Home Newsletters Walau bergelut pandemik, demokrasi di Malaysia terus dihambat kecelaruan

Walau bergelut pandemik, demokrasi di Malaysia terus dihambat kecelaruan

Peningkatan jangkitan Covid serta percaturan politik yang sinikal membuatkan ramai terkesan secara langsung

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Kita memasuki tahun kedua pandemik dan tampaknya penularan coronavirus tidak akan mereda.

Bilangan jangkitan kes di Malaysia sudah meningkat ke bilangan empat angka yang cukup membimbangkan.

Coronavirus sudah menular di dalam masyarakat kita. Kerajaan sudah menjalankan tindakan konkrit bagi mengekang penularan, melalui perintah kawalan pergerakan yang kedua.

Sekatan pergerakan yang berlangsung sekarang mempunyai kesan serius kepada ekonomi negara serta kehidupan rakyat biasa. Golongan berpendapatan rendah serta kelas menengah terpaksa mengikat perut berdepan dengan pemberhentian kerja, potongan gaji, hutang yang bertimbun, penutupan bisnes serta kehilangan pekerjaan.

Dengan kes jangkitan meningkat, sistem perubatan dikatakan sudah mencapai titik pecah, jika pun tidak melepasinya. Hospital yang dikhususkan bagi merawat pesakit Covid-19 hampir mencapai kapasiti penuh – barangkali sudah pun penuh. Kerajaan sekarang mengharapkan bantuan dari hospital swasta di dalam negara.

Kita biasa mendengar bagaimana staf kesihatan barisan hadapan meneruskan perjuangan melawan coronavirus. Mereka meletakkan sepenuh waktu dan tenaga, bahkan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.

Pun, ianya cukup menggusarkan bila kita mendengar keluhan beberapa doktor di media. Mereka mengadu akan keadaan kerja mereka – kelengkapan perubatan yang tidak mencukupi, sumber manusia serta pendanaan, peralatan lapuk serta wad sesak.

Segelintir mereka dibebani keletihan yang melampau. Kakitangan kesihatan barisan hadapan kepenatan; mereka tidak bertemu dengan ahli keluarga terdekat berbulan lamanya, dan ada di antara mereka mengalami kemurungan. Mereka menuntut agar dilayan secara manusiawi. Pun, apakah tuntutan mereka akan didengari?

Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini menitahkan agar rakyat Malaysia menunjukkan penghargaan serta dokongan kepada pengorbanan kakitangan barisan hadapan yang bertugas tanpa henti. Jika pihak berkuasa tidak menambah baik keadaan kerja mereka, ianya sesuatu yang cukup mengecewakan kita semua.

READ MORE:  As the nation reels in misery, has Umno lost the plot?

Kerajaan mungkin mahu memperuntukkan lebih banyak wang ke dalam sistem perubatan awam bagi memastikan hospital yang digunakan untuk merawat pesakit Covid dapat diperbaiki dengan cepat bagi menambah baik keadaan kerja kakitangan barisan hadapan.

Sewaktu pandemik, kerajaan Perikatan Nasional mendapatkan perkenan diraja bagi pengisytiharan darurat di seluruh negara pada 11 Januari. Tujuannya? Bagi membendung pandemik. Pengisytiharannya datang sehari selepas pengumuman perintah kawalan pergerakan kedua.

Pengisytiharannya dibuat di saat ada Ahli Parlimen Umno yang membuat ancaman secara berterusan untuk meninggalkan kerajaan PN, di mana kemuncaknya adalah ketika beberapa Ahli Parlimen mengumumkan penarikan diri: Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakob serta Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz. Ianya mengakibatkan kerajaan hanya mempunyai 109 bilangan kerusi berbanding 222 kerusi parlimen, termasuklah dua kerusi tanpa penyandang.

Sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya adakah PM hanya mahukan pengisytiharan darurat bagi mengelakkan kerajaannya dari berdepan takdir yang sama seperti pemerintahan Pakatan Harapan yang lalu, yang juga diruntuhkan akibat dari lompat parti Februari tahun lalu.

Kerajaan PN berkeras mengatakan bahawa pengisytiharan darurat ini hanyalah bagi memastikan pentadbiran kuasa yang mencukupi bagi membendung pandemik – dan bukan bagi tujuan politik.

Sebagai respon, sesetengah pemimpin pembangkang, aktivis dan pakar perundangan menyatakan keraguan bahawa darurat ini adalah bagi tujuan kesihatan. Sepuluh orang bekas presiden Majlis Guaman juga membuat kenyataan umum bahawa tindakan kerajaan ini merupakan sebuah tauladan merbahaya kerana ordinan darurat mengakibatkan penggantungan kedaulatan undang-undang serta mencabuli prinsip demokratik.

Tatkala menyebut tentang prinsip demokratik, ianya mengingatkan kita kepada bekas ketua hakim Mahkamah Persekutuan, Tun Salleh Abas, yang baru sahaja meninggal dunia.

Beliau mengakibatkan kemarahan pentadbiran Mahathir dahulu oleh kerana ketegasannya yang tidak berdolak-dalik bagi memastikan kebebasan kehakiman tidak dipengaruhi eksekutif. Beliau dipecat, diikuti oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan yang lain.

READ MORE:  Malaysia’s political quagmire: Who can we trust?

Pengisytiharan darurat baru-baru ini mengakibatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi melancarkan tindakan undang-undang berkenaan darurat berasaskan bahawa Muhyiddin telah ‘salah menasihati’ Agong.

Turut kecewa, setiausaha agung Umno, Ahmad Maslan juga dilaporkan menghantar surat kepada Ahli Parlimen partinya, agar memanggil sesi khas parlimen untuk diadakan berkenaan pengisytiharan darurat.

Warga Malaysia yang prihatin juga merasa terganggu. Berang dengan perkembangan ini, P Ramakrishnan dari Aliran juga turut membahaskan bagaimana kedudukan politik Muhyiddin tidak lagi dapat dipertahankan ketika dua Ahli Parlimen menarik sokongan kepada kerajaan. Ianya menjelaskan mengapa Ramakrishnan mendesak bahawa Muhyiddin bukan sahaja “mencuri” kerajaan ini tapi juga sekaligus tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang berlaku sekalipun, pentadbiran Muhyiddin bukan saja dihambat pandemik, namun juga terpaksa menyelesaikan kemelut ekonomi serta berkelana di dalam denai politik yang penuh ketidakpastian.

Benar, pengisytiharan darurat mungkin memberi sedikit ruang bernafas kepada Muhyiddin bagi mengukuhkan kedudukannya, namun masa depannya tetap kelam. Bukan sahaja itu, demokrasi berparlimen kita juga dalam keadaan kritikal serta perlu diselamatkan.

Mustafa K Anuar
Editor bersama, Surat berita Aliran
20 Januari 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x