahan dan putus asa mereka ke media sosial kerana merasakan tidak mempunyai kawalan terhadap apa yang berlaku, yang menyaksikan segelintir ahli politik menjatuhkan demokrasi demi kepentingan peribadi mereka.

Cukup membimbangkan, ada yang reda manakala yang lain menjadi sinikal, menyatakan bahawa untuk kisah tentang demokrasi dan mengambil bahagian dalam proses pengundian adalah sebuah perkara yang membuang masa.

Janganlah kita benarkan diri kita jatuh ke dalam sikap endah tidak endah sebegitu dalam keadaan semasa ini. Apa yang berlaku pada pilihan raya 2018 boleh berlaku semula – namun jika kita berupaya untuk mengembalikan semangat kita untuk melakukannya. Hasil pilihan raya 2018 ini adalah kerana begitu ramai rakyat Malaysia yang mengatakan tidak kepada masa hadapan di mana rasuah dan salah guna kuasa berlaku sewenang-wenangnya.

Jadi, kita perlu mengambil hak kita pada pilihan raya akan datang dengan mengingatkan ahli politik untuk tidak mengenepikan kita. Kita akan mendesak mereka untuk menerima manifesto yang digerakkan rakyat. Kita perlu merampas pilihan raya 2018 dengan mengundi mereka yang sanggup untuk berkhidmat pada rakyat.

Untuk itu, Aliran dan lima NGO lain menawarkan Agenda Rakyat“. Agenda ini, yang sudah didukung oleh lebih 50 kelompok masyarakat awam dan sivil, menggariskan lima tuntutan sebagai asas perubahan dan reformasi dalam negara.

Kita perlu mendesak agenda ini kepada semua parti politik dan ahlinya. Inilah waktunya untuk kita menghentikan kerosakan akibat pentadbiran serta membersihkan kerajaan dari rasuah serta ketidakcekapan!

Ingatlah bahawa kita mempunyai kuasa untuk merubah nasib negara ini menerusi perubahan pengundian. Kita hanya akan menyokong parti yang komited kepada gagasan sebegini.

Asasnya, Agenda Rakyat menuntut agar parti politik dan ahli politik hendaklah:

  • Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  • Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  • Raikan kerencaman dan keterangkuman
  • Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  • Lawan rasuah dan kronisme

Kita perlu menyalakan semula semangat 2018, ketika rakyat Malaysia dari segenap lapisan bersama untuk menolak ahli politik yang hanya mengekalkan status quo (yang memberi keuntungan hanya pada segelintir) dan membuka jalan baru bagi sebuah masa depan yang lebih baik.

Menjelang pilihan raya akan datang, slogan kami adalah “Tuntut semula negara! Rakyat diutamakan, demokrasi sekarang“.

Jika anda ingin melihat kandungan Agenda Rakyat, berserta senarai penuh mereka yang mendukungnya, boleh semak sekarang di sini. Jika anda merupakan ahli kepada mana-mana NGO dan mahu mendukung Agenda Rakyat, bolehlah mengisi maklumat di borang sokongan dalam talian.

Chris Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
12 Mei 2022

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Christopher Chong
Dr Christopher Chong, an academic, is co-editor of Aliran's weekly newsletter. He has a doctrate in political science from Universiti Sains Malaysia and currently lectures on mass media and society in a non-profit private research university
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x