Home TA Online 2011 TA Online Bahasa Melayu tanpa pengertian kebangsaan

Bahasa Melayu tanpa pengertian kebangsaan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Bahasa bukan hanya alat komunikasi harian. Bahasa juga penting untuk membentuk rasa kebersamaan sebagai sebuah bangsa. Jika kita terus dengan faham kebangsaan yang sempit, bahasa Melayu akan hilang pengertian kebangsaannya, ujar Haris Zuan.

Graphic courtesy of themalaysianinsider.com

Ketika tulisan ini disudahkan, penahanan 5,000 salinan Al-Kitab tersadai di Pelabuhan Klang sejak 2009 dan 30,000 naskhah lagi yang tersangkut di pelabuhan Kuching telah pun ditarik balik. Namun isunya tidak selesai di situ. Malah berlanjutan. Membaca perbincangan-perbincangan di facebook oleh kawan-kawan Melayu (yang rata-ratanya berpendidikan baik) amat mendukacitakan. Keputusan kerajaan ini dilihat sebagai tanda kekalahan orang Melayu terhadap tuntutan agama lain. Benar, ini hanya sentimen, hujah yang hanya sarat beban prasangka.

Pastinya, isu ini bukan sebegini besar di Sabah dan Sarawak – bisingnya hanya di Semenanjung. Situasi ini menunjukkan betapa terpisahnya emosi dan sensitiviti antara dua wilayah ini. Tanpa sedar, marah-marah di Semenanjung banyak mengguris hati rakan di Malaysia Timur itu. Tapi itu satu cerita lain.

Kisah ini juga menunjukkan kegagalan agenda kebangsaan. Masyarakat Malaysia – malah kerajaan sendiri tidak merasakan bahasa Melayu itu sebagai bahasa milik semua. Justeru itu, segala apa yang dicetak dalam bahasa Melayu adalah untuk Melayu, kaum lain tidak berinteraksi dalam bahasa Melayu. Gila!

Pendekatan yang digunakan oleh kerajaan selama ini hanya merugikan usaha perpaduan di negara ini. Segala yang namanya kebangsaan sebenarnya bersifat sentrik-Melayu (kecuali lagu kebangsaan yang berasal dari Kepulauan Seychelles!). Kebanyakan program bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sering kali dilaksanakan dengan sangat sempit. Contohnya melalui penulisan dan bacaan puisi, karang-mengarang, pidato dan lain-lain program dari pemerintah yang cenderung untuk orang Melayu juga.

Selain itu, potensi bahasa Melayu juga dibunuh oleh Institut Terjemahan Negara (ITN) yang lebih ghairah menterjemahkan Hikayat Melayu ke bahasa Inggeris! Seharusnya ITN memperbanyakkan bahan bacaan – yang rentas kaum – dalam bahasa Melayu jika ingin dilihat bersungguh-sungguh membangunkan bahasa Melayu. Lebih malang lagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hampir tidak melakukan terjemahan, hanya di’sesuai’kan sahaja dari bahasa Indonesia.

Semua ini hanya menyempitkan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang punya rasa pemilikan (sense of belonging) oleh seluruh masyarakat Malaysia. Apatah lagi teras ketiga Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menyatakan Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan yang hanya menjarakkan kaum lain yang majoritinya bukan Islam.

Bahasa bukan hanya alat komunikasi harian. Bahasa juga penting untuk membentuk rasa kebersamaan sebagai sebuah bangsa. Jika kita terus dengan faham kebangsaan yang sempit, bahasa Melayu akan hilang pengertian kebangsaannya.

Haris Zuan seorang penulis bebas dan pemerhati politik Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x